Posted by: Nurain Syuhada | May 22, 2008

SURGERY PLANNING

SEGALA ISI POST INI ADALAH BERSIFAT PERKONGSIAN MAKLUMAT SEMATA-MATA. TIDAK ADA TUJUAN LAIN MELAINKAN UNTUK MEMBERI MAKLUMAT KEPADA PESAKIT SCOLIOSIS, KERANA BAGI SAYA KEADAAN AKAN MENJADI LEBIH MUDAH & LEBIH BAIK UNTUK KITA MENGHADAPI SESUATU ITU DENGAN PENGETAHUAN YANG SEMPURNA

Assalamualaikum kepada semua pelawat blog….

Seperti yang dijanjikan, di post ini saya ceritakan serba sedikit tentang apa yang akan dilakukan oleh pakar terhadap tulang saya.

Pembedahan ini akan terbahagi kepada 2 peringkat tetapi akan dilangsungkan di dalam satu sesi pembedahan,:

Sesi awal:
Proses untuk menanggalkan 2 rod, 2 hook, 2 skru dan dawai-dawai halus di dalam badan saya akan dilakukan terlebih dahulu. Mengikut penjelasan pakar, memandangkan setelah 9 tahun implant itu berada di dalam badan saya, maka proses untuk mengeluarkan kembali implant tersebut akan menjadi lebih rumit terutamanya untuk menanggalkan dawai-dawai halus yang telah pun bersatu dengan isi-isi dan tulang-tulang kecil di sekitar tulang belakang saya. Gambar di bawah ialah x-ray terkini saya:-

Untuk itu, adalah menjadi keperluan untuk kita menyedari risiko ‘overbleed’ yang mungkin berlaku kesan dari pemotongan kebanyakan dari bahagian-bahagian tersebut.

Dawai-dawai halus itu sebenarnya diikat pada bahagian tengah tiap2 tulang belakang saya yang berada di antara ‘pedicle’(tebukan halus dibuat untuk memasukkan dawai).  Oleh sebab itu, tulang saya tidak kelihatan terlalu bengkok dari sudut belakang tetapi jika dilihat dari sudut tepi ia telah berpusing sepenuhnya. Ini kerana, dawai itu hanya mengikat bahagian tengah yang halus itu, bukannya keseluruhan bongkah tulang belakang, kesannya kekuatan bongkah tulang belakang yang membengkok telah menyebabkan keseluruhan tulang itu berpusing. Sila lihat gambar di bawah.

Sesi akhir:
Setelah proses awal selesai dan tulang belakang saya dibersihkan. Pemasangan spinal instrumentation yang dikenali sebagai “pedicle screw” akan dilakukan. Ini adalah teknik terkini rawatan scoliosis dan telah mula diaplikasikan oleh pakar di Malaysia sejak 2003. Pemasangan “pedicle screw” ini akan melibatkan proses menebuk kawasan pedicle dan menanam skru di dalamnya. Mungkin anda boleh merujuk rajah di bawah untuk lebih faham.

Sila bertanya doktor anda untuk mengetahui risiko-risiko ketika pemasangan pedicle screw. Harap maaf kerana saya berasa agak gerun untuk menulis tentang itu di sini.

Gambar di bawah adalah contoh-contoh x-ray yang diambil dari internet, begini lah keadaan pedicle screw yang melekat di tulang belakang tu nanti. Emmm…ngeri ke?? Hehe tak de la ngeri sangat…kalau rasa ngeri karang takut pula nak pasang semua ni…

Ok…sampai jumpa lagi, insyaAllah.

Wassalam….


Responses

  1. askum…saya nk bertnya tentang scoliosis

  2. salam. boleh jelaskan kos kseluruhan pmbdhn ni x?

  3. salam akak, sy nak tau kos pembehahan akak nie berape?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: