Posted by: Nurain Syuhada | August 31, 2008

SURGERY PREPARATION – Part 1(admission and tests)

Salam wrt…

Hi…jumpa lagi… harap posts yang lepas telah membantu sesiapa yang memerlukan. Kali ini saya akan bercerita tentang persediaan untuk pembedahan pula.

Antara ujian yang biasa perlu dijalani oleh pesakit yang bakal menjalani pembedahan ialah;-

1) x-Ray
2) Ujian Fungsi Paru-paru(Lung function test)
3) Ujian darah(selepas dimasukkan ke wad 1 atau 2 hari sebelum pembedahan)
4) CT Scan – Singkatan kepada Computed Axial Tomography Scan merujuk kepada x-ray jenis khas yang mampu memberi keputusan imaj 2-dimensi yang kemudiannya dapat disusun kembali oleh sesetengah mesin CT-Scan bagi mewujudkan imej 3-dimensi untuk kegunaan pakar bedah, ia berfungsi untuk memberi gambaran imej yang bakal dilihat oleh pakar bedah sewaktu pembedahan. Oleh kerana jumlah sinar-X yang digunakan adalah jauh lebih banyak dari x-ray biasa, ujian CT-Scan selalunya tidak digalakkan oleh kebanyakan pakar melainkan keadaan pesakit itu benar2 memerlukan ujian tersebut.
5) MRI – Singkatan kepada Magnetic Resonance Imaging. Ujian ini akan memberi gambaran keratan rentas badan yang diambil dengan menggunakan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan tersebut & merupakan satu kaedah untuk menghasilkan gambar organ dalaman dalam badan pesakit. MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi sebagaimana CT-Scan disebabkan tiada penggunaan X-ray dalam proses tersebut. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa pesakit dengan bendasing logam (seperti serpihan peluru) atau implant (seperti tulang Titanium buatan, atau pacemaker tidak boleh discan menggunakan mesin MRI. Ini kerana, penggunaan medan megnet yang kuat mungkin menyebabkan peralihan kedudukan logam tersebut(atau logam itu akan terbakar di dalam badan) yang akan menyumbang kepada kerosakan saraf.

Pada kebiasaannya, pesakit akan dimasukkan ke wad sehari atau 2 hari sebelum tarikh pembedahan bagi tujuan siasatan terkini(melibatkan ujian darah). Walaubagaimanapun ujian2 lain akan dilakukan sebelum itu lagi(sama ada sebulan atau 2 bulan sebelum itu, bergantung kepada jadual jabatan radiologi) bagi memberi ruang untuk pakar bedah merancang teknik yang bakal dilaksanakan.

Sehari sebelum pembedahan, pesakit akan diperiksa dengan rapi oleh pakar bius bagi menentukan tahap kesihatan semasa pesakit. Mereka akan bertanyakan segala-gala terutamanyaapa-apa keadaan alergi terhadap ubat & juga sejarah pembedahan yang lalu(jika ada). Berat badan & umur akan diambil kira bagi menentukan dos bius. PALING PENTING – pesakit TIDAK mengalami sebarang simpton sakit tekak, selsema atau batuk pada waktu itu. Sekiranya ada, pakar akan mempertimbangkan untuk membatalkan pembedahan tersebut.

Ini, kerana, ketika prosedur pembedahan tersebut, satu tiub khas yang bersambung kepada mesin bantuan pernafasan akan dimasukkan melalui mulut pesakit terus hingga ke paru-paru(prosedur ini hanya dilakukan setelah pesakit dibius & telah pun tidur). Jika sekiranya pesakit sedang mengalami jangkitan di tekak, di bimbangi prosedur tersebut akan menyebabkan kuman di kawasan tekak tertolak ke paru-paru, hal yang demikian boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius selepas pembedahan.

Ketika di dalam wad juga, tekanan darah pesakit akan dambil secara berskala. Setelah itu, pesakit akan diarahkan berpuasa(tidak dibenarkan minum walaupun air kosong) untuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan. Sesetengah hospital mungkin mempraktikkan pemberian ubat untuk membuatkan pesakit tidur lena pada malam sebelum pembedahan.

Next post….will be on what will happen dekat2 nak operation tu…part 2


Responses

  1. salam..boleh bg taw saye, berape harga utk ct-scan kat hospital kerajaan ye? utk whole body..

    tq

  2. semoga ain sentiase cekal yea..kalau saya di tempat ain mungkin saye xsecekal ain..

  3. askum..sy slah seorg yang memounyai scoliosis. umur 23.sy keje sbgai jururawat..sya byak mengalami sakit belakang apabila berkerja dan ini mengganggu aktiviti sy..tp rmai yg menggagap sakit tue tak teruk..tp hakikatnye sya yg merasai.hya yg menghidapi merasainye..

  4. salam..t.ksh krn wujudkn blog tntg pnyakit ini..ianya byk m’bntu sy dlm mncri mklumat tntg scoliosis..sy pn d’diagnosis ade pnyakit ni..dlm 50dgree tp doktor bg pilihan kpd sy sme ade nk wt operation atau x…sy x tau nk plih yg mne krn doktor ckp sy x d’utamakn utk wt operation tp kalo nk wt pn xde mslh..pd doktor, tulang sy akn m’bengkok dlm 1-2cm shj dlm mse staun so x urgent utk wt operation dgn sgera..kalo bleh sy nk mnta pndpat ain tntg mslh sy ni..t.ksh skali lg..sy doakn ain sntiasa brjaya dn bhgia dunia dn akhirat

    • Terima kasih🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: