Posted by: Nurain Syuhada | June 8, 2008

MENGHITUNG HARI

Salam kepada semua pelawat, terima kasih kerana sudi meluangkan masa…..sudah agak lama saya tidak menghantar sebarang kiriman ke blog ini….

Ketika saya mula membina blog ini, saya sedang berusaha mempercepatkan tarikh pembedahan saya, tetapi segalanya tidak dapat dilakukan kesan dari infection paru-paru yang agak teruk, major operation tidak dapat dilakukan dalam keadaan kahak-kahak yang masih lagi ada dan jangkitan yang masih belum sembuh sepenuhnya. Kini, saya sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan tersebut…alhamdulillah….segalanya berjalan lancar………tarikh operation kekal pada 17/06/2008. 

Hari ini sudah 8 Jun 2008, tinggal 8 hari sahaja lagi hidup saya bakal berubah….berubah yang macam mana bukanlah kerja kita untuk menentukan(kata-kata saya ini mungkin tidak dapat difahami sesiapa melainkan bagi pesakit scoliosis, pakar bedah scoliosis dan mereka yang memiliki saudara-mara penderita penyakit ini-ANDA TENTU MATA FAHAM MAKSUD SAYA KAN???)

Bermula minggu lepas, saya mula kembali keluar rumah, kembali berjalan(Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya dapat kembali berjalan-meski pun tidak seperti sebelumnya, byk rasa sakit yang perlu saya tanggung). Tetapi, saya cuba melatih minda untuk menafikan(mengawal) kesakitan(tanpa CELEBREX) – saya seorang yang cukup percaya kepada kekuatan minda……Kenapa saya tidak mahu mengambil pain killer saat ini?

1. CELEBREX – jenis NSAID generasi baru yang tidak akan mengganggu perut tetapi berupaya menyembunyikan ‘demam’ & sekaligus membuatkan pesakit tidak menyedari sebarang ‘jangkitan’ yang sedang berlaku di dalam badan mereka.

2. Ibuprofen or Diclofenac – traditional NSAID yang boleh menyebabkan keradangan perut.

3. Paracetamol – mild pain killer, boleh merosakkan hati jika digunakan jangka masa panjang, kekal di dalam badan kalau tidak silap saya selama 2 tahun setelah digunakan dan boleh menyebabkan badan pesakit memerlukan penggunaan bius umum yang lebih tinggi dari biasa di dalam kes major operation.

SEGALA MAKLUMAT HANYALAH MELALUI PEMBACAAN, HARAP MAAF JIKA ADA KESILAPAN, PERLU DIINGAT BAHAWA SAYA BUKANLAH SEORANG YANG MEMILIKI LATAR BELAKANG PERUBATAN. SEKADAR BERKONGSI BAHAN BACAAN.

Sekian, jumpa lagi di lain masa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: