Posted by: Nurain Syuhada | July 1, 2008

Hi…Assalamualaikum

I’m back!!! Nanti kita bercerita yea…baru balik semalam….:) Mohon maaf kerana sudah lama tidak meninggalkan sebarang post. Sebenarnya pembedahan kedua saya tidak dapat dijalankan pada 17/6/08 sekali lagi akibat jangkitan pada tekak & paru-paru. Jadi saya dirawat terlebih dahulu sehinggalah pada 24/6/08 yang lalu pembedahan itu telah berjaya juga dilaksanakan. Alhamdulillah…walaupun perjalanan pembedahan itu berlaku tidak seperti yang dijangkakan pakar, dan mengambil masa yang sangat lama(11 jam), tetapi saya masih hidup dan sudah boleh berjalan(malah saya juga membuatkan pakar dan doktor menggeleng kepala apabila mula meminta untuk cuba berjalan pada hari ketiga-hanya 18 jam setelah keluar dari ICU, dan saya memang telah berjalan sendiri hampir 20 langkah pada waktu itu). Saya pun tidak tahu dari mana datang kekuatan semangat(TENTU SAJA DARIPADA ALLAH S.W.T), DIA menjadikan saya kuat &¬†gembira kerana berjaya melalui tempoh kritikal di dalam ICU…huhu x de la ngeri sangat…tp memang kecut perut bila mengingatkan balik rasa ketika bernafas menggunakan mesin, ketika tiub ke hidung dan mulut di pasang dan dicabut dalam keadaan sedar2 bahasa….edeh….kalo bleh saya xnak dah lalui benda2 tu… Buat pengetahuan semua, saya akan menjalani pembedahan ketiga pada 29/07/08 juga di HRPZ dengan pakar yang sama, ini kerana pembedahan kedua ritu tidak menyelesaikan masalah saya, pakar kesuntukan masa & keletihan kerana kerumitan pembedahan tersebut dan pendarahan yang keterlaluan. Next post, kita bercerita tentang outcome pembedahan hari tu yea…beserta gambar…mahu berehat dulu….salam wrt


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: