Posted by: Nurain Syuhada | July 11, 2008

Dilema…kerana bukan semua orang mengerti

Seperti yang telah saya ceritakan, alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana memberi kadaran pemulihan yang sangat cepat kepada saya. Walaupun bukan sedikit yang telah saya lalui sepanjang di ICU dan waktu baru-baru keluar dari ICU – saya memilih untuk tidak bercerita tentang itu di blog ini. Saya akui waktu itu saya rasakan begitu serik untuk menghadapi apa-apa pembedahan lagi selepas ini, tetapi biarlah saya simpan sendiri kenangan itu.

Meskipun begitu, sedari awal – bermula dari kali pertama saya mula berjalan kembali, saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tulang belakang saya, saat itu saya rasakan terlalu penat untuk bertanya banyak kepada doktor tetapi sempat saya beritahu mereka yang saya rasa pelik di bahagian bahu kiri, pinggang & leher kanan. Kata mereka itu mungkin masalah ‘body adjustment’ kesan dari tulang yang dialih kedudukannya.

Keesokan hari, pakar bedah saya datang sendiri ke katil dan berbincang panjang lebar dengan suami saya tentang keadaan sebenar saya dan apa yang berlaku di dalam pembedahan tersebut. Saya tidak menyertai mereka kerana kepenatan dan saya memang tidak tahu apa-apa. Namun begitu, saya sempat bercakap sekejap dengan pakar bedah tersebut dan dia ada menyatakan rasa kurang puas hatinya terhadap hasil pembedahan tersebut(kerana selalunya pembedahan2 scoliosis yang pernah ditanganinya sebelum ini begitu berjaya dari segi correction), walaubagaimanapun, dia sendiri gembira di atas kejayaan pembedahan itu berbanding dengan kerumitan yang berlaku sewaktu pembedahan tersebut (dikira berjaya kerana saya masih hidup & tidak lumpuh). Saya membalas balik, saya sudah cukup bersyukur dengan apa yang ada, tidak kisah langsung dengan correction yang terlalu sedikit asalkan badan saya tidak lagi sakit, kaki saya berfungsi normal dan kebanyakan dari masalah saya selesai….alhamdulillah…pada saya semua sudah selesai.

Namun, pada hari keenam – saya terasa hairan kerana masalah lenguh melampau di bahu kiri dan kesakitan yang kerap di leher kanan tidak menunjukkan tanda mahu hilang. Saya membuat keputusan untuk mencuri-curi lihat x-ray dan report pembedahan yang diletakkan sekejap oleh jururawat bagi tujuan rondaan doktor. Pertama kali melihat after-Op x-ray, saya sudah tahu apa yg berlaku – kerumitan proses mengeluarkan implant lama telah menyumbang kepada pendarahan yang amat banyak kesan dari pemotongan tisu yang berlebihan, xcukup dengan itu, proses yang menuntut ketelitian yang tinggi telah menyebabkan pakar-pakar bedah keletihan – saya faham apa yg mereka hadapi waktu itu & saya faham juga kenapa mereka tidak memilih untuk memanjangkan lagi tempoh bembedahan tempoh hari, mereka tidak mahu mengambil risiko kesilapan yang boleh mencederakan saraf & pendarahan yang semakin banyak, kerana penggantian darah yang berlebihan boleh mengganggu pemulihan seorang pesakit selepas pembedahan. 11 jam…lama tu…rumit pula tu…biarlah….cukup dengan apa yang Tuhan beri (kata hati saya pd waktu itu)…yg penting semua dh selesai n saya xakan sakit2 lagi selepas ini…

Saya diamkan saja apa yang telah saya tahu dari semua orang, termasuklah suami saya. Tetapi, untuk menerima kenyataan tentang hasil pembedahan ini bukanlah mudah untuk seorang pesakit seperti saya. Pengetahuan yang telah saya ceduk di dunia maya tentang scoliosis agaknya sudah over the limit, apatah lagi dengan penelitian yang meyebabkan saya asyik terfikir-fikir bahawa masih ada yang dapat dilakukan pada diri saya, tetapi sedaya mungkin saya cuba nafikan keinginan kerana untuk melakukan 3rd op semata-mata untuk mendapatkan correction adalah suatu tindakan yang bodoh dan bagi sesetengah orang, saya pasti dilihat sebagai seorang yang tidak tahu bersyukur. Memang malam tu saya xdapat tidurlah, dah la x ada sesiapa menemani malam tu, kesian…dah ler belum boleh bangun sendiri, suami plak, nurse xkasi masuk….sedih tul…

Esok tu, saya berlagak macam biasa hinggalah ke tengahari, saya tiba-tiba menangis xberhenti-henti, hilang kawalan perasaan & terkeluar juga dari mulut saya bahawa sebenarnya hati saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa masih tinggal 60 degree curvature di badan saya. Mungkin juga saya tertekan dengan suasana wad, atau mungkin memang perasaan seorang pesakit yang sekejap begitu sekejap begini…. Hari itu, pakar bedah saya ke Kuala Lumpur, doktor lain tidak dapat melakukan apa2…lalu pakar memberikan arahan discaj – supaya balik berfikir elok2 – jadi dapat la saya keluar wad awal hehe…7th day after 11 jam major spinal op dh kuar wad…tekejut abis sape2 yang mendengar…lagi haru on the way nak sampai umah sempat kami singgah makan kat restoran semata-mata nak hati rasa hepi. Tetapi semuanya bersebab, saya percaya bahawa ubat terbaik ada dalam otak kita, tempat yang menjadi punca rembesan hormon tertentu bagi tujuan penyembuhan terpantas dan penyingkiran radikal dari sistem tubuh.

Ingatkan sampai di rumah saya hepi so xde nak pikir lagi pasal 3rd op, tp saya macam tu juga…mmg saya sendiri pun marah pd diri sdiri sbb xdapat terima hakikat. Marah betul suami saya sampai x mahu bercakap…sedihnya kerana sudah tiada orang yang faham harapan saya. Rasa saya pada masa tu saya bukanlah benar-benar bermaksud untuk menjalani 3rd op cuma masih terlalu terkejut kerana degree yang tinggal terlalu banyak, seperti tidak setimpal merisikokan nyawa & kesakitan yang bukan calang-calang hanya untuk mendapatkan pengurangan bengkok sebanyak 10 degree. Saya rasa SEOLAH-OLAH 11 JAM ITU HANYA UNTUK MENUKAR IMPLANT VERSI BARU YANG LEBIH MAHAL HARGANYA.

2 3 hari saya ambil masa untuk memujuk diri menerima hakikat & akhirnya saya akur dengan semua tu, tiada lagi keinginan untuk membuat kerja bodoh dengan meminta pembedahan ketiga, cuma saya masih tertanya2 adakah rasa lenguh & sakit di bahu kiri & leher kanan ni akan kekal sepanjang hayat? Kalau kekal macamana saya nak kembali membina kerjaya? Esoknya, hari ke-9, saya bertemu kembali dengan pakar bedah saya & seperti biasa saya memang banyak tanya…jadi akhirnya terjawab la semua persoalan….pakar bedah itu mengakui bahawa saya memang perlu dibedah sekali lagi. Sekiranya tidak, kesakitan & kelenguhan itu akan menjadi beban sepanjang hayat & yang lagi xsedap didengar keadaan spine tengah yg terlalu bengkok dibimbangi akan membawa tekanan berlebihan kepada Lumbar 4 & 5 di masa hadapan. Sekiranya ia berlaku maka saraf akan compressed sekali lagi & ia bermaksud segala masalah saya yang wujud sebelum 2nd op akan kembali berulang. 

Berkali-kali pakar bedah saya menyatakan rasa gerun untuk menjalankan 3rd op & dia juga seperti tidak percaya yang saya tetap mahu mencuba. Harap semua blog visitor mengerti bahawa saya hanya ingin berusaha menjadi manusia yang lebih baik, jangan lihat saya sebagai orang yang tidak tahu bersyukur. Saya tahu sekiranya saya terus sakit seperti sebelum ini, lama kelamaan rumahtangga saya akan turut sakit seiring dengan masa…semua tu x dapat dinafikan sesiapa dan bukan salah sesiapa jika ia berlaku pun. Jadi, tidak ada salahnya saya menggadai nyawa sekali lagi demi untuk melihat apa takdir yang tersedia untuk saya, sambil berdoa untuk mendapat yang baik-baik belaka hasilnya(DOAKAN SAYA PLIZZ) .

Akhirnya, setelah berbincang panjang lebar, saya telah mendapat tarikh pembedahan ketiga pada 29/7/08, tidak boleh berbeza terlalu lama berbanding 2nd op kerana itu akan menyulitkan proses penanggalan kembali rod untuk dibaiki bentuknya, lagi cepat dijalankan lagi bagus kerana tisu belum sepenuhnya terbentuk menyaluti implant tersebut.

Saya sudah bosan berada di tengah2, nak kata OKU pun tidak, sihat pun tidak…& saya sudah lihat banyak bukti sebelum ini bahawa susah untuk kawan-kawan & saudara-mara atau sesiapa sahaja mempercayai bahawa saya sebenarnya sakit, ramai yang selalu menyoal siasat saya kenapa saya susah sekali dilihat berziarah ke rumah mereka, kenapa saya melepaskan kerjaya yang bagus, kenapa saya tidak pernah mendukung anak kecil saya sejak 7 bulan yang lalu, kenapa saya tidak boleh buat itu & ini & macam2 pertanyaan lagi…. bila dikata sakit orang xpercaya kerana dari luar nampak sihat, saya pula memang jarang sekali menunjukkan kesedihan di depan orang. Bila dijelaskan, mana mungkin orang yang tidak ada ilmu tentang anatomi faham apa yang sedang berlaku pada saya…itulah dilema nya…

Sekali lagi ditegaskan di sini bahawa keputusan mencuba kali ke-3 adalah keputusan saya sendiri(dengan izin suami sudah pasti). Saya juga sedar dengan risiko jenis apakah saya bakal berdepan, tetapi kata hati saya masih kekal begitu sampai lah ke hari ini. Seandainya benda buruk yang terjadi pada 29/7 nanti, pasti merudum hidup saya selepas ini. Apapun, soal apa yang akan berlaku selepas ini saya tidak mahu fikir langsung, lg pun, itu kan kerja Allah s.w.t. Pada saya, alang2 saya telahpun melalui 2nd op, apa salahnya saya lalui sekali lagi, setiap apa yang kita lakukan mesti ada penghujungnya. Harap khalayak pembaca sentiasa doakan saya, moga Allah beri saya peluang untuk hidup seperti orang lain.

OK…setakat ni dahulu untuk kali ini…sampai jumpa lagi….

P/s: Membuat keputusan dalam hidup itu memang mudah bila kita mahukannya jadi mudah. Anda percaya??? Saya percaya…. ;)


Responses

  1. Assalamualaikum…Saya nampak kekuatan dan ketabahan luarbiasa yang anda miliki, saya amat kagum dengan anda dan berdoa semoga Allah menguatkan jiwa anda untuk menempuhi hidup ini, setiap yang berlaku takkan sia-sia, pasti ada hikmah menanti anda disebaliknya, saya mendoakan anda terus sabar dan cepat sembuh, sesunggunya semangat anda yang kuat akan membantu anda untuk cepat pulih, Allah bersama anda.Amin.

  2. assalammualaikum..bunga sgt kagum dgn nurainshahadah..bunga jujak sakit scoliosis seperti kamu..degree bunga sudah mencecah 40 darjah..umur bunga sekarang 20 tahun..tapi bunga mengalami masalah kerosakn hati akibat terlalu banyak mengambil pil tahan sakit..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: