PEMBEDAHAN

Pembedahan scoliosis dipanggil Spinal Fusion Implantation. Ia sememangnya major operation & melibatkan proses menanam skru di tulang belakang pesakit, macam kita pasang skru dekat kabinet tu, ada gerudi, n cutting some fused bone. Skru itu kemudiannya akan pegang dekat 2 rod yang panjang yang bertindak meluruskan tulang belakang yang bengkok itu & menyokongnya dari bengkok kembali. Crosslink digunakan bagi menambah kestabilan rod.

Pedicle screw ini diperbuat dari logam titanium, yang mana logam ini tergolong antara yang kuat & sangat rendah kadar tindakbalas dengan magnet. Ia juga tidak memberi reaksi negatif terhadap sistem di dalam badan manusia.

Manakala bagi rod, ada yang dperbuat dari titanium & juga yang terbaru diperbuat dari cobalt chromium. Untuk mereka yang bimbang jika memakai implant maka akan terasa kilat dan sebagainya, sebenarnya itu tidak berlaku. Logam ini akan kekal di dalam badan.

Rupa skru, nut, rod & crosslink tersebut seperti ini, terdapat connector diantara skru & rod yang boleh bergerak sehingga beberapa darjah bagi memberikan fleksibility kepada gerakan pesakit selepas pembedahan. Ini bermakna, pesakit tidaklah akan tegak macam robot tetapi akan tetap dapat melakukan pergerakan2 normal dengan sedikit had.

skru

Macamana rupa set implant ini setelah dipasang? Untuk yang tak suka tengok darah tak perlu tengok ya. Di bawah ini adalah kedudukan set implant tersebut setelah siap di pasang, rod disorok di tepi bahagian tulang yang dipanggil spinous process, maka oleh sebab itu, dari luar kulit kita tidak akan nampak sebarang kesan timbul, namun, kepala skru2 tersebut masih boleh dirasa dengan sentuhan. Panjang rod yang digunakan bergantung kepada berapa banyak blok vertebrae yang bengkok atau berpusing. Saya memiliki implant bermula dai c7 sehingga L5.

pembedahan

Di bawah pula adalah x-ray image yang kebanyakan orang sudah biasa lihat, banyak betul ceracak skru2 itu kan.

xray

SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK LAGI DETAIL:

Responses

  1. berapa peratus pesakit scoliosis yang berjaya dalam operasi pembedahan yang dijalankan.. adakah pembedahan yang tidak berjaya boleh menyebabkan lumpuh satu badan….

  2. […] PEMBEDAHAN […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: