TEMPOH SEMBUH

Untuk pesakit remaja, proses penyembuhan kebiasaannya sangat pantas insya Allah. Kebanyakan pesakit akan cuba bangun dari katil pada hari ketiga & mula berlatih berjalan dengan bantuan ahli keluarga. JANGAN SEKALI-KALI papah pesakit, biarkan mereka mengimbangi badan sendiri, jaga di tepi agar tidak jatuh, ini bagi mengelakkan kesakitan terhadap pesakit kerana otot di tulang belakang mereka masih terlalu tegang.

Kebanyakan pesakit akan discaj sekitar hari ke 5 atau 6. Kebanyakan pesakit akan merasa seperti Robocop(berjalan tegak), sedikit tegang di tulang belakang untuk peringkat awal setelah pembedahan, hal ini akan berkurangan sedikit demi sedikit dalam masa 2 bulan.

Untuk mereka yang bekerja/belajar, cuti yang diberi kebiasaannya sekitar 6 – 8 minggu sahaja & itu sebenarnya memadai.

Proses pencantuman daging, otot & tulang baru pula akan mengambil masa sekitar 6 – 9 bulan untuk menjadi kemas.

Lebih berusia seseorang pesakit itu, maka proses penyembuhannya akan sedikit perlahan namun ini bukanlah isu. Pokok pangkalnya cuba amalkan pemakanan yang sihat & JANGAN terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.

%d bloggers like this: