Salam….
Entah kenapa setelah terlalu lama saya menyimpan rahsia ini, saat ini hati saya terdetik untuk berkongsi rahsia besar ini dengan khalayak. Saya teramat pasti kalian yang mengenali saya tidak mungkin menyangka semua ini berlaku pada saya, yes…saya memang pandai menyembunyikan segala-gala. Jika anda mahu mengenali saya dengan sebenar-benarnya, saya harap baca lah sampai habis ruangan ini, apa yang kalian tengok dari luar mungkin tidak sama dengan apa yang sebenarnya ada dalam hati saya.
Saya kira ia bermula sejak 15 tahun yang lalu apabila saya diserang demam & sakit perut yang tidak diketahui sebabnya setelah balik dari hari sukan di sekolah,waktu itu saya hanya berusia 10 tahun lebih. Sakitnya bukan kepalang sampai tak boleh nak berjalan. Namun, kesakitan itu tidak lama, hanya sehari dua dan kemudiannya hilang sendiri. Seingat saya, sejak hari itu saya mula mengalami lenguh-lenguh pinggang dan sakit perut yang datang jarang-jarang sekali.
Kanak-kanak begitulah, kalau rasa sikit-sikit mana ada nak bagi tahu orang tua, ingatkan benda tu biasa. Pernah sekali sahaja saya memberitahu abang saya yang saya sentiasa sakit pinggang, tapi salah saya waktu itu kerana saya beritahu dia sebaik sahaja lepas tengok rancangan perubatan di televisyen-tentang sakit buah pinggang, saya katakan padanya yang saya selalu sakit pinggang-agaknya saya ada penyakit buah pinggang, mana la abang saya nak percaya, sementelah lagi dia cukup kenal perangai saya yang suka berimaginasi, jadi doktor la, jadi businesswoman la, jadi ikan duyung la, hatta kalau saya melihat kisah sedih atau orang sakit tenat, saya akan berimaginasi macamana la agaknya kalau saya di tempat mereka. Tidak ada sebarang niat waktu itu, hanya, saya dilahirkan dengan empathy yang tinggi.
Masa berlalu seperti biasa sehinggalah saya berusia 14 tahun, tiada siapa yang ambil peduli tentang kelainan itu termasuk saya sendiri. Walaubagaimanapun, bengkok telah pun ketara waktu itu-mula kelihatan sedikit dari luar pakaian. Abang saya yang sulung mula hairan dan meminta saya dibawa berjumpa pakar. Lalu, saya dirujuk ke HUSM Kubang Kerian pada 1996 & didiagnosiskan sebagai ‘ADOLESCENT IDIOPATHIC SCOLIOSIS THORACIC”-bengkok saya telah 43° waktu itu. Pakar di HUSM mencadangkan pembedahan tetapi ibubapa saya orang kampung, mereka terkejut & takut kerana banyak sangat cakap-cakap yang mengatakan pembedahan tulang belakang berisiko untuk menjadi lumpuh & beberapa lagi side-effects yang buruk-buruk belaka. Jadi, kami memilih option kedua rawatan dengan pemakaian ‘BOSTON BRACE’ & meneruskan follow-up, seksa & menyakitkan sungguh pakai benda alah tu Kebetulan waktu itu ada pula yang mencadangkan saya menjalani rawatan tradisional-berurut…hmm…inilah part paling boring. Ada la 3 ke 4 orang tukang urut yang pernah cuba nak ubah kedudukan tulang belakang saya tu. Betapa saya malas nak mengikuti rutin tu semua sebab pada fikiran saya, tak logik sangat untuk kita mengubah kedudukan tulang yang sudah jauh dari kedudukan asal hanya melalui urutan, tapi saya buat juga untuk ibubapa saya. Nak buat macamana, dah ibubapa saya takut nak kasi saya kena bedah.
Sekali lagi saya meneruskan hidup macam tidak ada apa, hidup & belajar seperti biasa. Tetapi bila usia saya mula menginjak usia 16 tahun, saya mulai rasa kekurangan yang amat sangat dengan fizikal yang ‘pelik’ ini. Tambah pula, brace yang saya pakai tidak berupaya menyekat pertambahan bengkok tulang saya, ia hanya memperlahankan sedikit-mungkin saya tidak berdisiplin agaknya. Waktu itu bengkok sudah mencapai 65°.Entah macamana, pada hujung 1998, saya merayu ibubapa saya supaya menyetujui keinginan saya untuk menjalani pembedahan.
Persediaan dibuat sampai ke tahap saya perlu masuk wad di HUSM untuk penelitian. Ketika berada di dalam wad, saya dikunjungi oleh seorang ketua jururawat & seorang doktor yang pangkatnya bawah sikit dari pakar yang handle kes saya-secara rahsia; mereka menasihatkan saya memindahkan kes ke HUKM Cheras kerana di HUSM pada waktu itu sebenarnya belum mempunyai kepakaran & peralatan untuk kes sebegini-saya mungkin menjadi bahan eksperimentasi di situ. Jadi, mereka berdua membantu saya untuk merujuk di HUKM(yang pada waktu itu baru sahaja mencatat kejayaan merawat kes scoliosis). Ding dong…ding dong..saya mendapat tarikh pembedahan pada April 1999, tiba-tiba selsema pulak hari tu, jadi…delayed. Sampai la dapat tarikh baru pada 15 Jun 1999 – saya selamat dibedah & dipasang ‘HARRINGTON ROD INTSRUMENTATION’(ermm…saya kurang pasti akan nama tepat instrumentation tersebut tapi ia terdiri dari 2 rod, 4 hooks & wayar-wayar berselirat yang diikat kepada tulang belakang saya)-sila rujuk post pada 17/05/08 untuk gmbar x-ray tersebut, melalui pembedahan yang mengambil masa 8 jam lebih kurang, saya bercuti selama hampir setahun untuk tujuan ini. Segala-gala berjalan seperti dirancang, memakai post-op brace & meneruskan follow-up. Kejayaan pembedahan itu tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan kemajuan teknik terbaru rawatan scoliosis kerana bengkok masih kelihatan sedikit dari luar, tapi hampir tidak nampak dari luar pakaian,hmm…lantak la…saya kira semua dah selesai waktu itu.
Cuti yang panjang memberi saya ruang untuk mengasah kecerdikan & kemahiran dalam banyak perkara, mengubah imej & melakukan segala-gala yang perlu-pendek kata, menjadi seseorang yang begitu berbeza dari waktu sebelum pembedahan.Tahun 2000-saya sembuh sepenuhnya & semakin ligat setelah kembali ke sekolah-saya mahu mengambil kembali apa yang telah saya tinggalkan dan juga apa yang tidak saya miliki sebelum itu. Lalu bila saya kembali ke sekolah, saya mahu pastikan kahadiran saya di situ akan meninggalkan bekas kepada semua yang pernah mengenali saya, hmm memang begitulah jadinya, nama saya cukup sinonim disekolah sebab…cemerlang agaknya….saya mahu jadi pelajar terbaik, & saya memang telah melakukannya di dalam SPM. Dari pelajar yang langsung tak popular(seolah-olah tak wujud pun sebelum tu), saya menjadi seorang yang-sebut saja nama orang sudah tahu. Tak mahu lah mendabik dada atas semua tu, bersyukur saja. Walaubagaimanapun, satu perkara yang saya ingat sampai sekarang, dari keputusan SPM itu lah saya mendapat tajaan untuk meneruskan pengajian ke United Kingdom dalam Jurusan Perakaunan di bawah tajaan JPA.
Sekali lagi keluarga saya kurang menyetujui(kadangkala saya terasa amat susah memegang status anak bongsu, banyak benar tali yang mengikat saya), kata mereka bahaya anak perempuan belajar jauh-jauh, hmmm sedihnya. Maka saya tolak, dan menyambung pengajian di UiTM Kelantan, macam orang lain. Di sini, saya meneruskan kecemerlangan akademik kerana pada saya, hanya itulah kelebihan saya yang nanti bakal menutup kekurangan saya. Meniti usia remaja, saya tidak terkecuali dari memikirkan soal teman hidup kelak…emmm…normal la tu. Saya akui, ini memang satu masalah besar bagi saya. Saya selalu tertanya-tanya, macamana nak jelaskan hal yang rumit ini, tak mahu dijelaskan bahaya-sebab fizikal saya masih tidak sepenuhnya normal, keganjilan itu boleh membawa kepada perkara buruk di alam rumahtangga. Malah saya begitu selectif dalam memilih teman, saya bukanlah orang yang bebas tanpa sebab dalam pergaulan, dan saya ini begitu teliti menilai setiap yang merapati saya-hanya atas sebab mencari seseorang yang benar-benar memiliki kekuatan untuk bersama-sama saya menghadapi apa sahaja kemungkinan di masa hadapan. Saya mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka di atas apa sahaja tindakan saya, kalau diberi pilihan pasti saya mahu keadaan itu jadi lebih baik.
Rupa-rupanya takdir yang menyekat saya ke United Kingdom mempunyai hikmah yang amat besar, saya mengenali dengan rapat suami saya(saya kira ia lebih sesuai dirujuk sebagai perkenalan kembali) di UiTM Kelantan, hanya beberapa hari sebelum dia tamat pengajian, saya pula waktu itu masih berbaki 2 semester -tahun 2003 waktu itu. Memang jodoh itu bukan kerja manusia, hakikatnya lebih setahun sebelum kami rapat(sekitar Mac 2002), saya pernah berbual dengan suami saya(banyak kali pulak tu) tanpa sedikit pun saya memiliki sebarang niat yang lebih dari yang biasa-biasa saja. Ding..dong..ding…dong…tidak mahu bercerita meleret-leret….cukup saya katakan jodoh kami memang kuat, lalu kami disatukan pada November 2004 dan mendapat cahaya mata pertama pada November 2005. Tempoh kehamilan saya agak bermasaalah dengan kesakitan yang keterlaluan di bahagian belakang, tapi saya ingat perkara itu biasa, malah pakar gineokologi juga mengatakan itu biasalah, akan hilang sendiri selepas bersalin.
Setelah ada anak, lagi lah saya tak fikir sangat pasal diri sendiri, ada terdetik mahu pergi x-ray kembali, tengok apa yang berlaku. Tapi waktu itu saya tersangat lah sibuk dengan rumahtangga, kerjaya yang baru dibina dan juga pelajaran(saya bekerja sambil meneruskan pengajian). Lama kelamaan saya mulai mengalami masalah kesihatan, adakala sukar bernafas & sakit belakang yang semakin kerap. Lalu saya membuat keputusan untuk merujuk kes ini di PPUM, tunggu punya tunggu tarikh appointment, tahu-tahu saya hamil pula anak kedua waktu itu…emm…sudah rezeki anak kedua saya mahu lahir ke dunia, jadi x-ray tidak dapat dilakukan, doktor memberi pilihan untuk meneruskan kehamilan atau tidak, saya pilih mahu teruskan lalu doktor mengizinkan. Salah satu sebab mengapa dia mengizinkan ialah kerana belakang badan saya kelihatan stabil(tidak terlalu bengkok) dari mata kasar(ini kerana rod implant telah beralih kedudukan dan berada di atas tulang rusuk kiri saya, mewujudkan keadaan seolah-olah itu adalah tulang belakang saya), lagipun rasa bersalah pula jika mempengapakan nyawa yang baru hendak mulakan hidup. Saya menempuh waktu kehamilan kedua dengan seksa yang tersangatla hebat, rasa macam mahu tercabut nyawa waktu itu, sehingga memaksa saya membuat elective ceaserian section bagi membolehkan saya bersalin sebelum masa.
Selepas bersalin, tidak pula saya cepat-cepat merujuk doktor kerana mereka memberi tempoh setahun dari tarikh saya bersalin untuk temujanji seterusnya, kata mereka sewaktu saya mula-mula hamil“semua ok, spine you stabil”. Jadi, saya tidak bimbang sangat, hanya setelah 7 bulan usia anak saya, saya membuat keputusan untuk meminda tarikh temujanji kepada satu tarikh yang lebih cepat kerana saya rasakan kesukaran bernafas yang agak kerap & saya mula kehilangan kawalan pada kaki sesekali.
Ding dong…ding dong lagi…sampai la pada 2 Mei yang lepas, setelah meneliti x-ray terbaru & x-ray lama saya, pakar membuat kesimpulan bahawa – spinal fusion yang pertama telah mula gagal berfungsi sejak lama dahulu menjadikan tulang yang telah dibetulkan itu berpusing kembali ke arah bengkok asal dan menjadi lebih teruk seiring dengan masa, 2 kehamilan yang saya lalui memburukkan keadaan. Darjah kebengkokan kini adalah lebih kurang 70° dalam bentuk pusingan 90° di bahagian thoracic yang menyebabkan sangkar rusuk saya turut berpusing, hanya tinggal terlalu amat sedikit sahaja lagi ruang untuk paru-paru kiri saya mengembang, atau lebih tepat lagi paru-paru saya berada dalam keadaan yang sangat ‘stressed’. Ujian rentak jantung juga sudah tidak lagi normal, patutlah keadaan saya teruk sangat sekarang ni, berjalan laju sikit, mula susah bernafas.Yerp, masalah utama saya sekarang ialah kesukaran bernafas yang kerap kali sangat menakutkan & menyakitkan.
Sudah lebih setahun saya tidak bekerja,saya hilang kebanyakan dari keupayaan fizikal saya, kerja saya sehari-hari duduk depan komputer di rumah saya melakukan apa yang patut selama 15 minit kemudian berbaring & kemudian kembali menyambung kerja, sangat membosankan…nasib baik lah banyak juga benda yang boleh di buat dengan internet ni. Saya masih membuat kerja di rumah setakat apa yang boleh…tapi sikit sangat lah…sekadar memasak boleh ler….Suami saya banyak membantu…menjaga saya lebih dari dia menjaga segala apa yang ada di dunia ni. Hmm…memang saya tak salah pilihan, tidak pernah saya temui lelaki yang hatinya sebaik itu. Teramat bersyukur dengan kurniaan itu…Alhamdulillah.
Pakar di PPUM mengatakan kes ini ’very typical’, sepatutnya pembedahan segera perlu dilakukan, tapi almaklumlah ‘queue medical test’ seperti CT-Scan & MRI panjang berjela-jela(patient kat situ ramai siot), mereka tidak dapat membuat perancangan rapi tanpa keputusan-keputusan ujian tersebut. Sebagai alternatif, mereka mencadangkan saya memindahkan kes ke PPUM Private Wing, supaya segalanya laju jer settle, tapi mak datukk…..kos mahal, mmg buat masa sekarang saya tak mampu lah untuk cari sebanyak tu. Jadi saya harus tunggu juga ‘queue’. 4 Julai ni temujanji seterusnya di PPUM setelah keputusan-keputusan ujian diperolehi.
Atas dasar berikhtiar, baru 3 4 hari lepas, saya cuba menghubungi seseorang yang boleh membantu saya memindahkan kes ke HUSM atau HRPZ Kota Bharu(sudah banyak kes scoliosis berjaya dilakukan di sini). Plan saya, memang nak balik selasa ni urus hal temujanji, tiket semua dah ready. Namun, entah Allah itu kasihan pada saya agaknya, atau mungkin kerana badan saya tidak akan dapat bertahan lama, urusan saya dipermudahkan Tuhan, dengan tak semena-mena pagi ini saya mendapat panggilan yang menyatakan bahawa doktor pakar spine di HRPZ mahu menemui saya secepat mungkin setelah dia membaca detail tentang simptom-simptom saya sekarang-jumpa esok atau lusa katanya, tanpa perlu melalui ‘flow appointment’ macam biasa. Hari seterusnya tak boleh pula sebab nanti dia kena handle operation pulak. Adeh…esok mana sempat! kalut jer cari tiket flight, nasib baik boleh beli online jer, jadi esok malam saya bertolak & pagi Isnin ni jumpa pakar. Tengok lah apa dia kata nanti. Saya harap segalanya dipermudahkan & dipercepatkan.Amin
Kepada sahabat-sahabat atau sesiapa yang pernah menemui saya di luar sana, pasti kalian sangat terkejut kan??? Seperti yang saya katakan, tidak ada seorang pun yang mengenali diri saya dengan serapat-rapatnya, tidak ada yang tahu apa yang tersembunyi disebalik senyum ceria saya, tidak ada yang tahu sebab sebenar mengapa saya begitu & begini ……saya mohon maaf kerana tidak pernah menjelaskan kepada sesiapa. Alasan saya hanyalah satu, saya mahu hidup seperti orang normal, mahu dilihat sentiasa gembira dan berjaya, dan, yang paling penting saya tidak mahu dikasihani.
Saat saya menulis tab terakhir ini, dada saya terasa sesak saja, dari pagi semalam tak hilang-hilang, kebiasaannya sesak dada akan hilang setelah 3 atau 4 jam berehat, tapi tidak kali ini, entahlah……nak makan pun tak berani, takut lagi susah nak bernafas. Namun, putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya, saya perlu bertahan demi suami & anak-anak saya, harap kalian doakan saya. DOAKAN SAYA! DOAKAN SAYA! DOAKAN SAYA!…moga Allah beri saya lebih masa.
Akhir sekali, saya ingin memohon maaf jika pernah saya berbuat salah kepada sesiapa sahaja atau mungkin saya tersalah penggunaan bahasa di dalam blog ini. Maafkan perbuatan, kata-kata atau apa sahaja yang mengundang kesalahan saya pada kalian.
Wassalam
Semoga perancangan Tuhan itu sama dengan apa yang kami hajati.
Aein
Sabtu, 10-May-08, 4:07 PM
ATTENTION: THE ABOVE ENTRY HAS BEEN WRITTEN ALMOST 5 MONTHS AGO. Now, I have completed all the treatments necessary & am doing well. I need to state this matter since a few people still thinking that I am still ‘unhealthy’.
This blog will be a medium for information sharing to aid in increasing awareness about scoliosis, since a lot of people out there tend to ignore this ‘scolio’ as long as they don’t have the pain.
To all blog visitors, happy surfing & kindly pray for my success all the time – wutever i do
Askum wrt…
Anda memang cekal. All the best for yr surgery.
NurAein Shahadah: Salam…..thanx & always pray for me.
By: Wafa on May 10, 2008
at 8:41 pm
salam ain, terkejut dgr cite serta sedih dgr cite ain nh.. ms dip dlu ain penah cite jugk skit blkng kan, tpi ingt xla serius sgt.. tpi alhamdulillah ain cekal serta tabah hadapi dugaan.ain jgn risau mungkin ade hikmah disebalik smua ni.ujian dari Nya… najmi doakan ain selamat selepas operation nanti.insyallah.
NurAein Shahadah: Salam…to be frank saya x sangka awk mjadi antara yang terawal response kepada saya, apapun thanx a lot for being such a good fren.
By: najmi on May 10, 2008
at 11:32 pm
Salam….
Ain teruskan perjuangan…. Kecekalan dan ketabahan Ain di dalam menghadapi situasi ini amatlah mengkagumkan akak….
Semoga Ain terus tabah untuk hari2 mendatang…
NurAein Shahadah: “Cabaran menjadikan hidup menarik, kejayaan mengatasinya menjadikan hidup bermakna” Senyum selalu…..
By: Fatimah on May 12, 2008
at 9:23 am
insyaallah semua nya akan selamat, AMIN……
NurAein Shahadah: AMIN…..Terima kasih
By: fiza on May 12, 2008
at 3:52 pm
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Aien semoga Allah beri anda kekuatan untuk menghadapi segala dugaan. Saya berdoa pembedahan anda berjaya dan cepat sembuh. Kepada suami anda juga saya ingin doakan anda terus tabah menjaga anda dan anak2. amin..
NurAein Shahadah: Semoga ramai di luar sana yang mengucapkan doa seperti saudara. Terima kasih yang tak terhingga.
By: ady zubir on May 12, 2008
at 4:05 pm
Assalamualaikum..
tak sangka keadaan makin serius ye..sy doakan moga Allah memudahkan segala urusan.
Da seorang yang cekal..moga Allah memberi lebih kekuatan dan ketabahan..
HASBUNAALLAHU WANI’MAL WAKIL..
NurAein Shahadah: Terima kasih kerana menjadi sahabat yang ada di kala senang mahu pun susah.
By: KASS on May 13, 2008
at 10:54 am
Assalammualikum…….
Ain seorang yang tabah dan berani…kalau saya berada di tempat awak, m’kin saya tak secekal awak………
Semoga segalanya dipermudahkan Allah Taala…..
dan semoga Allah memberi lebih kekuatan dan ketabahan kepada Ain sekeluarga……..
NurAein Shahadah: Trima kasih atas doa & sokongan. “Allah tidak menguji seseorang itu melainkan dengan sesuatu yang dapat dihadapinya” InsyaAllah….saya akan cuba kekal cekal selamanya…amin
By: noris on May 14, 2008
at 9:10 am
salam…
ana terharu mendengar luahan enti..sebaagi sahabat yg baru ana kenali semasa uitm.namun kat sekolah tak tau pun penyakit enti sehingga setahap ini.apa pun kuatkan semangat dan sentisa kuatkan rasa kasih sayang kepada Allah dan suami tercinta mungkin di sana ada suatu semangat baru untuk teruskan kehidupan mcm org biasa..
yg penting kuatkan semangat..segalanya terletak padamu sahabat,,
NurAein Shahadah: Saya akui kdg2 saya berasa terlalu letih menghadapi semua ini…but life must go on…Trima kasih atas sokongan, dan yang paling penting doa kawan2 tersangat-sangat saya perlukan….agar segalanya lancar….amin….
By: arif smuapm on May 14, 2008
at 10:33 pm
da ni abe ki… jangan putus asa… abe ki tetap akan tolong da dengan segala kemampuan abe ki.. nasihat abe ki… banyakkan ingat kepada Allah.. segala yang Allah tentukan bukannya kerana Dia menghina kita atau memuliakan kita… tapi semuanya adalah ujianNya belaka… Apa yang pasti da kena banyak berdoa kerana perkara yang ajaib boleh berlaku dengan kehendaknya… Abe ki tetap berpegang apabila kita mahu berdoa maka Allah tetap akan memakbulkan doa kita… tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan kehendakNya… da tabah dan berusaha… ajal, maut, rezeki telah Allah tetapkan untuk kita… usaha, tawakal, doa dan menghambakan diri kepada Allah itu adalah tugas dan kerja kita kepada Allah… jangan putus asa… kita akan tetap berjaya selagi, kita tidak berputus asa. abe ki akan balik pada 26/5/08 insyaallah akan ke pulau melaka… ma dan ba juga akan buat umrah semoga Allah akan makbulkan doa di hadapan kaabah… insyaallah
NurAein Shahadah: Dikau lah abang kesayanganku dunia akhirat hehe…x sangka abeki ni sensitif orangnye…trima kasih…jangan bimbang sangat ya…da memang hero sokmo doh…
By: lotfi on May 20, 2008
at 2:28 pm
assalamualaikum Ain,
saya terharu & tersentuh sekali membaca keseluruhan blog Ain, di tengah kesakitan yang Ain rasakan, masih sempat berbagi cerita & informasi yang sangat berguna untuk banyak orang, semoga Allah menjadikan ini sebagai ladang amal shaleh buat Ain.
perkenalkan, saya dari Jakarta, Indonesia, ibu dari 3 orang anak, anak pertama saya wanita, saat ini 12 tahun umurnya, 6 bulan yang lalu di vonis skoliosis dengan derajat torakal 59, lumbal 45 & rotasi (+), sudah menggunakan milwaukee brace selama 4 bulan tetapi derajatnya bertambah menjadi 61 dan 55, sehingga dokter menyarankan operasi. saat ini saya sedang mencari informasi sebanyak-banyaknya tentang operasi skoliosis… & informasi yang Ain rangkum di blog ini amat sangat membantu & memberikan pencerahan bagi saya, terimakasih Ain.
wassalam,
trie
(mohon maaf karena menulis dengan bahasa indonesia, mudah-mudahan dimengerti..)
NurAein Shahadah: Saya ada menyertakan sedikit informasi yang saya kira benar2 akan membantu mbak membuat keputusan, sila semak email mbak
…harap mbak dapat memanfaati segalanya sebaiknya..
By: trie on May 23, 2008
at 1:46 pm
salam
Setiap apa yg tuhan aturkan pada kita dalah yg terbaik utk diri kita…jgn kita cuba merungut dgn apa yg terjadi sebaliknya redhalah dengan hati yg berserah kepada Maha pencipta yg tidak pernah melupakan kita.Kemanisan idup tu kita leh dapat bila kita tempuhi dugaan idop.makin besr dugaan tu makin manisla ia…dan i yakin u pasti akan selamat kerana u pun cam tabah n kuat sgt..bertuah sgt sesiapa yg mengenali u…
NurAein Shahadah: Kalau lah masa depan itu sesuatu yang boleh dikatahui, maka perkataan risau itu xakan pernah wujud, dan tiada mungkin juga manusia berdoa dengan sesungguh hati mengharap segala yang bakal terjadi itu sama dengan apa yang dihajati. Harap anda juga sudi meluangkan barang sedikit dari masa anda untuk mendoakan saya setiap masa, kerana saya juga manusia biasa, takut untuk berdepan takdir yang belum pasti hasilnya. Cuma benteng yang mungkin ada pada saya hanyalah “YAKIN” bahawa Allah itu adil seadil-adilnya. Salam perkenalan….
By: aksha on June 10, 2008
at 3:00 pm
Hai
Ain.. saya kagum dengan ketabahan dan kecekalan awak, mengharungi segala takdir yang tertulis.. semoga semuanya selamat dan hidup awak kembali seperti sedia kala.. bertambah bahagia dan berjaya.. Allah itu adil.. setiap manusia ada bahagian masing2… sedikit nikmat yang dia tarik pada kita, adalah untuk menguji keimanan kita pada dia.. Salam perkenalan…
By: Aniss Rezza on June 11, 2008
at 7:35 pm
sy bersimpati dgn akak.semoga akak tabah menghadapi ujian ini. Untuk pengetahuan akak sy jg adalah salah seorang pesakit adolescent idiopathic scoliosis(Thoracic-60 drjh).
By: syarina on June 17, 2008
at 8:51 am
Salam nur, di Doakan selamat dan cepat sehat, saya terharu tak sangup nak teruskan baca ur story sebab anak remaja saya pun berdepan dengan scoliosis wlupun baru 28degs tapi saya terlalu risau dan sedih juga sebagai seorg ibu, ok nur nanti saya ctc lagi, salam sayang utk nur yg tabah.
By: maria on June 21, 2008
at 7:55 pm
askum aein….
ain bila sya baca blog ain nie…crita kite seakan sama.sya pun mngidap scoliosis gak.25/12/08 nie sya trpaksa di bedah.perasaan sya tkut sgat la.skrang sya xtau nk bt ape risau sgt2.ape2 pun kite brdoa la sma2 k ain….
Nur’Aein Shahadah replied:Salam…
Operation di Hospital mana? Don’t take it too serious, tenang saja yea…lg pun Disember tu…to me jauh lagi…lot of things u can do instead of overthinking about the surgery.
Anyway, if u need fren to share with, direct email me k? (luv_aein@yahoo.com)…n boleh nak tanya apa saje for mind setting…
Sekian n selamat berkenalan. Will pray for u
By: mas on August 18, 2008
at 10:57 am
a’kum kak aein……
sy baru shj membaca cerita akak. nie sy guna emel mak sy. sy juga seperti akak. sy mempunyai idiopathy scoliosis. tapi baru 36 degrees. sy sangat kagum dengan akak. sy bercita-cita untuk menjadi pakar tulang supaya sy dapat membantu orang mcm kite. siape lg nk bantu kalau bukan kite. umur sy 12 tahun. sy mendapat tahu yang sy mempunyai penyakit ini setelah belakang sy terasa lenguh. perut sy juga terasa sakit. lalu ibu memaksa sy berjumpa doktor. sy berasa takut jika ia mencapai kepada 60 degrees. sy ada buat senaman seperti yoga dan swimming. doktor kata senaman2 itu bagus untuk sy. sy pernah menemui doktor chiropractor dekat brickfields. tapi mat salleh tu kata braces yg buat kat malaysia nie menyakitkan. tu sbbnye sy, mak sy dan bapak sy tak nak buat. anak dia pun dia hantar kat los angeles utk buat braces. tapi kosnya tersangatlah mahal. sy doakan akak selamat. semoga kite dpt bertemu suatu hari nanti. semoga akak tabah menghadapi dugaan ini. sy harap akak dpt bls emel sy ini. wasalam.
[THE AUTHOR HAS REPLIED TO YOU THRU EMAIL, PLEASE CHECK!]
By: lyana on August 18, 2008
at 12:40 pm
Hi Aein,
Firstly, I would like to wish you and your family a very Happy Raya this coming week. I hope that you have recovered well from your latest op. Please make sure that you keep your regular followups
Secondly, It tears my heart to read your blog and I have to express my deepest thanks to you for sharing your experiences. I am sure that you have touched many who may have been confused and ill informed. Please keep writing for their sake.
I am a mother of a 14 yr old girl who has scoliosis..just confirmed on the 12th. Sept. She has an S curve with 60deg at the top and 50deg at the bottom. It pains me to think how I could have missed it but unfortunately there are many out there who have. I have consulted a few surgeons and we are scheduled to visit UMMC tomorrow. Can you tell me who saw you b’cos I am dissappointed with how they have treated you. I looks like she has to have surgery and we will have to decide soon on who and where. You are right it cost 40-50K in the private hospital.
Take care of yourself, you have 2 gifts from God who depend on you.
To all parents out there, please be more observant of your children…I don’t want you to go through what we are going thro…
[THE AUTHOR HAS REPLIED TO YOU THRU EMAIL, PLEASE CHECK!]
By: theva on September 25, 2008
at 4:16 pm
salam kak ain.
saya kagum sgt dgn ketabahan kakak. dalam kesedihan saya menghadapi dugaan, muncul blog kakak memberi saya semangat, syukur sgt….
banyak perkara saya nak tanya n mintak nasihat dari kakak sebab saya pun rasa macam ada scoliosis jugak kerana badan saya bengkok ke kiri sedikit n bahu kanan tinggi dari kiri, rasa x selesa je.
kakak ada tak mengalami kesukaran berjalan atau imbalancing masa jalan? sebab cara jalan saya lain sgt dan ini memberi kesan psikologi kerana malu dengan cara jalan yang tidak normal, aktiviti saya pun jadi terhad. saya juga menghadapi kesukaran untuk duduk bersandar, rasa x rata jer belakang nie..
Kalau boleh saya nak berhubung dengan kakak melalui email kerana banyak sangat perkara nak tanya. Harap kakak tidak keberatan.
saya akan menghadiri appointment pada awal tahun hadapan, so nak bincang ngan doktor adakah masalah kaki saya disebabkan oleh scoliosis. Harap sgt boleh dapat support dari kakak, saya kagum dengan ketabahan kakak yang luar biasa, sebak hati saya membaca kisah kakak. saya doakan kakak bahagia dunia dan akhirat. semoga kakak masuk syurga lantaran kesabaran kakak.
[THE AUTHOR HAS REPLIED TO YOU THRU EMAIL, PLEASE CHECK!]
By: ahmad on November 29, 2008
at 2:18 am
napa cam perempuan je ramai komen ada penyakit nih. saya laki lah plak kak oi.
20 tahun dah idop baru tau ada penyakit nih.
b4 nih rilek je pg sukan badminton segala bagai.
dapat detect tulang bengkok 5 januari ari tu.
xray sbb batuk2, sakit dada.
tgk2 tulang bengkok.
kalau nak tgk xray saya tu, ada kat blog.
akak tgk ah, tapi sikit ja. rasa2 kena bedah tak?
takot….
[DH RESPON PANJANG LEBAR KAT ADIK NYE WEBSITE, CHECK YA,
]
By: deennasour on January 15, 2009
at 11:16 pm
kak aein,
sye pon mgalami mslh yg sme..
sye fkir mslh yg berlaku adelh slh sye sndri..
dn sye bru mnyedri scoliosis ketike sye pergi ke klinik.. sye takut backbone sye x dpt dp’btlkn..
sye hrp ade hospital yg mgedarkn brace tbaru yg sye dgr melalui video dri luar negara tu..
By: aris on March 19, 2009
at 9:29 am
kak ain..sy sgt terharu dgn crita kak aein..sy jg mengalami mslh yg sama di mana tulang belakang sy di sebelah kanan menonjol teramat sangat tetapi sy tidak merasa sakit walaupun umur sy telah mencecah 24 tahun..tetapi sy amat risau sangat kerana sya tidak tahu akan penyakit apa yang sy sedang alami.sy tidak pernah berjumpa doktor lagi..keadaan ini membuatkan sy kurang keyakinan terutama berdepan dengan orang ramai..kalau blh sapa2 ada maklumat berkaitan penyakit ini blh lah berkongsi dengan saya..andin_fd@yahoo.com.my
By: din on April 22, 2009
at 10:46 am
kak ain..sy sgt terharu dgn crita kak aein..sy jg mengalami mslh yg sama di mana tulang belakang sy di sebelah kanan menonjol teramat sangat tetapi sy tidak merasa sakit walaupun umur sy telah mencecah 24 tahun..tetapi sy amat risau sangat kerana sya tidak tahu akan penyakit apa yang sy sedang alami.sy tidak pernah berjumpa doktor lagi..keadaan ini membuatkan sy kurang keyakinan terutama berdepan dengan orang ramai..kalau blh sapa2 ada maklumat bolehla berkongsi dengan saya..andin_fd@yahoo.com.my
By: din on April 22, 2009
at 10:58 am
Hi…
awak sekarang macam mana? sihat tak..saya rasa saya menghadapi masalah yang sama dengan awak cuma saya lebih kagum dengan awak sebab awak berani..
boleh dikatakan saya tidak berani untuk menghadapi kenyataan. saya sedar yang tulang belakang saya sudah mula bengkok sejak saya berumu belasan tahun tatapi saya cuma buat tak tahu seba tak berani hadapi kenyataan,
Sekarang saya berurmu 26 tahun dan tulang belakang saya semakin bengkok. alhamdulillah, sekarang ni saya tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan yang teruk cuma apa yang saya risaukan ialah apabila saya mengandung. saya bimbang akan membahayakan nyawa saya ataupun baby. saya kesian jugak dengan suami yang tak sedar dengan masalah saya dan terlalu mengharapkan baby..
apa pun saya harap awak up date secepat mungkin sebab nak tahu kisah awak..mungkin boleh jadi sumber inspirasi saya untuk lebih berani buat pemeriksaan.
By: linda nicole on May 16, 2009
at 1:32 am
salam. saya kagum dengan awak. baru saya tau, pesakit scoliosis juga mampu mengandung walaupun agak rumit. disebabkan penyakit nie, saya telah dihina oleh suami saya sendiri dengan gelaran cacat. sebak dan hiba. rasanya saya tidak bertuah seperti awak. walaupun sebelum perkahwinan, dia sanggup menerima saya seadanya. akhirnya selepas 7 bulan bernikah, kami bercerai.. jauh di sudut hati, untuk mempunyai suami. namun, masih adakah lagi insan yang dapat menerima seorang pesakit scoliosis seperti saya..
By: niesah on May 28, 2009
at 12:49 pm
Assalamualaikum Ain, terimakasih yang tak terhingga kerana menyediakan ruangan ini untuk dikongsi bersama, saya baru dapat kepastian tadi yang anak saya menghidap scolio sekurang2nya saya dapat maklumat mengenainya dan akan dapat memberi semangat buat anak saya menghadapinya,esok kami akan buat pemeriksaan semula. Semoga diberikan Allah SWT kekuatan dan ketabahan dalam hadapi tiap dugaan,Amin.
Nurain: Semoga tabah
, harap sentiasa beritahu anak encik bahawa tiada apa yg perlu dikesalkan dipilih Tuhan memiliki penyakit ini, saya gemar menggunakan perkataan memiliki sebagai ganti menghidap/menderita kerana saya sentiasa menganggap scolio bukanlah satu beban tetapi lebih kepada satu ujian,pasti ada hikmah dikemudian hari.
…
Seperkara lagi, rata2 orang yg memiliki scoliosis yang pernah saya temui memiliki kebijaksanaan & kecekapan mengagumkan dalam kebanyakan bidang yang diceburinya, relevantnya, kekurangan fizikal tersebut membawa pesakit2 ini ke satu tahap supaya bfikir untuk sentiasa cemerlang dalam segalanya…Siapa tahu
By: AWANG DAHLAN on July 16, 2009
at 12:07 am
Salam..
Akk..saya pon ada saket yg sama..
tp sy x kuat n setabah akak..
sedey gile..
By: Nowa on September 9, 2009
at 4:31 pm
hi..
saya baru je interested nak cari info pasal scoliosis ni padahal bnda ni sejak saya tingkatan 5 lg dan skrg da hampir 7thn.. dulu msa kt sekolah slalu jg sakit pinggang tapi doktor kat klinik ckp sakit otot biasa je.. dah lma2 tgk kt tv n jmpa pd yg pakar baru dpt tau..
nak tnya pndapat ain pakai brace boston 2 ok ke? mna lg selesa operate @ brace 2?
takut jg nak operate nih kos pun hampir 30ribu klu hospital swasta..
hospital kerajaan ni lmbat..
By: mona on December 12, 2009
at 6:05 pm
Salam, maaf baru reply.
at age 22, pakai any bracing method xakan menolong apa2. ia sekadar lebih merumitkan hidup pd saya. Actually, it should depend on yr degree of curvature. jika less than 40 rasanya xperlulah memperjudikan nyawa to do surgery.
BUT if the curvature memang nampak & mengganggu kualiti hidup mona mentally/physically, i advise u to go 4 surgery.
the cost – almost 50k at private hospital for critical case. Mild case would be 30k or something bcos less screws will be used. 1 screw – 1k, made of titanium.
Cuma, saya ada sedikit alergy dgn private hospital kerana beberapa sebab. FYI, my 2nd & 3rd surgery(THE MOST SUCCESSFUL SURGERY) done in HRPZ Kota Bharu, a fully goment hosp, & it costs me 20k++ aje, with 12 screws+2 rods+2 crosslinks.
By: nurainshahadah on February 18, 2010
at 11:02 pm
Puan seorang yang sangat tabah. Sebagai ibu saya risaukan anak sulung saya yang ada sedikit penyakit yang sama doktor kata 10%. Dia sekarang 21 tahun. Mula sedar masa dia buat medical check up untuk masuk U. Masa tu dia dah nak masuk 18 tahun. Doktor kata tak bahaya dan ia tidak akan jadi lebih kritikal sebab dia dah masuk 18.
K.S nak tanya, adalah %tage itu bertambah selepas umur puan 18 dan ke atas?
Terima kasih banyak kerana berkongsi informasi, ianya sangat berguna kepada orang lain.
Sama-sama kita doa semuga kesihatan dianugerahkan kepada kita selamanya.
By: K.S on February 13, 2010
at 12:48 am
Wsalam,
Sepatutnya degree sudah completely stop bila dah reach 18, tapi akan ada sedikit rotation yang berlaku till age 21 utk kes thoracic(bahagian rusuk tinggi sebelah).
TAPI, ada exceptional case di mana org dewasa juga boleh alami peningkatan bengkok dalam keadaan2 mcm ni:
1) Pregnancy
2) Selalu membongkok( xjaga postur badan)
3) Terlibat dalam environment yg memaksa mengangkat barang berat sentiasa.
BEKENAAN ANAK PUAN, rasa saya puan xperlu bimbang langsung b’coz 10 degree itu seolah2 tiada scoliosis sebenarnya. Sebetulnya ianya x nampak langsung kan?
By: nurainshahadah on February 18, 2010
at 10:55 pm
assalamualiakum akak.tq coz wat ruangan mcm ni.sye pun slh seorg yg menghidap penyakit ni.sye bru sedar pasal penyakit ni time form 3 dulu,skarang umur sye dah 18 thn.
time tu sye g klinik sebab demam.then doktor tu check tulang blakang sye.die kate yg tulang blakng sebelah kiri bengkok n postur badan sye senget.die syorkan tuk gune brace mcm yg akak pakai tu.die juga syorkan tuk wat pembedahan,tp tempoh tuk recovery sgt lame.waktu tu sye x wat ape yg doktor syorkan sebab terfikirkan kos yg sgt mahal n pmr exam yg akn sye amik.
skarang ni tulang sye dah ketara bengkoknya.sye x tau bape degree..tp kalu sye pakai baju yang longgar,x ketara la bengkoknya.kadang2 rase sakit juga kat bahagian pinggang n tulang blakang.
ape yang akak tulis kat blog tu sume nye betul.sye mmg kurg keyakinan tuk berdepan ngan org ramai.hanye keluarga n teman2 rapat yg tau pasal penyakit ni.
sye nk tnye akak beberape soalan.hopefully akak dpt jwb.hu3…
1.bape byk operation yg perlu kite lalui tuk betulkan penyakit ni?
2.betul ke kalu kite operate tulng blakang nanti boleh menyebab kan kite lumpuh?
3.waktu nk masuk ipta kn kene wat x-ray,adakah kite akan diterima ngan penyakit kite ni?
4.bape kos tuk pembedahan penyakit ni?
5.de side effect x after operation?
sorry ye kak sye tanye mcm2.actually sye takut pasal penyakit ni n x tau nk tnye pd sape lg.
information pasal penyakit ni x luas.
tp sye kagum ngan akak.akak sgt tabah n never give up..sye pun akan doakan akak.
moga2 Allah pjg kan umur akak.. =)
wassalam….
By: emiliyana on February 24, 2010
at 3:55 pm
kak ain saya pon menghidap penyakit yg sma gak tpi bru 25drjah umur skarg bru 16 thn.buat kja sikit dh sakit pinggang.
By: fifiafiqah on June 1, 2010
at 9:27 am
Salam wrt,
Umur 16 n degree 25 degree…hmmm sy kurang gembira membacanya, masih ada ruang yg luas utk scoli itu meningkat(skdr berterus terang), so fifi please meet up with any good specialist utk tentukan rawatan terbaik, ia xsemestinya operation, senaman or bracing mungkin boleh membantu coz fifi masih muda, tulang mobile lg, mungkin ada harapan utk improve sket curve tu. InsyaAllah
By: nurainshahadah on June 8, 2010
at 11:11 pm
salam,,
kak ain..yr st0ry sgt touch my feeling la..nadia p0n miliki sco nie..alhamdulillah nadia tbh in facing it! insyaAllah aftr spm ni nadia wt sco surgery..nadia hrp akak n sesape yg bce..dpt doakan nadia slamat wt op nie..
congrats coz kak ain sgt tbh in facing scoliosis! moga ketbhn akak membw kbhgian dlm hdp akak..amin!!
By: nadia on June 8, 2010
at 2:32 pm
Wsalam wrt,
Terima kasih krna sentiasa mengiringi sy dgn doa
. Buat nadia, jgn takut2 utk face surgery tu nanti, banyak yg akan berubah setelah itu.
Yg pasti, sy akan turut doakan kejayaan operation nadia nanti, kuatkan semangat & keraskan hati melalui tempoh tu, ia bukanlah lama sgt
.
InsyaAllah selamat
By: nurainshahadah on June 8, 2010
at 11:00 pm
assalamualikum k.ain,,
thanks ya..
thanks again c0z wt blog nie..skunk nadia xrse keseorgn lg!!
syukur alhamdulillah!!
nadia hrp kte dpt jmp oneday..=D
By: nadia on June 9, 2010
at 5:33 pm
Wsalam,
Nk jumpa sy bleh insyaAllah jika ada masa nanti, approve fb tu ya
By: nurainshahadah on July 25, 2010
at 12:12 am
hey, sy hrp sy dpt response awk scpt mungkin…sy skng 18thn..msih study di msu shah alam..sy ade prob yg sme..idiopathic scoliosis..klu xde pape halangn, sy nk wat operation tuh bln sept nie..sy hrp awk ley bntu sy..sy skng dilema ngn byk cter yg sy da dgr..sy tkowt..sy tkowt xwat operation tu n sy tkowt jgk klu sy wat operation tuh..sy hrp awk dpt rply msg sy scpt mungkin!!!
By: fatin farzana on June 8, 2010
at 7:24 pm
Assalamualaikum wrt (to be frank, sy lebih gemar jika membaca komen yang dimulai dgn salam, maaf menegur secara terang2 begini, jgn biarkan tension menguasai diri ya)
Ttg operation, jika doktor sudah tentukan bhwa surgery is the best type of treatment available 4 u then i supposed your curve agak banyak juga, jd decision utk buat operation itu memang SEBENAR2 TEPAT, lg pula fatin sudah melakukan byk ikhtiar utk samapi ke tahap ni(dh semestinya sampai ke tahap dpt tarikh op tu mknanya bukan skali dua fatin dh bjumpa dgn surgeon).
Hmm…ttg cerita2 yg didengar tu apa ya? sebab cerita ttg scoliosis ni mmg ngeri2 belaka BUT terimalah hakikat, isnya sangat berbaloi & anda tidak akan pernah menyesal dengan kesanggupan diri sndiri melalui tempoh2 ngeri tersebut, sampai masa anda akan rasa seperti tidaklah seteruk mana berbanding perubahan yang kan berlaku setelah sembuh….TRUST ME
Sometimes berfikir terlalu byk xbagus, being a well determined person is easier
By: nurainshahadah on June 8, 2010
at 10:58 pm
salam, hee…sory..sy agk mngelabah..sy ade panic attck..so kdg2 sy xdpt kwl..maaf yea..dlm tmpoh 2blnn nie, sy kne wat treatmnt utk attck sy nie..sbbnye dorg xbg sy mnjalani op tu klu attck sy msh..tkowt nnti ssh..huhu..mslh skng..sy agk tkowt lps dgr crite akak…pemikiran sy pk, xbuat op pown skt..buat op pown skt..sy tkowt ngn dua2 tuh skli..huhu..thx for the response..huuhu..
By: fatin farzana on June 9, 2010
at 7:23 pm
Wsalam…
emmm…sepatutnya cerita2 saya membuatkan adik lebih berani. operation scoli mmg agak berisiko ttinggi, tp hasilnya pun cantikkkk…..sangat2, berbaloi2 utk mencuba dik…
panic attack?? apa itu? adakah ia sejenis perasaan yg membuatkan lung-function test melambung2 n jd x normal? learn to control ya!! n kena ingat, masa op tu xsakit pon, sebab kan kite kena bius, bile sedar tu mmg lah sakit tp ok je, benda dh siap semua kan….pikir logik ya…
By: nurainshahadah on July 25, 2010
at 12:09 am
Salam. Saya begitu tersentuh membaca pengalaman puan dan hari2 yg dilalui. Tak pernah terfikir scoliosis ini sehingglah anak saya mengalaminya. Saya cuma perasan belakangnya lain tahun lepas, umurnya 16tahun. Bila saya memberitaunya, dia tak percaya, katanye part of growing-up, lg pon dia tak sakit. Baru2 ini, saya paksa dia untuk berjumpa orthopedic di KL ni. Doktor tersebut tidak banyak membantu cuma mengesahkan dia ade scoliosis. Dia menanggis beberapa hari, menyedari kecacatan pada dirinye. Saya kesihan pada dia, kerana dia cuma ada saya didunia ni. Sekarang saya berusaha mengumpul wang untuk mendapat braces utk dia. Mungkin puan atau pun pembaca yg mempunyai experience ini dapat membantu kami, hospital mane, orthopedic mane yang bagus, dan treatment apa yg paling efektif utk scoliosis ini. Sekian terima kasih, naziah
By: naziah on July 15, 2010
at 1:23 pm
Assalamualaikum Kak Ain. Thank you for sharing all this. Hope u are doing greatly.
I actually have a sister aged 20 years old, who is a sufferer of scoliosis. I see her so suffering and almost couldn’t sleep every night. She is about 40degress scoliosis. What can I do? hope to hear from u. terima kasih
By: Ronald on July 23, 2010
at 11:27 pm
Hello…, i added u in my facebook so that we can even know each other better.
Alhamdulillah, I am doing perfectly great after my last surgery almost 2 yrs ago, scoliosis is seems to be a history of my life insyaAllah.
.
However, i still got 32 degree left but with implant to stop it from being worst, AND my life is completely normal
Thus, what come into question is, as if the degree for yr sis’s scoli is only 40, it shouldn’t bothering her too much, unless the scoli is also accompanied by slip disc OR the scoli is resulting from accident(not by nature which we considered it to be idiopathic). I suggest her to go for full-diagnose with scoli surgeon/specialist to identify the best method of treatment. If the scoli is quite new(happens for less that 2 years, then the chance of the spine to be 90% corrected is so huge, the most impoirtant thing is to get the treatment as early as possible.
Hope this help N nice to hear from u soon.
By: nurainshahadah on July 25, 2010
at 12:06 am
Assalamualaikum..
K.ain..sye brumur 13 tahun..sye juge mengalami situasi yang sama mcm k.ain..sye dapat tahu sye mnghidap scoliosis pd bln september 2009..pd bln september thn lpas, bngkok tulang sye 40 drjh.. skrng dah mningkat ke 70 drjh..slpas sye bce cite akak.. sye jdi takut nk menjalani operation.. sye nk mintk pndapat akak.. akak rse patut ke sye mnjalani operation 2 ??
By: Maizatul Atiera on August 3, 2010
at 10:34 am
Having read your story, I am sorry for all the suffering you had to undergo. I am now in a quandary as my 14 year old daughter also has scoliosis of the lumbar with a 56 degree curve. I have seen 3 spine specialists for their opinions and all said she has to undergo surgery to prevent future problems and worst curve. The latest surgeon at UMMC (private), KL I consulted said her spine is very flexible now and is confident of a 99% correction success. He also said there should be no problems for childbirth/pregnancy in future but I think that they do not use Harrington rod any more but some other instruments. The other surgeon I consulted (also from a private hospital) was more conservative and would only permit a correction of the curve to 30 degrees. The UMMC one said the surgery takes only 3 hours and can leave hospital after 3 days while the 2nd one seem to suggest a longer surgery time and hospital stay. I can’t decide on which surgeon to do the surgery which both suggest to be done by year end or early next year. My daughter is also very thin and I fear for her ability to tolerate the surgery. Can you give me some advice having gone through the ordeal yourself? Thank you.
By: Susan on August 7, 2010
at 12:19 pm
Thank you for your visit. However, I would like to correct some facts as in your comment. During my last surgery(3rd) they have implanted pedicles screw. Harrington rods have never been used since almost 8 years ago by any medicle practitoners due to high failure rates after 2 or 3 yrs of implantation. Only my 1st surgery used the harrigton rods & they have all been removed & replaced by new version of pedicle screw. Any surgery for scoliosis nowadays will be using titanium pedicles screw with rods & crosslinks & it is certainly VERY STRONG.
Regarding your choice of hospital, I DO NOT suggest u to opt for UMMC private wings, I was doing follow up there for a year before deciding to change the hospital last minute, the reason is they have made wrong decision of instructing me to go for MRI without considering the risk of alloy burning inside my body throughout the process(alloy from my former implant) >CARELESS.
When it comes to your daughter’s case, at her age 90% correction is highly possible but should be accompanied by careful insertion of pedicles screws & right techniques of streching back the spine, 3 hours is actually like doing it in rush, rushing means a higher risk of misimplantataion of screws, the risk of paralysis is very high there. However 5-7 hrs will be considered as reasonable taking into consideration the curve of 56 degree which is not too much & the conditions of her spine which is highly flexible at this age..so please opt for another hospital which can estimate a reasonable time of surgery & reasonable correction (I believe the curve can be reduced to at least 40-45 degree, leaving the very small curve there. 10-16 degree of curvature will no longer affect her appearance at all, she will be just like normal.
Try to add her weight by encouraging her to eat a lot of bread & cheese, sandwich also can do. with a very thin body will make her to look & feel a little bit suffer during recovery period. & the most important thing is that she will loose a lot of blood during the surgery, thus it will be easier for her to recover fast if she have a normal(not too thin) body.
hope this help
By: nurainshahadah on August 7, 2010
at 9:41 pm