Posted by: Nurain Syuhada | September 13, 2008

ADAKAH URUT TRADISIONAL MEMBANTU?

Salam…post untuk hari ini…
Menjawab pertanyaan tentang “adakah urut tradisional boleh membantu pesakit scoliosis?”
Berdasarkan pengalaman, urut tradisional yang dilakukan dengan tukang urut yang biasanya mengurut perempuan bersalin tidak mungkin akan membantu mengembalikan kedudukan tulang ke tempat asal, walaupun beliau benar2 berpengalaman. Malah, dalam sesetengah keadaan, ianya memburukkan keadaan kerana tubuh yang telah terlalu biasa menerima urutan akan menjadi tegar dengan keadaan itu – bermaksud rasa lenguh akan datang dgn lebih kerap, maka perlu diurut dgn lebih kerap sampailah ke tahap patient tu rasa serba xkena jika x diurut Lenguh kaki & pinggang yang kerap datang kembali setelah diurut merupakan perkara yang amat biasa, malah lebih malang jika sakit pula yang datang.
`
Saya tidak tahu jika ada yang diluar sana telah sembuh dari scoliosis melalui rawatan oleh tukang urut tradisional, tetapi yang saya pasti, saya tidak pernah mendengar tentang itu. Jika ada sesiapa di kalangan visitor yang ada bukti tentang perkara ini, sila tinggalkan komen anda.
`
Saya juga ada bertanya kepada pakar bedah saya tempoh hari & dia melarang sama sekali melakukan urutan kerana terdapat risiko ‘nerve stress’ sewaktu proses tersebut – bermaksud jika tersilap urut, akan menyebabkan saraf tercedera sedikit demi sedikit.
`
Apapun, adalah digalakkan mempraktikkan urut refleksi di tapak kaki untuk tujuan melancarkan perjalanan darah….insyaAllah boleh membantu mengurangkan lenguh2 di tulang belakang & kaki.
`
Namun, apa yang tertulis diatas hanyalah merujuk kepada tukang urut tradisional di kampung2, bukan bertujuan merendah2kan kemampuan mereka, tetapi berdasarkan pengalaman sewaktu berusia 14-16 tahun, saya pun mengurut juga….but in the end…curve saya cecah 80degree…last2 kena operate juga pada usia 17(1999). Tak ada 1 pun teknik urutan yang membantu, malah mungkin ia juga penyumbang kepada lajunya bengkok saya bertambah……siapa tahu kan??? Apa nak buat, masa tu xcukup ilmu, ingatkan urut ni bagus, rupanya terbalik.
`
Apapun, sekiranya urutan yang dimaksudkan merujuk kepada khidmat dari pakar chiropractic ataupun yang seumpama dengan itu – ia adalah kes berbeza kerana golongan ini faham tentang anatomi manusia. Jadi, ianya dibolehkan…
`
Ok, sekian…….
Tetiba je saya menulis post ni sambil mendengar lagu raya…….ekspresi yang melampau…raya lambat lagi da…Salam wrt🙂🙂🙂

Responses

  1. salam sis,

    boleh komen tentang perkara ini…
    tq

    http://rickywan.blogspot.com/2008/06/cakera-tulang-belakang-teralih.html

    saya juga mengalami masalah tulang belakang bahagian tengkok tapi doktor tak buat apa bagi pain kileer je…

  2. sy jga slah seorg pskit skoliosis yg akn mggunakn rwtan tradsional aiatu mgrut.tapi apabila sy mbaca mklumt diatas sy brasa rsau dan lbih brhati2.jadi sekiranya ahli kluarga sy mglakkan untuk mgrut maka sy akn myruh dan mbenarkn tukang urut mgrut pd bhgian kaki shaja.mklumat trsbut amat brguna untuk sy sbgai seorg pskit ni.sekian trima ksih..

  3. Assalamualaikum sis.. saya baru umur 17 tahun and bakal hadap spm x lama lagi.. saya hidap sakit skoliosis ni lepas saya pergi fisioterapi kt hospital.. diorg dpat kenal pasti.. kaki kiri saya x boleh nk tegak kalau duduk biasa.. punggung pun sakit.. apa ye cara terbaik nk rawat sakit sebelum melarat lagi teruk.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: