Posted by: Nurain Syuhada | September 24, 2008

KESAN SAMPINGAN SCOLIOSIS YANG TIDAK DIRAWAT

Salam wrt…

Hm…Tiba2 saya hilang untuk beberapa hari dari dunia cyber ni. Untuk pengetahuan semua, saya baru saja pulang ke kelantan pada isnin yang lalu kerana mempunyai temujanji dengan pakar bedah saya.

OK, kepada blog visitor yang saya dah janji nak post tentang kesan jangkapanjang scoliosis, ianya seperti ulasan di bawah.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat kebanyakan doktor bahawa scoliosis tidak lagi bertambah setelah kita mencapai ‘complete growth’, kerana pada saya scoliosis jenis structural tidak akan berhenti bertambah, ia hanya menjadi terlalu perlahan, bukan berhenti 100%. Jika tidak dirawat, darjah kebengkokan scoliosis selalunya akan bertambah kesan dari “continual loading” terhadap tulang belakang ketika melakukan aktiviti harian, apatah lagi jika seseorang itu sering terlibat dengan aktiviti yang menyumbang kepada ‘bad posture” & peningkatan berat badan. Bagi mereka yang teribat dengan aktiviti duduk di depan komputer/ meja study terlalu lama, memiliki bad posture adalah sesuatu yang amat biasa.

Bagi wanita, beberapa faktor lain perlu diambil kira – iaitu peningkatan berat badan & beban terhadap tulang belakang sewaktu kehamilan semakin membesar & kepadatan jisim tulang yang berkurangan mengikut umur(40 ke atas) boleh menyumbang kepada pertambahan bengkok.  Di dalam pengetahuan saya, ramai pesakit scoliosis di luar sana yang mengalami pertambahan bengkok setelah melalui tempoh kehamilan.

Kesan yang sangat2 mahu dielakkan ialah apabila scoliosis itu mula menyebabkan tekanan kepada saraf2 tertentu & akhirnya mengakibatkan kesakitan yang berterusan yang pastinya sangat mengganggu kehidupan kita sehari2.

Kesan lain, dari sudut psikologi – pesakit scoliosis selalunya memiliki keyakinan diri yang sangat kurang dari sudut penampilan & keyakinan ketika bergaul dengan masyarakat, walaubagaimanapun sebahagian besar dari mereka dianugerahkan kecemerlangan dr sudut akademik yang membanggakan, kerap berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi(selama mana kesakitan tidak terlalu mengganggu kehidupan mereka).

Ke tahap yang lebih serius(bengkok yang teruk 70 ke atas), pesakit akan mula mengalami ketidakselesaan ketika bernafas yang lama kelamaan menyumbang kepada masalah paru2 & jantung, jika pesakit scoliosis melakukan “Lung Function Test”, pasti mereka memerlukan 5x percubaan atau lebih untuk mencapai minimum level. Dan ujian ECG(Elektrokardiogram) untuk jantung kerap sekali memberi keputusan seolah2 jantung mempunyai masalah injap mengeras(murmur), padahal bila Elektrocardioghraphy dilakukan, tiada apa yang tidak kena dengan struktur jantung itu.

Ruang paru2 yang agak terhad akan menyumbang kepada cepat berasa lelah walaupun hanya berlari2 anak ataupun berjalan dengan sedikit laju & lama. Keadaan cepat penat sebegini pasti akan menjejaskan kualiti hidup.

Walaubagaimanapun, mild scoliosis(bengkok yang sedikit sahaja)  jarang sekali menyumbang kepada masalah2 seperti di atas. Malah, tidak ada sebarang halangan untuk pesakit meneruskan kehidupan normal. Apapun, adalah lebih baik untuk kita sentiasa dipantau oleh doktor yang mahir.

Sekian untuk kali ini….agak kekurangan masa lately, bila pulang ke kampung, masa banyak dihabiskan dgn anak2 :)…

Salam wrt..


Responses

  1. assalammualikum nur ain shahadah…
    saya eliza, act, i rili appreciate ur innitiative to convey a lot of information about scoliosis (in my personal opinion). yeah, saya setuju dengan ur opinion bout d lack of information of scoliosis in d website…act, now im working wif yayasan beliawanis gemilang malaysia or begema..dis yayasan act sgt2 membantu pesakit scoliosis…act, sy ingin tahu cara bagaimana saya nak menghubungi cik..mukin berbincang dengan lebih lanjut lagi mengenai penyakit ini. jika tak keberatan boleh tak 4ward ur phone num…

    truly, eliza

    • Cik eliza….boleh tak eliza hubungi saya “eddyhor” kerana saya mempunyai seorang kawan wanita berumur 31 tahun….dan..scoliosisnya sudah hampir ke 50darjah…so..mayb kalau la..dia nak buat operations…tapi dia tak mampu kerana sebelum ni..dia telah membuat 1kali operations di L4 dan L5 disebabkan dia terjatuh ketika perompak merampas beg tangan nya.
      ini nombor saya 012 6072877 / 012 5245882

  2. salam…
    mungkin lebih sesuai pinggi kak ain shuhada

    actually, saya didiagnosis mempunyai masalah tulg belakng oleh pakar kiropraktik dan juga homeopati.. skoliosis 30deg..

    setahun lepas saya penah demam malam smggu..selepas saya buat keja2 berat..sakit sgt kt pggng bile berjalan..

    bila saya check dgn doc. dy ckp tak ada ape2.. tak ada inisiatif untuk x-ray saya..juz bagi pain killer..saya tak makan pun..tahan sakit tu dalam 1bln jugak..lepas tu ok..sengal2 biasa jer…

    dan baru2 ni setelah didiagnosis oleh pakar homeopati..saya rasa terpggil utk x-ray kembali tlg blakang ni..tp, saya serik utk wat di klinik gov.. saya membyangkan saya akan diragui dan lagi kene buat appointment dulu utk x-ray… kesibukan masa sya sejak akhir-akhir nie menmbhkn lagi say utk tak pergi x-ray lagi..takut pun ada gak..bila cakap kat mak, mak tak caya… so, kene gi cek juga…
    act..tak tau nktulis ape..
    lately, sengal2 pingg tu mkn truk lak…mase kecik mmg pnah jatuh tgga dari atas smpai bawah…

    n, kat mane suppose sy rjuk if sy nk wat med-cek??? tak mau dilengah-lengah oleh doc mcm dlu…lg 1, saya nk bercakap dgn akak byk perkara pasal nie… leh reply my e-mail??

    thanks ya…

    • Wsalam,
      30 degree mmg kebiasaannya doc akan buat derk je kalo kat goment, sbb the surgery would be more to a cosmetic surgery, tidak terlalu merbahaya, tp rasanya nampak kan bengkok tu? i mean tulang rusuk itu tinggi sebelah kan?

      ok, siti ni sebenarnya di mana? sebab nak suggest hospital pun , i dont know yr location. Hope to receive more info from u. My emel is luv_aein@yahoo.com.

  3. salam sis…..

    sy ni ru je lwat blog ny…b4 2 sy pkenlkn dri sy dlu k…sy myra…umo ru je 16taun…bru2 ni sy dshakn ada scoliosis…kalo xslap sy,,,doc bgtao tlang yg bngkok brunje dlm 24 degree for last 4 month…n latest appmnt 30hb nti….from da xray lpas,,,prob sy start from left side tlang bntot…..

    my 1st quest,,,apkah jnis scoliosis sy 2 jnis structural??

    n based on infrmsi yg dah sy bc,,,kalo jnis structural yg melebihi 70 degree shja yg akn mnglami masalh kesukaran tuk bnafas….

    tp nape sjak akhir2 nie,,,dada sy always rasa semput….n kdg2 smp muka sy jd pucat….
    pkara ni lbih ketara bila guru sy turut perasan akan maslah ini….

    bleh tak sy mohon jasa baik sis xplain kn kat sy apa sbenanye masalah sy….

    sy amat2 bharap sis akn bantu sy….tahun dpan sy akn mnduduki peperksaan spm…kalo blh sy xnak pkara nie mjejaskan study sy…

    nie email sy…

    aemymyra@yahoo.com

  4. Assalamualaikum ain,
    Akak juga mengalami penykt scoliosis. Akak sedar tulang belakang akak mengalami kelainan pada usia 10 th lg.pd masa itu, bila rujuk dr., tiada apa2 rawatan yang diberikan. sampailah akak belajar di UM thn 1990 barulah dr. di PPUM syorkan agar rujuk pakar tulang di HUSM.
    Tetapi akak dapat perkhabaran sedih, pembedahan x dapt dilakukan kerana risikonya tinggi.Doktor mencadangkan akak mendapat rawatan fisioterapi shj.
    Sesungguhnya adik Ain bernasib baik berbanding akak. Sekarang akak cuma pasrah dan reda dgn ketentuan ILAHI. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
    Dalam usia 38 thn akak msh lagi bersendiri.Mmg jodoh di tangan TUHAN ttp sbnrnya bkn tiada yg mendekati ttp dr ini dikuasai perasaan rendah diri.
    Buat masa sekrg akak cuma mencari ketngn dgn mendekatkan dr kpd ALLAH di samping berjuang untuk menddk pelajar2 akak.
    Kalau ain ada sebarang cadangan sila email kpa akak.
    Doakan akak tabah dlm mengharungi hidup ini.

    • Saya doakan segala yg terbaik utk akak. Cuma, pesan saya, kita manusia xpernah tahu apa yg menunggu kita di masa hadapan, tiada salahnya akak membuka pintu hati kepada yang datang, kerana saya percaya dalam yg datang itu pasti bersebab, & bukankah lebih mudah jika akak menganggap sebab datangnya orang itu, kerana ‘Jodoh’?

      Pasti membuat keputusan itu akan jd lebih mudah, tiada untungnya jika akak biarkan rasa rendah diri menguasai diri. Saya pernah lalui perkara itu 🙂

      • salam,
        saya juga doakan yg terbaik tuk akak.. saya fham perasaan akak coz saya juga senasib ngan akak..moga Allah kuatkn semngat akak dan memberi kesabaran dalam menempuh dugaan ini..amin.. saay juga doakan agar akak mendapt jodoh yg baik..amin..

  5. hai semua. i baru je tgk blog ni. thanks so much bagi infi ttg skoliosis. walaupun i x pnh jumpa doktor ttg tulang blkg i, tp i sedar i mmg m’alaminya. i wat x ray pun pasal nak masuk ipta. pastu barulah i tnampak betapa bengkoknyer tulang belakang i. smua member i tnya i pnah eksiden ke.. i ckp je la dr kecik. tp time kecik dulu family i x brapa perasan tp bila i tunduk je..mmg sgt ketara.i x tau la brpa degree bgkok. pastu doktor tpt i keje dlu ckp xde ubat utk pulihkan tulang bgkok. slama ni i hidup mcm biaser je. x brpa kisah…i anggp je i normal but bila umur semakin meningkat i raser tulang i smakin bgkok. smpai i tekan blkg i dgn tgn. klu org pijak blkg i lg best. dgn bunyi tulang krak..krak. kdg2 i rasa x bleh bnafas lak..mcm ade yg mnyekat. pnh jugak skit pinggang klu tunduk sgt. baru2 ni baru lah i t’fikir cari info ttg skoliosis. alhamdulillah ade org nak kan i. he dont care kot. insyaallah jadi kawen thun depan. i bsyukur sgt coz masih ade org nak. coz i kategori cute gak tp spoil…skoliosis plak. well, xpela. msti ade hikmahnyer..bsabar je la… kdg2 tu my mom plak yg kesian. dulu i raser mcm badan i x sama rata/saiz. bahu seblah lebar, coz tulang leher i skali effect. more to right. i perasan gak breast seblah kecik seblah besar tp x ketara la..mak i pnh ckp kaki i x sama panjang. dulu time kecik i slalu jatuh. time jln tetiba je bleh jatuh wlupun kt tanah rata..hmm..i punn nak tau gak info2/pkmbgn skoliosis dikalangan org yg m’hidapnye. bleh la sama2 kongsi info. mcmne nak kurangkan sakit ke..ape ke..add me in fb: rugrats_funky@yahoo.com

  6. akak,sye nk tnye ckit. lps op brape bulan bleh bongkokkn bdn blik?

    • lebih kurang 2 bulan

  7. salam..
    kdg2 ada kebenarannya spt apa yg dikatakan oleh kak nik.saya juga lalui situasi yg sama.walaupun kini berumur 27thn & sepatutnya sudah layak utk berumahtangga,tp ‘jodoh’ masih belum ‘sudi’ menerima diri ini.
    pernah dikecewakan sebanyak 3x hanya kerana kekurangan fizikal yg sy miliki.
    apakah insan serba kekurangan spt sy lsg x lyk utk menikmati salah satu nikmat Allah tu?
    saya kini hanya redha dgn ketentuanNya.kini sy lgsg x memikirkan soal jodoh,malah sntiasa muhasabah diri agar sentiasa sbr & sntiasa cuba utk melupakan masalah diri.
    doakan sy sntiasa sihat walaupun tubuh ini tidak sesempurna insan bertuah yg lain.

  8. salam kak ain, sy pun mgalami kes2 spt diatas, cuma x pasti dikategorikn sbg scoliosis @ tidak..sbb x penah mdapat2 ape2 rwtn dr pakar..sy dpt tau tulang blkg sy bengkok pun mlalui x-ray utk masuk Universiti pd tahun 2001 lama dlu..then x penah pegi mane2 pakar bkenaan perkara ini..cuma ade beberapa kali slps itu sy buat x-ray lagi then tulang masih bengkok tp x tahu tahap kebengkokan nyer..ader sekali doktor klinik cuma bgtau kemungkinan sy akan mgalami kesukaran @ kesakitan ketika hamil..dan buat pengetahuan ain, sy skrg mmg tgh pregnant 13 mggu..ape yg perlu sy lakukan skrg??sy ingin kn pendapat dr ain..terima kasih..

    • what u hve to do is to deliver yr baby first, xde pe yg boleh dilakukan dlm tempoh ni. Seandainya tempoh kehamilan agak sukar, banyakkan bersabar, insyaAllah mampu dilalui dengan tenang. lepas bersalin baru contact saya balik, sy akan beri pendapat berdasarkan keperluan ana, ya 🙂

    • Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit skoliosis saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
      https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

  9. cam ni la sesiapa ada masalah tulang ke..masalah magrin ke..sila hbungi ustaz ni..ustaz azhar..saka pun isyALLAH dia boleh la usahakan..nak belah cara batin pun dia boleh buat..say tengok dengan mata sendiri…bukan sihir..dia di duyung melaka ni no dia..0127002138

    • Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesan positif/negatif yang mungkin timbul kpada sesiapa yang mendapatkan rawatan dr individu yang disebutkan di atas. Ditegaskan di sini bahawa blog sy bukan utk mengiklankan apa2 tetapi untuk berkongsi maklumat. Ambil yang baik, buang yang xbaik ya.

  10. Assalamualaikum, saya berusia 23 tahun, belum berkahwin, masih menuntut di IPTA, saya mengalami masalah pada bentuk badan saya, kalau dilihat bentuk badan saya kelihatan senget di bahagian pingan dan pungung, saya juga selalu berasa lengoh dan sakit-sakit apabila duduk terlalu lama, saya pernah pergi ke klinik swasta dan doktor tersebut memberitahu bahawa saya menghidapi penyakit skoliosis, tulang belakang bengkok, saya kurang puas hati dengan penjelasan doktor tersebut, kerana doktor tersebut menyuruh saya berjalan dan duduk dengan betul untuk memastikan tulang belakang lurus semula, adakah ia berkesan? saya sebenarnya seorang yang agak aktif. Doktor tersebut memberi saya ubat saraf, adakah saya kena mengambil ubat tersebut sehinga tulang belakang saya lurus kembali? Doktor tersebut juga memberitahu jika saya mengandung dan melahirkan anak saya akan mengalami masalah, masalah apa? Doktor tersebut x terang kan pulak. Dan doktor tersebut berkata pembedahan hnya boleh di lakukan semasa umur 17 thun ke bawah sahaja..Saya rungsing la sekarang…apa yang perlu saya lakukan sekarang?….saya sendiri jadi takut apabila melihat tubuh badan saya sendiri. Dan berasa rendah diri..kalu boleh saya nk selesaikan masalah kesihatan saya ni sebelum saya berumah tangga..tolong saya…..tolong jelaskan saya tentang penyakit ini dan di mana perlu saya tuju untuk rawatan peyakit ini? saya berharap sagat respon ini di balas, sekian terima kasih………

    • Wsalam wrt,

      TIADA ubat saraf yang boleh meluruskan kembali tulang belakang. Pil yang diberi itu berkemungkinan besar hanya vitamin sahaja. Juga penjagaan posture hanya akan membantu tulang adik supaya xbertambah bengkok, tidak akan sekali2 membantu meluruskannya kembali.

      Memang akan ada masalah sewaktu kehamilan, sakit belakang melampau & juga masalah utk bersalin normal.

      Pembedahan MASIH BOLEH DILAKUKAN sehingga umur adik 30, no problem. cuma risikonya agak besar sedikit & correction tidak sebanyak pembedahan pada remaja. Saya sendiri menjalani pembedahan ketiga pd usia 26 tahun. selamat je….alhamdulillah

      Yang penting cari pakar yang benar2 pakar.

  11. tlg…sy dlema…sy nk wat ke x operation tuh… =(

    • YA, JANGAN RAGU2!!! ANDA TELAH BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL

    • Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit skoliosis saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
      https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

  12. salam.. sy hazia. saya nak mintak pendapat ain..saya lum berkawin . umur = 26thn…adakah penyakit ini betul2 memberi kesan teruk masa pregnant…sy x tahu berapa tahap degree bengkok tulang saya…hope dpt tolong

  13. salam n hai ain…

    saya baru d sini…dah yaaa….saya tahu saya mengalami scoliosis walaupun doktor tak cakap apa2…saya pernah pergi buat rawatan tapi..yaaa….biasalah gov hosp memang tak peduli sangat hal2 macam ni.

    saya nak tanya, di mana harus saya dapatkan rawatan terbaik untuk penyakit ini?

    saya skng d sabah.memang org sabah.saya x kisah jika harus pergi mendapatkan rawatan sampai ke semenanjung jika itu yang terbaik.

    n nak tnya awk ain, 1st time buat pembedahan umo berapa? n awk dh kawin yeh??

    • hukm is the better place.. im did my surgery there. n now im ok. there alot of expert doc. maybe u can refer there

    • Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit skoliosis saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
      https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

  14. Slm..kak ain, nape k.ain buat pembedahan berkali-kali? maksud saya sampai pembedahan kali ke tiga..kenapa ye?

    • Wsalam,

      Sbb pembedahan kali pertama gagal, implant rosak sbb accident. jd kena keluarkan balik & ganti baru.

  15. tahniah..blog yg sgt baik….sy bangga tgk smgt dan kecekalan tu..smg sht slalu =)

  16. akak baru dapat tau sakit ni bila anak akak yang berusia 14 tahun kelihatan tidak betul postur badannya. Akak nak minta jasa ain tolong beritahu akak sekarang, doktor pakar yang sebenar2nya pakar yang boleh buat operation untuk betulkan kembali tulang belakang yang bengkok ni. Ada yang yang kata risiko besar seperti boleh lumpuh. akak takut ain jika jadi apa2 pada anak akak. minta tolong yer ain berikan nama doktor pakar tu dan bagaimana mahu menghubungi beliau… terima kasih banyak2.

  17. ni email akak. imma610@yahoo.com atau fon number 0195717350

  18. askm…
    emmm…mcm2 pngalaman scoliosis nie.saya sendiri sdg menanggung.mmg dah pegi check n x-ray + buat fisio.tapi blom ada kemajuan.sakit blkg jgn ditanya ler.sakit giler.sampai kena urut hari2.ubat tahan sakit pn xjalan.baru buat fisio kali ke 4. seksa sakit nie.xleh ddk, jln n brdiri lama2. hrp2 ada cara len utk hilangkan sakit nie. hmmm…

  19. salam..
    sy turut mengalami nasib yg sama…
    dr belasan thn kini sy 26 thun..
    benkok s….
    4 taun jumpa pakar… xda paper tindakan
    skrg dah stop..
    ari2 sakit pingang…
    lutut kiri rasa nak tercabut bila bgun dr cangkungan, duduk besimpuh ke.mcm2 la..
    x blh bring telentang di lantai…. nak gerak badan pun sakit..
    duduk lantai pun x bleh ..tekanan tulang punggung…
    arrrrrrrrr…….terpaksa megabarkan diri….+ redo…. = ketentuan ilahi…

  20. salam. sy bru shja operate utk tulang scoliosis pd jan 2010. Ahamdulillah dgn izinNya, sy sembuh dah menjadi seperti normal. cuma yg tak berubah tulang bahu saya sedikit menonjol. tp better than past. sy buat di HUKM. skrang saya boleh buat apa saja. Apa2 pun. semangat mesti kuat. Sy skrang berumur 19 thn dan belajar di kolej

  21. patut bace

  22. As’kum Ain dan semua.Saya baru terpanggil untuk membaca berkenaan penyakit ni.
    Umur saya 32 tahun sudah berkahwin dan mempunyai 2 org cahayamata (6&8 tahun)
    Sebenarnya saya juga mempunyai nasib yang sama (bengkok tulang belakang kanan)sejak kecil lagi dan belum pernah buat test / xray dan rasanya hendak buat check jugak ,walaupun x tau harapan seterusnya bagaimana.Boleh bagi pandangan x,samaada tulang belakang saya boleh dirawati dengan cara apa?effect yg saya alami sekarang ialah ,x blh diri lama2 (over than 2 hours),tulang akan berasa sakit itu saja.Belum pernah alami komplikasi yg lain2(susah berrnafas/lelah etc) Anyhow saya tetap akan tabah menghadapi ujian mendatang disamping suami & anak2 tercinta. wassalam wrt…

  23. salam alaika…
    sy sdh ble bce ttg pyakt ni sbb sy pn psakit scoliosis… emm… skrg umo sy 19thn.. sy dpt taw sy kne scoliosis time sy umo 18… mse 2 sy batok kronik n smpai kdg2 sesak nfs.. sy cek kt KPJ n xray… struktur tulg n organ dlm bdn sy da xbrape elok lg… da 2kli sy prgi KPJ tp dktr pkr kt ctu mcm tak leh nk wt pape… paru2 sy rosak sblh kiri,tp pkr kate ni ade kaitn dgn scoliosis… law nk rwt paru2 kne wt pmbdhn tulg blakg dulu… make dye suggest kn sy suh prgi HUKM or HUSM sb kate nye rmai pkr tulg… tp mslhnye sy dok jb… jauh nk prgi kl dgn kadaaan sy plak skrg yg sntiase tak sht yg mudh sesak nfs law dok lme2… emmm sgguh drita sy skrg ble dpt taw sy ade mslh tulg blakg… smgt & kyakinn hdp 2 da brkrg… sy sgt dilema nk pmbdhn or tak… sy da tak taw nk wt mcm ne lg…

    agk2 la kn kt area jb ade tak pkr2 bedah tulg scoliosis yg brpngalmn ni??
    n mcm sy umo 19 ni blh ke jalani pmbdhn utk scoliosis ni??
    kos nye brape ye?? mhl sgt ke?? sy ni da la bkn owg yg sng…
    btl ke blh smbuh 100% slps wt pmbdhn??

  24. saya menghadapi masalah yang sama . dan saya takut menjadi semakin teruk .apa yg perlu saya lakukan supaya x mnjadi smakin truk ya? 😦

  25. salam semua, saya cadangkan bagi yang mengalami scoliosis…
    boleh mencuba rawatan tulang belakang…
    untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian:
    013-9875780
    ingat, perkara yang membabitkan tulang belakang ni kita tak boleh buat endah x endah je.

  26. salam..kak ain..

    1stly sye nk knalkan dri dlu..name sye eza n berusia 27 tahun..sye mmg dh disahkan ade scoliosis mse umo 16 tahun tu pn after wat medical checkup tuk msuk mrsm..tp mse tu doc ckp x serius sbb bru 15 degree..tp mse tu bntuk tulang blkg sye msih bntuk c..n mse nk msuk u,sye ne wat medical checkup lg n mmg sye t’kjut ble tulang blkg dh berbntuk s..org paling cdih time tu mak..sbb doc terangkn dpan mak simptom n kesannye ble mengidap scoliosis ni..n after that sye ne wat checkup every 6 month n x-ray sgale mcm..tp cme tuk beberape kali sbb kesibukan mse kt u n the last time sye pegi rsenye tahun 2006..pstu x pegi2 dah..

    tp terus terang ckp,mmg menyiksekn kn ble time die sakit..lbih2 lg skrg ni..sye lbih kerap sakit n effectnye kt pinggang belah kiri n terus effect kaki kiri..sye dh xleh duduk lame ckit,pinggang kiri akan sakit sgt n trus effect kaki kiri jd lenguh n kebas..n actually i bru je kawin ujung bulan 10 baru ni..n tulah nk tnye…sbb tu ke ?tp rsenye beberape bulan sebelom sye kawin aritu yg start sakit pinggang belah kiri..cme sejak akhir2 ni makin truk..tp mmg hajatnye nk gi jmpe doc..cme nk mntk pndapat dlu..tq

  27. Saya mendapat tahu yg saya menghidapscoliosis waktu nak masuk asrama.sekarang saya dah 30thn dan mempunyai anak.saya dpt lahirkan anak2 saya secara normal.final sekarang saya sering mengalami sakit belakang.nasihat saya amalkan pengambilan kalsium yg cukup

  28. Boleh tak sesiapa recommend sy klinik/hospital area KL dan juga kos rawatan bagi skoliosis. slama ini sy x peduli tapi lama kelamaan seperti tulang belakang sy smakin benkok.

  29. saya mengalami tulang belakang bengkok sebab terjatuh ketika form5. sekarg sye di ipta berumur 19 tahun..jaln cerita anda sume sama dengan saya..bler gi govermnt ckpa x ada pa per.. apakah langkah awal sye utk elakkan skit tulang ini lebih melarat,, tq sume share kan ilmu ini..

  30. Asalamualaikum kak ain…saya brumur 22 thun dn mghidap pnyakit scoliosis neh..sya rsa yg sya structural pnya sbb bila bgkok, tulang blkg sya tnggi sbelah..

    Msa kcik sya x prasn pon..tpi sya mula prasn bila umur sya 14thun..bila sya tgk cermin dri depn, prot sya mcm x sma tggi ja..n pinggang pon x sma..sya tnjuk kt ibu sya..dia ckp xda apa kot..then bru sya ingt,beberpa buln sblum 2..sya ada jtuh tngga msa kt hostel dri ats smpai bwah..sbb kalut sgt blari2 kejr msa..then mmg sya jtuh punggung dlu..aftr jtuh 2..trus mlm 2 mcm sakit gila blkg sya..then mmbe sya tlg urutkn..msa 2 tulg sya ok ja..sya rsa tulg sya mmbengkok mgkin sbb sya jtuh 2 la..tpi xtaw lah mgkin ada sbb lain..

    smpai skrg sya xda la nk sakit trok2 mcm sesak nfas ka smput ka x penah..sakit blkg just kdg2 aja la klu tesalah dudk..tpi kjap ja lpas 2 akn ok blik..skrg famly sya smua dh tahu psai tulg blkg sya..dorg mmg nk bwak sya g check tpi x sempt lgi..tkot sgt klu kna wat pmbedhan..then x mnjadi..tkot sgt ada kesan lain aftr operation..ayh sya yg pling risau tkot tulg sya makin trok..tpi sya rsa mcm ok ja..cuma 2 laa..xkan sya nk biar smpai bila2..mkin lma nnt mst makin trok,..n malu sya nnt klu org taw..

    sya mmg suka bfsyen..tpi bila jdik mcm neh..mcm tbtas lak..so mmg slalu nya sya akn pkai bju yg lbih besr spya org x prasn..mmg sya akn cover2 spya xnk org taw tulang sya x sma..klu nk sot kt ofis sya mst cover2..tkot org prasn tulg blkg sya..tpi mgkin dorg prsan cuma wat xtaw ja kot..mgkin nk tnya tkot sya malu.. 😦

    sblum neh sya couple..x penah pon sya cta psai tulg sya..tkot sgt dorg xleh trima n sya malu..lepas asyik ptus ja..lma sya x couple…rmais gt yg nk ngort2 sya..then bru2 neh ada sorg laki mmg mcm jujur gila ngan sya..baik sgt..mmbe ofis pon slalu pdankan dia ngan sya…dia cko dia blh trima sya seadadnya..tpi dia xtaw la psai tulg sya..then trus tpkir..mcm mna klu dia btol2 nk khwin ngan sya nnt..xkn sya x bgtaw dia ttg tulg sya..malu sgt rsa klu nk bgtaw..tkot sgt…hmmm…

    so sya nk taw la..klu sya x rwt pnyakit neh..blh ke sya mgndung nnt..n klu sya rwat before kwin pon..lepas tulg sya ok..sya blh ka mngandung kak?? n tulg 2 dpat ka pulih spenuhnya leps rwtan..lma x nk pulih?akk buat rwtan dekt mna..sya tkot sgt nk p buat rwtan..tkot x mnjadi..:(
    tlg blas sya yea kak…
    TQ

  31. salam akak .. sya bru 16 taun.. dpt tau ada scoliosis ni taun lepas bulan 3.. first temu jnji dgn pakar masa tu, trus suggest untk operation.. terkejut jgak.. but taun dpn nk spm so tunda after spm bru operate.. kos dlm rm25000.. dokter inform kena pasang dlm 16-19 skru.. mama n ayah mula2 setuju nak operate.. but, bru2 ni ayah kata x nak buat operate tu dia nk try alternatif lain.. saya btl2 keliru.. saya selalu sakit belakng.. rasa bisa sgt.. pernah satu hari, separuh badan sya dari pinggul smpai hujung kaki kebas..lngsung tak ada rasa.. saya ketuk pun x de rasa..dlm 2 jam kmudian bru ok smula.. kebelakangan ni sya selalu kebas dkt anggota bdn.. cpt letih. kalau berdiri sya akn rasa tekanan kat kaki bhagian pinggul.. sakit sgt.. tp kalau sakit2 sya diamkn je..kalau dh tak tahan sgt bru sya srh mama sya urut..
    saya btl2 keliru dgn kputusan parent saya.. apa yg saya kena buat..

  32. Assalamualaikum..
    Maaf sy nak bertanya.. boleh tak tolong bgtau sy apa kesan-kesan buruk yg boleh dihadapi oleh pesakit scoliosis jika tidak di rawat@lambat dirawat? adakah boleh menyebabkan kelumpuhan anggota badan?

  33. salam..saya merupakan pesakit skoliosis brumur 20 thun..sy punya degree,29..sy rasa nk buat pmbdhn kt hsptl swasta..agak2 brapa kos??email saya erk??

  34. Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit skoliosis saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
    https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

  35. Salam ain…
    Just nak share, now umur sy dah 34..masa umur 18yrs time nak xray utk medical check up masuk U..sy dh dpt trace scoliosis..tp tak g hospital n further study mcm biasa..Bila dah start keje umur 23 baru start check up kt PPUM n till now still check up every 2yrs..Bengkok dah 46 degree..n every 2yrs p xray mesti bend dlm 1-2 degrees..tp doctor takde la suggest utk operate..bila baca thread nie sy jadi risau..perlu ke sy operate…Saya dah berkahwin dn ade 3 anak…tq

    • Wsalam….ada ape2 perubahan ketara x lepas preggy each baby?

  36. Salam.
    Anak saudara perempuan saya berumur 9 tahun telah disahkan mengidap penyakit ini..saya nampak dia makin menjauhkan diri dari bermain dgn rakan2 sebaya…macam mana saya nak motivate dia?

    • Wsalam,
      kalau sy ditempat encik sy x akan sekadar motivate dia…sbb scoliosis tu penyakit yg nampak, tulang dia yg perlu dibaiki kedudukan. Saran saya rujuklah pakar ortopedik sbb tahun2 selepas ini dia akan melalui usia pra haid, waktu tu tulang dia mungkin(besar kemungkinan) lebih laju membengkok. Jd sy kasihankan tekanan perasaan yg bakal dia hadapi & sekiranya bengkok teruk, kesakitan juga akan ada.

  37. salam kak ain…saya nurul merupakan pesakit scoliosis jg. saya tak pasti scoliosis saya brp degree tp da dikesan sejak 10thn dl…boleh saya tau kata doc scoliosis saya mild tp knp baru2 ni saya mudah kena seolah-olah semput dan bila batuk agak lambat baik…? harap kak ain dapat bantu saya di mana hospital atau klinik yang boleh saya rujuk memandangkan klinik gov ni mcm x ambil serius dgn masalah scoliosis saya…saya sekarang berada di jb

    • kak ain saya baru je balik dari klinik kesihatan berhampiran,memandangkan saya sihat dan semasa melahirkan anak-anak saya tidak mengalami sebarang masalah berkaitan scoliosis so saya di rujuk untuk membuat fisioterapi sahaja, adakah merbahaya kiranya scoliosis saya di biarkan?

      • pndapat saya, jika norin senang begitu & suami pun x kisah x mengapa dibiarkan.ianya pilihan masing2…mcm sy dulu kehidupan sy mmg terjejas, jd timbang fikir semua pihak saya rasa pilihan begitu paling berbaloi….selebihnya tawakkal. Alhamdulillah…Allah S.W.T telah permudahkan byk perkara.

    • semput tu berkait dgn ruang paru2 yg xbalance, mcm contoh kalo bengkok ke kanan, ruang kurang luas utk fungsi paru2 kiri…

  38. salam.. anda pengidap scoliosis juga?

    • ya…sebagaimana cerita di blog

  39. berapa kos nak buat pembedahan?

    • waktu saya dahulu sekitar rm20,000 di hospital kerajaan(tahun 2008), yang mahalnya kos besi tu

      • Salam nurainsahadah. Blh sy tahu Kt mane awak operate??

      • WSALAM, HRPZ11 kota bharu kelantan

  40. salam…. akak saya izzah 17 tahun…… saya punya skoliosis dah 58 degree.. rasa sakit memang selalu ada… ini menyukarkan pergerakkan saya…. macam mana cara untuk kurangkan sakit sementara menunggu op… tq

  41. Salam, saya salah seorg pesakit scoliosis. Detect ms umo saya 8 taon. Dah buat operation masa tahun 2005. Alhamdulillah skrg dah bleh jalani kehidupan dengan lebih baik walaupon xsepenuhnya. Cuma sekarang saya bimbang kalau2 nanti saya pregnant. Kwn2 sy yg xde penyakit tulang belakang pon macam seksa ms dieorg pregnant. Jadi saya risau, macam mana pesakit scoliosis yg dah buat operation, boleh ke bertahan dengan sakit tu selama 9bulan? n Bleh ke deliver normal?

    • Wsalam, mia umur berapa ya?
      Petua saya masa pregnant, kita anggap diri kita tengah buat job besar assigned by our GOD, Allah S.W.T bagi tugas kat kita untuk carry jasad hamba Dia yang baru, dengan fikir macam ni alhamdulillah semuanya jadi mudah, pregnant memanglah tidak begitu best, apalagi melahirkan memanglah menyakitkan, tp word seksa x sesuai utk merujuk kepada nikmat menjadi seorang ibu. semua tu akan terbayar dengan dpt title sebagai seorang ibu & segala kelebihannya, & satu lg part yg kita x nampak, pahalanya amat besar.

      Tentang bersalin normal/operate, ada je org skoli bersalin normal, saya x… rezeki masing2 :).

      Untuk makluman anak saya sudah 4 orang alhamdulillah…semuanya ceaser & saya belum ikat tube fallopio sebagaimana org lain selalu duk buat. Insya Allah masih bersedia utk terima great job from Allah S.W.T seandainya Dia menghendaki, Dia Maha Mengatur & Maha Bijaksana.

  42. salam dan selamat kenal. sy salah seorg ahli binabadan. yg telah 9tahun dlm binadan.. sy juga mengalami scoliosis.. pada mulanya sy tidk tahu.. pada 1hari sy melakukan aktiviti binabdan.. d bahagian “back” setelah brmain separuh jalan. rasa sakit d bhagian belakang dan sesak nafas. sy hampir pitam. dan sy d kejarkan d emrgenc. setelah d rawat n d x-ray sy d syaki kena scoliosis. bahagian kanan.. doktor ckp hasil bebadan yg berat.. dan doc ckp benda ni sudah lama dari kecik dia bengkok sdikit-sdikit 2x buat rawatan tpi tiada apa2 yg doc ckp suruh rest. ubt sapu berbakol2..skrng sudah dkt 1tahun sy x pergi jumpa doc. hanya buang masa sy.. sy nk tnye. ada club penyakit scoliosis?? bagai mana cra nk mengatasinya???

  43. Salam….

    Sy ibu kpd ank yg ada scoliosis…her age now is 13yrs old and akan unfergo ops pd 31 mac 2014..doc nk insert growing rod to her spine as her curve now is 60 degree upper….rod insertion from t2 to L2…
    sy risau sgt akan complication after the surgery…..she was traced with sco when she was 12 via school health screening….and i was shocked…masa tu curve dia dh 40 dgree and accelerate too fast within 3 mths….

    the ops cost is rm20,700
    really need ur advise on this….

  44. As salam kak ain, sye pun slh sorg pesakit scoliosis bru je operate buln nov 2013 y lps dkt gov hosptal. Sngat tnggi kos 25rib utk 16 skru dlm bdn saya. Tp apa y mrisaukn sye, posture bdn sye lbih senget aftr oprate klau nk bndingkn dgn b4. Bjaln pun fmly kate sye nmpk senget, adkh akk pun alami bnda y sama ?

    • Wsalam, saya baru je buka blog ni since sekian lama, hilang password haritu. jika adik masih follow, sila whatsapp saya kat 0196477642. ganjil kes adik ni, saya xpernah dengar. melainkan lepas baru2 operate kita rasa macam kita jalan senget tapi sebenarnya x, cuma otak kita dalam proses adjustment keseimbangan, sbb selama ni duk jalan senget tiba2 dibetulkan banyak pulak, otak kita jd confuse kejap, benda gini hilang lepas 2-3 bulan.

      • Salam puan ain, saya ingin bertanya lebih lanjut secara personal tentang pembedahan scoliosis kerana saya juga akan menjalani pembedahan tersebut tidak lama lagi. Boleh kah saya hubungi puan melalui no whatsapp di atas? Terima kasih.

      • boleh saja, insya Allah saya bantu beri maklumat setakat mampu. whatsapp 0196477642.

  45. Assalam, saya syaza pengidap scoliosis, saya sangat ingin tahu kalau tulang.belakang makin membengkok betul ke badan.kite juga ikut sama .saya punya bahu bonhkok seblah ,belah kanan tulang macam terjojol,akan nampak lagi teruk.ke ? Kalau.buat operation . Badan akan lurus blik tk? Dan doktor suruh buat follow up lagi 6bulan .tapisekarang saya dah mula rasa semput dan rasa dicucuk cucuk .Apa perlusaya buat 😦

    • Wsalam, bengkok adik berapa degree?
      ya btul bilamana tulang belakang bengkok badan kita akan ikut sekali, tulang belakang bersambung dgn tulang rusuk semuanya, yang buat badan kita ada bentuk. jd semuanya akan jd nampak serba xkena bilamana tulang tu semakin bengkok. rasa semput tu memanglah sebab ruang paru2 kita xmacam orang biasa, agak kecik. sebaiknya adik buat follow up untuk memantau kadar bengkok nya, hospital biasanya akan suggest operation utk bengkok yang agak banyak, makan kos yg agak tinggi utk operation ni. cuma, BERITA BAIKNYA ada sesetengah hospital mereka ada link dengan jabatan kerajaan yang suport kos untuk bantuan utk wat operation ni, kena tanya hospital tempat adik rujuk.

  46. salam ain saya bapa kepada seorang anak perempuan yg sekarang ini berumur 13 tahun berat badan hanyalah 30++ saja….doktor telah mengesahkan anak menghadapi scolisis kerana tulang belakang bengkok yang amat ketara……saya hanya di kurniakan tuhan seorang anak sahaja dan saya tak mampu untuk menghadapi dilema ini kerana dalam keluarga saya tak pernah menghadapi situasi seperti ini….doktor nak operate belakang dan sebelah sisi allahuakhbar saya tak mampu untuk hadapinya kalau boleh biarlah saya yang mengantikan tempatnya setitis airmata dia hadapi kesakitan itu amat perit bagi saya……saya harap tolong bagi nasihat atau pendapat adakah saya harus teruskan untuk pembedahan anak saya ini…..saya tahu ini semua untuk masa depannya tapi saya takut anak saya tak mampu hadapi semua ini dengan tubuhnye yang kurus ……saya tak mampu lagi nak berkata2 hanya deraian airmata mengalir ya allah sesungguhnya aku redha jika ini dugaan yg aku hadapi bersama keluarga ku……..kosnye hingga 25k aku hanyalah bekerja pengawal keselamatan dengan gaji hanyalah mampu menanggung keluarga dimana nak ku mencari sebanyak itu……saya berharap kepada sesiapa yang dapat memberi nasihat atau pandangan saya ucapkan jutaan terima kasih ………

    • Assalamualaikum encik, maaf agak lama ambil masa nak reply.boleh bg saya no.whatsapp atau email? tentang kos tu kerajaan ada peruntukan utk penyakit ni & tentang hal2 lain tu kita cerita dalam email ya, sila email saya kat Luv_aein@yahoo.com, saya reply nanti insya Allah.

  47. Assalamualaikum…nama saya juga ain… =’) saya juga penghidap skoliosis dan telah menjalani pembedahan pd tahun 2006…
    Walaupun pada awalnya kita menghadapi tekanan emosi yang agak teruk…seharusnya kita yakin, pasti ada hikmah di sebalik semua ujian yg ALLAH berikan pd kita.
    Pasangkan azam bahawa “saya mesti lulus ujian ini”…
    Jadi, pesan saya pada semua penghidap skoliosis yg membaca sedikit catatan saya ini supaya terus tabah dan yakin pada diri sendiri untuk apa jua perkara yang kita inginkan berbekalkan usaha, doa dan setinggi-tinggi tawakal pada ALLAH…
    InsyaALLAH, bukan hanya di dunia…di akhirat kelak pasti ada ganjarannya. Dengan izin ALLAH, akan ada pasangan yg dapat melihat “tingginya tawakal kita pada ALLAH” untuk jalani hidup dan menggapai impian kita seperti manusia normal dgn tenang berbanding melihat kekurangan yg kita ada. Alhamdulillah, saya telah bertemu dengan insan yg sudi menerima kekurangan saya.Keep strong, hidup adalah perjuangan sampai kita bertemu denganNYA… =’)
    Tanpa ujian, kita takkan merasa manisnya kejayaan. ❤
    ::With love::

    • Waalaikumussalam warahmatullah…terima kasih atas perkongsian saudari siti noraini. umur adik berapa ya?

      Ya, kena selalu pasangkan niat untuk lulus ujian ini & ujian2 lain sekali, insya Allah. Saya suka membaca komen ain, apabila kita mengalih pandangan kita ke arah akhirat(& membesarkan fokus kita dekat life akhirat tu) insya Allah hidup ini tidak terlalu sedih walau dalam saat2 yang sukar & saat2 kita benar2 alone. Bcoz, jika dibandingkan waktu gembira & nikmat2 Allah yang lain ianya jauh lebih besar.

      Untuk adik2 skoliosis yg masih muda mudi diluar sana, mencari pasangan sememangnya isu besar bg sesiapa jua, bg yg skoliosis mungkin akn slalu terdetik yg tiada siapa yg sanggup menerima keganjilan itu, bimbang x dapat lahirkan zuriat & macam2 lagi. Pesan saya, jangan bebankan fikiran dengan semua tu, jangan buang masa anda. Semua tu telahpun ditakdirkan, hanya saja kita belum tahu kerana belum waktunya, bila dh sampai waktu, semuanya akan berlaku begitu saja. Janji kita hidup kena selalu ingat Allah S.W.T, Dia yang mengatur semuanya.

      Ingatlah bahawa diluar sana ada je orang normal, cantik lg kaya tidak bertemu jodoh juga.

      Pada hakikatnya juga, life dunia ni adalah platform semata2, pasangan juga termasuk dalam isi dunia ini, setiap hamba Allah ada peluang untuk berjaya dalam jalan masing2, membawa peranan masing2.

  48. Semuanya hanyalah dari ALLAH s.w.t.
    Umur saya sekarang 22 tahun, Alhamdulillah, sudah berkahwin dan masih belajar.
    Mudah2 dengan usaha kakak ni, semakin membuka minda masyarakat dan InsyaALLAH diberkati ALLAH s.w.t. =’)
    Apa yang saya tahu, di Malaysia dianggarkan terdapat 71,000 pesakit skoliosis, manakala 30% daripada populasi di Asia merana akibat skoliosis. Dan boleh dikatakan 99.9% individu atau ahli keluarga terdekat tak menyedari kesan buruk dan hanya mendapatkan rawatan skoliosis bila keadaan menjd semakin buruk sedangkan skoliosis masih boleh ditangani jika masih berada di peringkat awal.
    Pada pendapat akak, bg kebanyakan kes2 yg teruk adakah dsebabkan kurangnya pengetahuan masyarakat terutama individu dan ibubapa tentang bagaimana mengenal tanda2 dan apa yang perlu dilakukan / rawatan bg menangani masalah skoliosis dari peringkat awal lg?

  49. Asssalamualaikum , saya 16 tahun , saya mula tahu saya ada skoliosis masa awal tahun ni , sebab buat check up nak masuk asrama . pada mulanya saya tak amik kesah sangat sebab bagi saya sebelum saya tahu pasal skoliosis ni sayaa sihat , alhamdulillah . basically saya sebenarnya taknak terpengaruh dengan mentaliti , jadi saya buat macam biasa . sebulan lepas , masa saya main basketball tiba saya rasa sakit sangat kat belakang , dan tak boleh nak sujud , saya check kat klinik biasa je dan dia cakap maybe ada masalah muscle bukannya slip disc, then doktor bagi ubat saraf . saya tak pernah pergi specialist untuk tahu masalah saya , dan saya tak tahu tahap skoliosis saya. saya ada beberapa soalan , jika tidak keberatan silalah jawab 🙂

    1, sekarang saya rasa sakit di bahagian lutut . adakah ada kena mengena dengan skoliosis ?

    2. belakang saya selalu sakit dan lenguh , bila bongkok contohnya masa nak menulis , dan belakang saya sakit bila tidur di atas lantai . adakah ini menunjukkan skoliosis saya memerlukan rawatan ?

    3. saya tak pernah berjalan bengkok . mungkin sebab saya selalu tegakkan badan bila berjalan atau duduk , tapi haritu kawan saya cakap badan saya bongkok , saya cuba tegakkan tapi diorang still cakap bongkok .

    4. bolehkah saya bermain sofbol ? adakah berbahaya ?

  50. Salam..sy juga mempunya mslh scoliosis tp tidak thu berapa degree.. Sy pernah membuat medical check up sebyk dua kali dan kedua duanya berkata tidak mempunyai mslh jika tidak dibedah.. Namun, baru2 ini sy kerap sesak nafas tanpa diketahui puncanya. Perlukah sy membuat rawatan, kerana sy takut doktor akn mmberivjwpn yang sama kpd sy.

    • Jika ikut simptom, scoliosis awk jenis structural area thoracic, Whatsapp saya @ 0196477642, kita masuk grup, tanya2 kat sana ya.

  51. Assalamualaikum akak.Sy mira.Baru berusia 18 tahun.Sy dpt tawaran ke IPTA dan disuruh melakukan medical check up.Smlm sy p buat check up.Kebetulab dr yg check sy tu adalah sepupu sy sendiri.Sy disahkan mennghidap scoliosis dan disarankan menjalani pembedahan tahun depan.Akak.Sy takut nk operate.boleh akak ceritakan pengalaman akak?

    • Assalam dik, whatsapp saya 0196477642, join grup n discuss kat sana ya


Leave a reply to siti Cancel reply

Categories