Posted by: Nurain Syuhada | August 27, 2008

WHAT TO EXPECT – after the surgery

Salam wrt…

THIS INFO HAS BEEN WRITTEN BASED ON EXPERIENCE & MAY DIFFER WITH YOURS AS EACH HOSPITAL & SURGEON WILL HAVE THEIR OWN WAYS OF TREATING PATIENT. THIS IS JUST AIMING TO AT LEAST GIVE IDEA OF WHAT YOU WILL FACE. 

Normally before the surgery, surgeon awal2 lagi akan ready ‘ICU back-up’ for scoliosis patient if in their expectation patient tu akan go thru any of these: 1) Surgery will take about 8 hours or more; 2) Overbleed; 3) The procedure involve with pengalihan sangkar rusuk(especially scoliosis dekat kawasan thoracic), which means that organ2 pun beralih juga. Pakar bius jelaskan pada saya, rawatan rapi diperlukan bagi tujuan memastikan patient kembali boleh bernafas secara normal selepas pembedahan.

So, bila sedar lepas operation tu kita akan berada dalam ICU dalam keadaan MENELENTANG…bukan meniarap seperti yang disangka oleh kebanyakan orang & tiub pernafasan masih di mulut, time ni mmg xleh bercakap lah sbb tiub tu terus ke paru2, pakar tidak akan menanggalkan mesin pernafasan ini melainkan paru2 pesakit sudah kembali stabil or dengan kata lain patient boleh bernafas sendiri. Proses menanggalkan mesin tu pula xada lah teruk sangat, cuma rasa macam mahu muntah saja bila tiub yang panjang tu ditarik. No fear lah… If patient muntah, diorang akan masukkan tiub yang sebesar straw melalui hidung supaya cecair dapat terus keluar, so that ia tidak mengalir kembali ke paru2. Ia juga tidak sakit kerana kita dilalikan dengan sejenis ubat yang saya xtahu namanya…tetapi rasa pelik tu ada lah….

N benda2 lain pulak, IV drip untuk saline or ubat for sure ada di mana-mana where necessary, tangan, kaki or leher(urat kawasan leher besar, jadinya diorang akan pasang wayar berangkai 3) to ease any process of giving antibiotic, extra blood, pain killer, liquid intra vena etc… Line kat leher tu jugak yang diorang selalu guna untuk amik darah untuk ujian makmal – if in case patient suspected to have infection.

Apart from that, masa operation tu surgeon akan tebuk 1 lubang kecik either kat area belakang badan or kawasan rusuk & diorang pasangkan tiub untuk alirkan lebihan darah dari tisu spine ke luar, they may call it ‘chest drain’. Benda ni selalunya akan dicabut pada hari ke 3-5 bergantung kepada jumlah darah yang masih tinggal.

MOST IMPORTANTLY, they will be using “morfin” as the ultimate pain killer for post op patient, the morfin may be given in 2 ways: 1) either diorang pasang 1 mesin khas yg akan automatically pump certain miligram of morfin ke dalam salur darah kita melalui salah satu dari IV drip yang banyak2 tadi or 2) for patient yang mmg very good at pain management(jenis mampu menahan sakit), boleh request untuk guna mesin yang kita boleh control, which mean bila sakit kita akan tekan 1 butang then baru mesin akan pump ubat tu. This type of machine to me is better because we as patient bleh limitkan jumlah morfin yang masuk ke badan. I admit that morfin is really useful to reduce pain BUT I dont like using it, side effectnya macam2…nanti kita cerita dalam post lepas2 ni… The morfin will be reserved for I think the maximum would be a week, but it’s up to the patient kalo nak request to stop the morfin earlier.

The duration of stay dalam ICU depend pada patient, cepat stabil cepatlah keluar. Then, after transferred out to general ward kita belum boleh buat apa2, baringlah di katil sehingga surgeon anda membenarkan anda mula berlatih menggerakkan badan, like mengiring sket2 ke kanan ke kiri, ataupun katil ditinggikan sedikit di bahagian kepala. After op effect, like usual – very high fever is very common, jd kepada waris patient yg akan menjaga anak or adik anda, sila sediakan tuala kecil untuk mengelap badan n minyak angin, kot2 perut dipenuhi dgn angin(morfin side effect).

Dalam ramai2 patient yang saya jumpa, kebiasaanya patient sudah boleh bangun berjalan pada hari ke 5-7. But, some people may do better, ini pada saya ikut semangat masing2 lah, kalo patient jenis takut pada rasa sakit mmg lambat lah, sebabnya pada kali pertama cuba berjalan itu mmg serba xkena rasanya, sakit…itu xpayah tanya ;D, but that will not last, bila badan dah mula biasa, rasa2 pelik tu akan hilang sikit demi sedikit. Surgeon memang akan galakkan patient bergerak(with limit) bagi mengembalikan semula fungsi usus, buah pinggang n organ2 lain ke tahap normal.

Bila dh boleh berjalan…if necessary, surgeon will order for ‘post-op bracing’ where ada medical officer akan datang n ukur badan kita untuk tentukan saiz ‘brace’. Rupa brace tu macam plastik, keras & bertujuan menjaga kestabilan posture yang baru dibaiki. Ianya perlu dipakai selama 2 bulan. Ada sesetengah kes, post-op bracing tidak perlu.

In total patient will be warded for a week or lebih sket…then boleh balik…complete the recovery session as told by surgeon then boleh hidup normal…insyaAllah….benda yang pasti berbeza dr sebelum ni ialah, ketinggian pesakit akan bertambah(dalam erti kata sebenar diperolehi kembali) sebanyak 3-10cm bergantung kepada correction yang dapat dilakukan)

Patient tidak akan dapat tunduk langsung untuk 1-3 bulan(bergantung kepada tulang mana yang dikunci pergerakannya). Selepas operation kita akan rasa berjalan tegak macam catwalk & keras kalau cuba tunduk, walaubagaimanapun perkara ini akan berkurangan sedikit demi sedikit & sepatutnya setelah 6 bulan, everything should go completely normal(based on operation pertama 1999 dulu).

P/s: Why saya pilih untuk bercerita effects after op sebelum benda2 lain? Tenang ye patient2 sekalian, terutamanya ibu2 patient…Saya ada reason yang sangat concrete untuk ini – a lot of people xnak buat operation sebab takut(selalunya diorang akan bayangkan pengalaman yang menyusahkan & tersangat2 ngeri, padahal benda2 itu tidak wujud pun)…so, saya cerita very detail dekat sini so that semua orang yakin n berani untuk melalui proses tu. Logiknya begini, kita buat berbandingan antara 1st & 2nd pregnancy, 2nd time would be easier dalam kebanyakan kes sebab wanita itu sudah ada pengalaman. So, by having almost exact idea of what we will be facing can at least make the process easier.

Ia xmudah but many people have made it😉. N trust me….sangat2 berbaloi semua tu. Then, bila dah buat keputusan untuk mejalani pembedahan, baru kita fikir macamana nak well-prepare plak ok…next post will be on this….

Sekian, salam wrt….

Last edited on Sept 3, 2008 @ 7.47 am


Responses

  1. ya, kita akn mnjadi smakin tggi !
    btw, sy da lps dr kesengsaraan tersebut slma bbrpa minggu .. hee~

  2. satu pengalaman yang sangat menarik….

  3. salam..
    ALHAMDULILLAH,sy sudah selesai menjalani pembedahan 3 minggu yglalu, di HRPZ II. tp sampai skang rase tegang di bhgian belakang badan masih x hilang.ia agak menyakitkan..menyebabkan sy x boleh duduk lebih dr sejam.berjalan apetah lagi.bile agaknyer akan hilang ye??

    • ianya agak menyakitkan?? tidaklah…sebetulnya ianya sememangnya melenguhkan…lenguh bukan sakit. implant ambil masa sedikit utk bercantum dgn tulang2 baru yg akan tumbuh, insyaAllah dlm masa 2 bulan arina akan dpt rasakan kelenguhan itu akan berkurangan…:). kuat semangat sikit ye dik, sebetulnya u hve gone thru a great experience…n the good news is, it’s sucessful.

      • aah,rase lenguh la kak..hee,mungkin sy ni x kuat semangat mcm akak. ari2 mr ahmad pesan kat saye suruh kim salam kat akak. sy bgtau die sy tau pasal die melalui blog akak ni. sbb tu sy sanggup wat operation kat kelantan walaupun duduk kat selangor sebenarnyer. die kate akak patient yg nakal tapi sangat kuat semangat. kene jadi kuat mcm akak la!

  4. Assalam… thanx 4 the info. Harap2 dpt dijadikan panduan utk sy kerana ibu sy bakal menjalani pembedahan spt u (tp tak sebanyak u la rasanya) pd hari Rabu nanti di PPUKM, Cheras. Cuma sy kurang pasti, adakah dia akan dimasukkan ke ICU selepas op nanti.

  5. selepas 7 tahun dibedah…sebahagian badan bah. belakang saya tidak terasa… adakah masalah ini akan berterusan??

  6. Assalamulaikum.. saya akn dibedah pd 27.7.2012 nnti di husm kubang keriang. Pmbesaran sy trbantut.. Slepas pmbdahan adakah sy akn tnggi smula?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: