KOS

Kos pembedahan scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang dibuat dari titanium/cobalt chromium. Set implant kebiasaannya mengandungi 2 rod atau lebih, beberapa skru & crosslink. Anggaran kos pada 2015(termasuk GST hehe…) di hospital kerajaan adalah di antara RM23,000- RM 45,000. Sila lihat contoh quotation harga implant tersebut. ini bukan saya punya, tapi milik anak salah seorang ahli group whatsapp Scoliosis Malaysia.
 
Memandangkan ia adalah sejenis pembedahan yang rumit, maka kosnya di hospital swasta pun tinggi. Survey saya yang terbaru mendapati kos pembedahan di hospital swasta yang paling murah adalah RM44,000 & telahpun ada yang mencecah RM80,000.
kos
%d bloggers like this: