Posted by: Nurain Syuhada | August 24, 2008

KOS IMPLANT – all about the implant

Salam wrt…

Lama xbersua yea…Ok, dalam post ni saya cuba menyenaraikan anggaran paling hampir untuk kos implant. Set implant yang akan digunakan terdiri dari set pedicle screw(bilangannya ditentukan oleh pakar bedah), 2 rod & 2 crosslinks.

Pedicle screw – lubang terlebih dahulu ditebuk di kawasan pedicle untuk setiap spinal column yang berkenaan & skru akan dipasang di situ. Rod – berfungsi sebagai asas kestabilan struktur tulang yang baru. Setiap pedicle screw akan dihubungkan kepada 2 rod ini. Crosslinks – menambah kestabilan kedudukan rod, lebih kepada bertujuan mengunci pergerakan 2 rod tersebut

Semua ini dihasilkan dari titanium, KENAPA TITANIUM? sebabnya titanium adalah sama kuat dengan sesetengah besi tegar tetapi 45% lebih ringan. Ia tidak akan dapat dilentur melainkan apabila dipanaskan – cuma akan lebur apabila suhu mencecah 2,200 °F dalam udara biasa. Bersifat paramegnatic – weakly attracted to magnets &  has fairly low electrical & thermal conductivity, oleh sebab itu, pesakit yang mempunyai titanium di dalam badan tidak akan sekali2 merasa panas atau seolah2 ada ‘karan’ waktu kilat sabung menyabung, itu cuma salah faham akibat mendengar pengalaman mereka yang sebenarnya memiliki aloy di dalam badan(implant untuk kaki selalunya adalah aloy). Saya hidup dengan titanium sejak 1999, tp xpernah pun saya terasa karan atau ape2…

Berbalik kepada topik asal kita, anggaran kos rawatan di Malaysia adalah lebih kurang RM40,000 atau lebih bagi rawatan di hospital swasta untuk 1 pembedahan fresh case(pemasangan implant kali pertama).  & bagi yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, kosnya di antara RM15,000-RM19,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan, pesakit perlu menanggung keseluruhan kos implant tersebut

Perlu saya nyatakan di sini ada 2 jenis implant yg digunakan oleh surgeon, tetapi kebanyakan surgeon hanya menggunakan implant dari jenis yang pertama.
1) Fully imported from US or Germany – price of 1 pedicle screw mmg fixed at RM 1,000.
2) 2nd type pedicle screw cost only RM500 each – saya tidak mahu komen tentang perbezaan harga yang sangat ketara ini, tapi logicnya if kite bleh dapat same thing at totally different price – there must be a huge different in quality as well, ini bukan kes nak beli beg tangan or jam yang lebih murah, tp kita bercakap tentang alat sokongan yang akan menjadi sebahagian dari kita – SO LET ALL OF US THINK ABOUT IT😀.
Jumlah skru akan ditentukan oleh pakar bedah, for sure lagi banyak skru lagi stabil. Tp ada exceptional case where, for adult scoliosis ada keadaan di mana correction tidak dapat dicapai sebaik kes untuk remaja – kerana bagi orang dewasa, tulang yang bengkok itu telah well-fused & keras susunannya, jd surgeon tidak akan manggunakan skru yang terlalu banyak because it’s kinda have no benefit. Untuk kes biasa scoliosis, anggaran bilangan skru adalah berdasarkan bengkok di kawasan seperti thoracolumber(12-14 skru), lumber sahaja (6-8 skru) n thoracic(10-12)..opps lupa nak bagi tahu, dlm kes serius, bilangan skru yg diperlukan lagi banyak, maksimum saya pernah tengok 21 skru(but kes ini dekat US, bukan Malaysia).
Bagi saya sendiri, sebanyak 12 skru digunakan & ditanam kalau x silap saya start dari 4th cervical column sampailah 5th lumber column(in layman’s talk dari atas leher sampai ke bongkah tulang belakang yang paling akhir). Kos besi RM18,500 in total tidak termasuk caj2 pembedahan, ujian makmal & wad, tapi caj2 yang lain itu tidaklah semahal mana memandangkan saya operate di hospital fully kerajaan.
OK…sekian setakat ni…nantikan post saya seterusnya….info3…
Bye…salam wrt

Responses

  1. boleh tak beritahu dimana saya boleh mendapat bantuan sebegini ????untuk teman wanita saya???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: