Posted by: nurainshahadah | September 17, 2008

TEKNIK URUTAN TAPAK KAKI – melegakan kesakitan

Sebelum menjalani pembedahan tempoh hari…saya menderita sakit belakang yang kronik & lenguh kaki yang melampau. 

Sakit yang teruk itu mostly berlaku di bahagian pinggang, kesan dari saraf di antara lumber 4 & 5 yang sudah tersepit. Apa yang saya dapati, kesakitan itu boleh dilegakan dengan melakukan urutan di tapak kaki, sebelum ini saya tidak mempunyai gambarajah yang sesuai untuk di ‘attach’ kan di sini bagi tujuan menjelaskan bahagian manakah yang perlu diberi perhatian. Sila rujuk gambar di bawah:-

Boleh sahaja amalkan urut refleksi sendiri di rumah, minta bantuan pembantu rumah, adik, ibu or suami(jika dia sudi)…untuk urutkan di kawasan tapak kaki. Tumpukan di 4 bahagian yang ditandakan seperti di atas dan lakukan di kedua-dua belah kaki selama 5 minit atau lebih, insyaAllah kesakitan & kelenguhan itu dapat dikurangkan.

Adalah lebih baik jika urutan itu dilakukan dalam keadaan kaki kita lurus, agar perjalanan darah lancar tanpa sebarang sekatan. Keadaan kaki yang membengkok kadangkala menyebabkan urutan sebegini tidak memberi faedah yang optimum dalam hal mengurangkan kesakitan. Selain itu, ia juga boleh diamalkan oleh orang biasa yang sering menderita sakit2 badan.

Saya sudah hampir terlupa tentang benefit urut tapak kaki ini untuk pesakit scoliosis kerana sudah tidak perlu melakukannya lagi kini. Apapun, saya berterima kasih kepada salah seorang blog visitor yang bertanya soalan tersebut. Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh ramai lagi di luar sana.

Ok…selamat mencuba…

About these ads

Responses

  1. tenQ akak…moga tips ni dapat bantu golongan yang mengidap penyakit ni spt saya yang tak pernah dapatkan rawatan…

  2. beri gambar rajah mengurut tapak kaki mengikut aliran urat yang betul .. ,dan urutan yang boleh menghilangkan selsema .. terima kaseh .

  3. Alhamdullilah. Pesakit telah mendapatkan kaedah rawatan yang betul. Mengabungkan rawatan moden dan urutan reflexology itu adalah langkah yang amat bijak. Saya pasti pesakit mendapat seorang perawat atau reflexologist yang mahir.
    Sebagai reflexologist yang telah berpengalaman swlama 18 tahun, disini saya ingin memperbetulkan sedikit kesilapan dalam pengunaan istilah.
    Istilah yang tepat yang dilakukan kepada pesakit adalah reflexology, bukanya urut tapak kaki.
    Ya.. Benar, urutanya dilakukan ditapak kaki. Tetapi apabila urutan itu dilakukan mengikut reflex zone, dan mengikut rentak urutan dan penggunaan teknik tekanan yang betul, maka itu dinamakan refleksology.
    Manakala urutan tapak kaki bermaksud, apabila kaki rterasa lenguh atau kurang selesa samada disebabkan oleh berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu lama atau apa apa yang disebabkan bahagian anggota kaki merasa kurang selesa. Dan apabila anggota kaki mengalami keceberaan, rawatan boleh dilakukan melalui satu kaedah dinamakan ‘cross respond zone’ (CRZ). Dimana melalui kaedah CRZ, tempat yang sakit atau tercedera tidak akan disentuh langsung.
    Reflexology bukan sahaja boleh merawat sakit belakang, malah pelbagai penyakit. Dan harus diingat bahawa reflexology agak kurang berkesan apabila sistem saraf pesakit telah mengalami kerosakan samada disebabkan oleh kecedraan (kemalangan), stroke (angin akhmar), pembedahan atau apa apasahaja punca yang menyebabkan kerosakan saraf.
    Ini disebabkan reflexology bertindak melalui sistem saraf. sistemsaraf yang boleh menerima rangsangan yang baik, akan mempercepatkan proses penyembuhan.
    Terima kasih.
    Drs. Shukur
    ibreflexology at gmail.com
    0166069779

  4. Dr shukur,saya ingin bertanya, saya megalami sakit :panic disorder: berkaitan mental.Dibahagian mana patut saya amalkan urutan tapak kaki.Adakah saya bolih gunakan batu pemijak bersaiz 2′x2′ yang siap dijual ?

  5. salam..bleh x shara camne urutan reflexology dengan betul dan lebih mendalam…sebab badan saya selalu lenguh..tq..

  6. salam..bleh x share camne urutan reflexology dengan betul dan lebih mendalam…sebab badan saya selalu lenguh..tq..

  7. salam..
    sy juga adlh slh seorng pesakit skoli
    kalo ade sape2 yg nk syer pengalaman dll
    sms sy ye
    leh la syer citer2 ttg keadaan diri
    0126094394/0132299529-nurul

    slm perkenalan

  8. saya mengalami sakit pinggang yg hampir sama…belum mendapatkan rawatan klinikal lg..tapak kaki pun sakit di tempat yg sama…terima kasih untuk maklumat yg diberikan

  9. terima kasih atas perkongsian.

    saya sgt berminat dan telah amalkan..

    sedikit pertanyaan, kaedah urutan dari arah tumit ke jari atau jari ke tumit, atau tak kisah?

  10. saya tau tentang urutan reflexologi mampu menaik taraf kesihatan diri.tp,boleh x berikan tip2 tiap2 satu penyakit ,seperti gastrik,migran,mandul,masalah haid yg tak teratur(senggugut ) dan macam2 lg la

    • maaf ya, sy bukan seorang yg pakar dlm refleksologi. Hanya mempostkan apa yang telah berjaya dipraktikkan. Ini adalah sebuah blog mengenai scoliosis. Harap boleh bertanya pd yg pakar ya.

  11. saya sendiri reflex kaki saya.alhamdulillah amat mudah dan berkesan jika selalu diamalkan

  12. saya ingin dapatkan gambarajah tapak kaki dari segala sudut untuk proses reflexology


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: