Posted by: Nurain Syuhada | May 17, 2008

1ST SURGERY – PRE & POST-OP X-RAYs

Seperti yang dijanjikan, di bawah ini adalah gambar x-ray tulang belakang saya, mohon maaf kerana agak terlambat untuk upload kerana kesihatan saya yang tidak mengizinkan saya duduk terlalu lama.

SEMUA PAPARAN DI BAWAH INI ADALAH X-RAY DARI PANDANGAN BELAKANG

Gambar di atas ialah pada April 1999, bengkok sudah terlalu teruk(80 degree). Jadi saya telah menjalani pembedahan pada 15/6/1999 di HUKM. Di bawah ialah gambar x-ray sehari setelah pembedahan pertama.

 

Tulang belakang bengkok itu telah berjaya distabilkan hampir 70%. Walaubagaimanapun darjah kebengkokan hanya berkurang kepada 55 degree. Jika diukur pada teknik rawatan sekitar 1999 di Malaysia, pembedahan ini dikira berjaya. Untuk tujuan meluruskan tulang itu, dua tulang rusuk saya telah dipotong(tidak kelihatan di dalam gambar ini), untuk mengurangkan tarikan ke tepi di bahagian rusuk kanan. Hasil dari pembedahan ini, saya telah memiliki perubahan kestabilan posisi yang begitu ketara dan juga mendapat kembali 5cm dari ketinggian saya yang hilang sebelum itu.

 

Gambar di atas ialah x-ray terkini saya(12 Mei) menunjukkan rod yang telah patah(dalam bulatan merah). Rod ini yang bersambung dengan satu hook di bahagian berhampiran leher tidak lagi stabil setelah hook di bahagian leher itu tergelincir dari ruang vertebra(hook yang tercabut itu tidak kelihatan di dalam x-ray ini, tetapi telah dijelaskan dan ditunjukkan oleh pakar pada ‘full x-ray film’ saya di hospital, harap maaf kerana x-ray tersebut tidak ada dalam simpanan saya buat masa sekarang. Pada masa sekarang, saya terpaksa mengehadkan pergerakan  kerana jika tersilap bergerak, rod itu akan bergerak dan menyebabkan rasa sakit yang mencucuk di dalam badan saya.

 

Juga gambar x-ray pada 12/05/08, didalam kawasan yang bertanda merah menunjukkan bongkah tulang belakang saya yang berpusing 90°. Jika pada x-ray manusia normal, tulang belakang sepatutnya menghadap ke hadapan. Keadaan ‘very stiff rotated spinal column’ ini telah menyebabkan hampir semua rusuk kiri saya bergerak ke dalam, terlalu amat sedikit ruang yang tinggal untuk paru-paru mengembang ketika saya bernafas, ini lah yg menyebabkan sesak nafas & sakit dada yang amat kerap menyerang saya.

Kata pakar, keadaan spinal column yang sebegini rupa menyebabkan stress kepada disc & saraf saya di kawasan lumber yang mungkin menjadi punca saya kerap sukar berjalan dan mengalami kebas sepanjang masa, juga kehilangan deria rasa pada semua hujung jari.

Semua kerosakan ini dikesan melalui x-ray yg di ambil pada 12/05/08 di HRPZII. Agak menghairankan kerana pakar di PPUM tidak memaklumkan kepada saya apa-apa mengenai kerosakan-kerosakan ini, padahal kali terakhir saya menemui mereka ialah pada 02/05/08, teramat tidak masuk akal kerosakan-kerosakan ini berlaku hanya dalam tempoh 10 hari, saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal seperti terjatuh atau kemalangan di dalam tempoh ini. Lagi menambahkan curiga saya ialah apabila mereka membuat tarikh appointment seterusnya hanya pada 04/07/08, kerana pada mereka, mereka memerlukan keputusan ujian seperti CT-Scan & MRI(temujanji untuk ujian ini diberi pada 09/06/08 & 14/06/08), seolah-olah tiada apa yg ‘perlu dirisaukan’ sedangkan saya sentiasa mengalami kesukaran bernafas & kebas kaki. Kata mereka lagi, queue pesakit sangat ramai yang mana jika saya mahu segalanya cepat, maka saya harus memindahkan kes ini ke PPUM private yang mana kos rawatan mungkin mencecah RM 50,000. 

Mungkinkah ini kes kecuaian hasil dari pemerhatian sambil lewa? Ataupun ini adalah kesan dari kurangnya kepakaran di PPUM itu sendiri? Saya masih tertanya-tanya, tetapi…andai diberi ruang selepas pembedahan ini selesai, saya mahu mencari jawapan untuk semua ini.

Next post will be on surgery planning.


Responses

  1. salam akak..sy nk kgsi masalah sy ngan akak..sy pn salah sorg drp psakit thoracic scoliosis..sy x pnah lagi wt rawatan..sy tkut..cmne ek?

    • salam…aq ni pndtg bru blog ni……apa ceter ko sdh skrg?????aq da pn slmt wt pembedahan…..dr jam 8pagi-3ptg…..pi la…..selamat tu..

  2. salam kak. sy br 2 bln bkahwin.. sy jg de skt scoliosis thoracic.. skrg umr sy 24thn,, kdg2 tlg blkg trsa skt.. sy jg slalu kna sesk nfs.. dr kck sy xde asthma, tp skrg doktor ckp sy menhidap asthma.. cpt pnt.. slalu sesk nfs.. x blh ddk lama2.. bdiri lama pn x blh jg.. blh akk bg pndpt?

  3. salam akak. sekarang saya menghadapi mslh skoliosis..dn kdg2 stiap bangun tidur. sukar utk sayamgerakkan kaki sy. dn sukar utk bongkok. cara sy berjalan juga agak pelik kerana pinggang lbih tgerak menyenget ke kanan..apa pndpt akk tntg apa ygsy hadapi skrg?

  4. Allahu kak. Esok jugak sy nk gi check up scoliosis sy..huhu.. Sy dh 13 tahun pakai besi tu..mmg x rasa apa2..takut juga kalau ada patah gitu tanpa sedar..huhu..tp sy buat dgn prof razak under hukm cheras..hmmm mudah2 an smuanya selamat..amin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: