Posted by: Nurain Syuhada | July 6, 2008

2nd SURGERY – 11 HOURS

Seperti yang dijelaskan dalam post ‘SURGERY PLANNING’ sebelum ni. Di dalam pembedahan pada 24/6 tersebut, pakar telah terlebih dahulu mengeluarkan implant lama saya yang mana prosesnya teramat rumit(diluar jangkaan pakar) yang menyebabkan saya mengalami pendarahan berlebihan. Proses untuk menanggalkan implant lama itu sahaja mengambil masa 4 jam, itu pun masih ada dawai halus yang tertimbus di dalam tulang belakang saya(kesan dari penggunaan bone graft dalam pembedahan pertama), dawai halus itu tidak kelihatan ketika pakar sedang menjalankan proses mengeluarkan implant tersebut. Gambar di bawah ialah set implant lama saya yang telah berjaya dikeluarkan.

SET IMPLANT YANG PATAH

SET IMPLANT YANG PATAH

Gambar jarak dekat skru & hook yang telah pecah penyambungnya….

Untuk 3 jam seterusnya, pakar menebuk dan memasang pedicle screws di kawasan tulang belakang saya yang masih normal strukturnya. Untuk 2 jam seterusnya, pakar cuba untuk menetak kawasan thoracic spine yang telah bercantum dan berbentuk tidak normal untuk tujuan memasang skru di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, sebaik tetakan pertama dilakukan, saya telah mengalami pendarahan yang pada hemat pakar bedah tidak lagi berbaloi untuk diambil risiko, ditambahkan keadaan pada masa itu, mereka sudah kepenatan kerana seharian menjalankan pembedahan rumit ini.

Gambar di atas ialah hasil selepas pembedahan, curvature masih tinggal sebanyak 60 darjah. 12 pedicle screws, 2 rod dan 2 crosslink telah dipasang di dalam badan saya. Kesimpulannya, pembedahan kedua pada 24/6 yang lalu mengambil masa 9 jam 5 minit didalam keadaan terbuka dan secara keseluruhannya saya berada di dalam dewan bedah selama 11 jam – 1 tempoh yang cukup untuk membuatkan saya diperap didalam ICU selama 3 hari.

Sampai jumpa lagi….esok atau lusa…insyaAllah


Responses

  1. salam..
    nurainkan..
    thanks 4 ur maklumat….
    byk membantu kepada sesape yg x tahu ttg penyakit ni..
    tmsk la sy..
    how’s ur life now..
    i need 2 no more about penyakit ni..
    so i hope u can email me later.

    [THE AUTHOR HAS REPLIED TO YOU THRU EMAIL, PLEASE CHECK!]

  2. askum kak,sy tak tahu kakak buka lagi atau tak page nie,tapi jika kakak buka,saya nak tahu,bagaimana keadaan akak sekarang harap semoga sihat selalu,saya ada seorang kawan yang mengidap scoliosis,sejujurnya saya sangat menyayangi dia,keaadaan scoliosis nya satu tidak tahu detail tapi dea ade cakap sebelum nie,dea susah bernafas….hurm,akak ada tak doktor kongsi paling kurang cara nak kurangkan sakit dia?boleh saya tahu bagaimana condition dia di masa akan datang?saya sangat menyayangi dia,kami dah bersama selama 5 tahun,tapi ada kekangan dari keluarga saya,tapi saya tetap menyayangi dan menunggunya,sekurangnya kalau tak dapat bersama dia saya dapat tolong dia sedikit pun sudah menjadi kelegaan bagi….saya mohon jika kakak dapat msg ini kakak reply ye….sangat2 merisau keadaan dia sekarang dan akan datang….

  3. assalamualaikum..akak saya juga seorg penghidap scoliosis..baru je tahu ada scoliosis..rasa nya dah 4 tahun..takutnya bila tgok sku2 tu..takut untuk dibedah,.bukan hnya scoliosis saya ada sakit lain juga..harap boleh bg pengalaman untuk motivate myself..thanx 4 the info…terasa diri kerdil n rasa ditingglkan oleh sume org..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: