JENIS – ‘C’ DAN ‘S’

PERBEZAAN BENTUK BENGKOK

Dari x-ray, kita akan dapat lihat bentuk bengkok seolah-olah ‘C’ atau S, bengkok ini boleh saja terjadi di mana-mana bahagian sama ada Thoracic sahaja, lumbar sahaja atau melibatkan kedua-duanya sekali(Double Major). Scoliosis S shape juga dipanggil double major scoliosis dalam bahasa medic.

Contoh-contoh kes2 scoliosis:

scoliosis-xray

Utk lebih faham susun atur tulang belakang kita sila lihat struktur normal tulang belakang di SINI.

Untuk bentuk S badan pesakit akan kelihatan ketara pendek dari orang normal tetapi tidak terlalu menyenget bila berjalan. Utk bentuk C pula, pesakit akan kelihatan begitu senget berjalan jika sekiranya scoliosis tersebut di area lumbar Jika ianya di area thoracic, akan terdapat bonggol yang begitu ketara di belakang & pesakit turut mengalami masalah di sistem pernafasan(semput dsb).

__________________________***_____________________________

Scoliosis juga diukur dari jenis structural & Fuctional.

structural

Structural – bengkok tulang belakang disertai dengan (twist) rotation pada vertebrae. Kebanyakan pesakit scoliosis area Thoracic akan mendapat structural scoliosis.Scoliosis jenis ini boleh bertambah teruk dari semasa ke semasa khususnya pada remaja & sebilangannya pada orang dewasa. Bengkok TIDAK SEMESTINYA berhenti bertambah walaupun setelah pesakit mencapai usia dewasa. Ia boleh bertambah atas faktor kehamilan & aktiviti mengangkat berat yang berterusan.

Functional – twist pada kolum tulang belakang tidak berlaku, yg wujud hanyalah susunan tulang belakang yg tidak lurus. Scoliosis jenis ini dikategorikan sebagai ‘postural’ & tidak merbahaya, dalam kebanyakan kes, ia boleh diperbaiki melalui senaman bagi memperbetulkan kembali ‘ketidakseimbangan otot’, bilamana otot semakin kuat, bengkok berkemungkinan untuk berkurang walaupun tidak lurus sepenuhnya. Walaubagaimanapun, proses ini sangat mengambil masa & memerlukan istiqamah.

Kebanyakan scoliosis adalah jenis structural tetapi ada juga yang hanya bermula sebagai functional, namun jika ianya tidak dirawat segera ianya boleh menyebabkan blok vertebra mula berpusing, lalu ianya mula menjadi jenis structural.

Sekian utk kali ini….

%d bloggers like this: