Kepada tuan punya emel ni, akak kongsikan emel kita untuk rujukan visitor lain ye, dont worry, kerahsiaan identiti dijaga. Kongsikan untuk kebaikan bersama. Dalam apa jua tindakan, mesti bear in our mind, “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga” jadi kongsikan ilmu dengan semua, mana tahu ada yang mendapat manfaat, kita dapat pahala free
.
Legend: Warna biru italic itu saya (Nurain Syuhada)
Salam sis,
semalam terdetik nak search tentang pengalaman orang yang dah operate utk tulang blkg. sedih dan mmg terkena pada diri sendiri bila baca semua kisah yg sis lalui. cuma, bezanya saya masih belum berkahwin dan menakutkan diri ini dengan keadaan diri yg masih kurang sihat.
Saya disahkan scoliosis pada umur saya 13 tahun(2000). waktu tu, saya hanya pergi ke hosp KB untuk cek sakit pinggang yang dialami selepas bebrapa kali jatuh. Then , doc minta terus ke pakar ortopedik. Setelah di sahkan, saya terus memberi tahu parents kerana doc minta utk saya panggil parents ke kelantan utk perbincangan seterusnya samada di bedah atau tidak. waktu itu, saya tidaklah begitu sakit spt apa yg saya alami skrg.
kini, sudah 9 tahun masa berlalu. selepas pemeriksaan di KB, ibu bapa saya tidak ke sana kerana kesibukan kerja dan ibu saya jenis yang tidak sukakan rawatan di hosp. Jadi, saya biarkan saja. dalam masa itu, saya kerap terseliuh kaki dan tidak boleh melakukan xtvt lasak kerana terasa begitu sakit di bhgn blkg. Hari demi hari, sakit saya semakin serius. Mulanya saya hanya diamkan diri kerna tak mahu susahkan mereka. Ibu saya mncdgkan saya makan herba utk pulihkan smula kekuatan tlg blkg saya. Namun, saya jenis yg sukar utk telan ubat. Bukan xsuka, tp frankly speaking saya mmg malas nak makan. Huhu.
Jadi, hingga kini saya hanya makan herba tu jarang2 skali. Akhir2 ni, saya kerap sakit. tak boleh berdiri lama, xbleh sejuk sgt, malah lebih teruk hampir semua anggota kiri saya sakit, dari atas hingga kaki. saya tak boleh penat.
Ramai dah yang minta saya rujuk pada pakar. Tapi, saya masih takut kerana ibu saya still suruh saya makan herba dahulu. Saya kira ianya usaha yg murni , namun sepertinya tak ada effect sangat. Saya sudah bertya kpd ibu kalau2 saya mahu operate , ibu benarkan cuma dia sndr tkt operate tu dan saya bimbang kosnya mnjd mahal dan ambil masa yg lama sementelah saya masih di tahun 2 pengajian, berbaki 2tahun lagi
.
Saya mengharap sangat agar sis dapat memberi tunjuk ajar bagaimana untk hadapi semua ni. Tentang berapa kosnya, dan semua yg berkaitan. Saya xpernah cek lagi selepas cek di KB 9thn dlu melainkan sewaktu xray medical check-up baru2 ni, doc menyarankn agar saya jumpa pakar tulang.
Harap dapat respon dari sis scpt mgkn 
TQ sangat for this sharing blog!
Wsalam wrt,
Begini, jika dilihat dr penerangan adik itu kelihatannya scoliosis itu bukan sedikit. Makanlah herba bergunung2 xakan membantu walau sedikitpun. Tolong yakinkan diri & yakinkan ibu adik untuk menjalani pembedahan. N adik sendiri bila memilih utk menjalani pembedahan, xleh la liat2 makan ubat ye.
Serba sedikit info:
KOS – sekitar rm 16 – 20 ribu bergantung kepada jumlah skru yang digunakan kalau pembedahan di hospital kerajaan sepenuhnya, kalau swasta lg mahal la dik. Cuma selalunya untuk orang yang pendapatan agak rendah, ada bantuan kewangan(sila rujuk dengan jabatan kebajikan masyarakat atau jabatan sosial hospital tempat adik bakal dibedah).
TEMPOH PENYEMBUHAN – sekitar 3 bulan tu dah cukup ok untuk kembali macam orang normal. actually 1 bulan pertama sahaja yang agak sukar. & pastinya 1 minggu pertama amat sukar, cuma hasilnya memang berbaloi-baloi. Jadi, jika xmahu mengganggu pengajian, cukup untuk bercuti selama 1 semester bagi mengelakkan penurunan GPA untuk semester itu.
PAKAR BEDAH – untuk tuan dia, sila rujuk penerangan terperinci di dalam emel ya (This section is NOT for public)
KEPUTUSAN – sila rujuk ke hospital secepat mungkin kerana berdasarkan pengalaman mendengar luahan hati pesakit (akak rasa) adik lebih tertekan dari sudut emosi berbanding kesakitan scoliosis itu sendiri. sebab, mmg ada pesakit scoliosis yang bertahan sampaikan degreenya 120 degree semata-mata takut nak operate & memang fizikalnya amat ganjil. Tapi in the end kena operate juga sbb bengkok itu lama kelaman dikhuatiri akan turut mengganggu fungsi saraf & pernafasan, lambat laun lah. So, tabahkan hati, hadapi operation dengan senyuman, pasti berbaloi. & yang PALING UTAMA, JANGAN LUPA ALLAH.
Wassalam
KOMEN TERBARU