PERSEDIAAN PEMBEDAHAN

Assalamualaikum warahmatullah…
Hi…jumpa lagi… harap posts yang lepas2 telah membantu sesiapa yang memerlukan.

Kali ini saya akan bercerita pula tentang persediaan untuk pembedahan, ianya ditulis berdasarkan memori saya dari pembedahan saya pada tahun 2008.

Antara pemeriksaan yang perlu dijalani oleh pesakit yang bakal menjalani pembedahan ialah seperti di bawah, test2 ini tidak akan dijalankan dalam tempoh yang rushing tapi akan diatur secara berperingkat lebih kurang 1 -2 bulan sebelum pembedahan bagi membolehkan pakar merancang tindakan paling tepat dalam proses pemasangan implant.

1) x-Ray

2) Ujian Fungsi Paru-paru(Lung function test)

3) MRI – Singkatan kepada Magnetic Resonance Imaging. Orang biasa memanggilnya masuk terowong. Ujian ini akan memberi gambaran keratan rentas badan yang diambil dengan menggunakan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan tersebut & merupakan satu kaedah untuk menghasilkan gambar saraf & organ dalaman dalam badan pesakit. MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi sebagaimana CT-Scan disebabkan tiada penggunaan X-ray dalam proses tersebut. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa pesakit dengan bendasing logam (seperti serpihan peluru) atau implant (seperti tulang Titanium buatan, atau pacemaker tidak boleh discan menggunakan mesin MRI. Ini kerana, penggunaan medan megnet yang kuat mungkin menyebabkan peralihan kedudukan logam tersebut(atau logam itu akan bergetar secara berlebihan di dalam badan) yang akan menyumbang kepada kerosakan saraf.

4) CT Scan – Singkatan kepada Computed Axial Tomography Scan merujuk kepada x-ray jenis khas, ia berfungsi untuk memberi gambaran imej yang bakal dilihat oleh pakar bedah sewaktu pembedahan. Oleh kerana jumlah sinar-X yang digunakan adalah jauh lebih banyak dari x-ray biasa, ujian CT-Scan selalunya tidak digalakkan oleh kebanyakan pakar melainkan keadaan pesakit itu benar2 memerlukan ujian tersebut

MRI machinelung fuction test kit

Setelah tarikh pembedahan ditentukan, pesakit akan diberikan surat arahan kemasukan wad 1-2 hari sebelum pembedahan dijalankan. Ini bagi tujuan merehatkan pesakit dan melakukan siasatan terkini(melibatkan ujian darah). Sekaligus dengan ini intravena caterer akan dipasang di tangan pesakit & dibiarkan disitu, caterer yang sama akan digunakan untuk menyalurkan ubat/bius/drip masuk air ke badan pesakit.

Pesakit juga akan diperiksa dengan rapi oleh pakar bius bagi menentukan tahap kesihatan semasa pesakit. Mereka akan bertanyakan segala-gala terutamanya apa-apa keadaan alergi terhadap ubat & juga sejarah pembedahan yang lalu(jika ada). Berat badan & umur akan diambil kira bagi menentukan dos bius.

PALING PENTING – pesakit TIDAK mengalami sebarang simpton sakit tekak, selsema atau batuk pada waktu itu. Sekiranya ada, pakar mungkin mempertimbangkan untuk menangguhkan pembedahan tersebut. Sila jaga kesihatan kita dengan kaedah paling mudah, makan kismis setiap hari lebih kurang 7-21 biji, jgn terlalu banyak nanti perut pula meragam.

Ini, kerana, ketika prosedur pembedahan tersebut, satu tiub khas yang bersambung kepada mesin bantuan pernafasan/jangka hayat akan dimasukkan melalui mulut pesakit terus hingga ke paru-paru. Jika sekiranya pesakit sedang mengalami jangkitan di tekak, di bimbangi prosedur tersebut akan menyebabkan kuman di kawasan tekak tertolak ke paru-paru, hal yang demikian boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius selepas pembedahan.

Ketika di dalam wad juga, tekanan darah pesakit akan dambil secara berkala. Setelah itu, pesakit akan diarahkan berpuasa(tidak dibenarkan minum walaupun air kosong) untuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan. Sesetengah hospital mempraktikkan pemberian ubat pada malamnya untuk membuatkan pesakit tidur lena pada malam sebelum pembedahan.

kismis-HADITH kismis benefit

Tiba waktu pembedahan….jeng3…hehehe…

Nurse akan datang ke bilik/katil anda & beri baju OT beserta topi OT. Semua pakaian, barang kemas, jam, cermin mata mesti dibuka…lupakan smartfon anda waktu ini, tak usahlah update status check in to OT room hospital bla3… tak sesuai, tenangkan diri lebih baik.

Anda akan disuruh berbaring di atas katil besi(katil dari bilik OT) dalam keadaan terlentang, nikmatilah saat-saat ditolak ke bilik OT sambil melihat siling…anda akan merasai satu fenomena yang hampir sama di mana2 hospital kerajaan atau swasta iaitu sejuk & semakin sejuk. Sejuk itu bukan kerana gementar tetapi memang bilik OT(Operation Teather)sememangnya berkeadaan teramat sejuk setiap waktu & peralatannya kebanyakannya adalah stainless steel, tak pasti saya kenapa & saya pun hairan macamana doktor2 boleh bertugas dalam keadaan sejuk begitu.

Di dalam bilik OT, pesakit akan berada di dalam keadaan TERLENTANG, bukan meniarap ya. OT Team akan memasangkan pelbagai peralatan untuk memantau tekanan darah & fungsi organ pesakit sepanjang proses pembedahan, pakar bius akan berada disebelah pesakit sambil berborak hal yang baik2 bagi mengelakkan pesakit panik. Setelah itu mereka akan memasangkan topeng oksigen yang bersambung ke mesin jangka hayat. Untuk yang beragama Islam, wajarlah menenangkan diri waktu ini & mengucap 2 kalimah shahadah. Apabila ubat bius disuntik masuk ke saluran drip, pesakit akan dengan tiba2 merasa hanyut & mengantuk yang sangat-sangat & kebiasaannya akan tertidur dalam masa 10 saat.

Setelah pesakit pengsan, tiub alat bantuan pernafasan akan dipasangkan, tiub ini berbentuk seperti belon kecil yang dIunjurkan terus ke paru2, ianya berfungsi menyokong/mengambil alih fungsi paru2 sewaktu bius umum digunakan. Prosedur ini sememangnya menyakitkan & hanya akan dilakukan setelah pesakit pengsan.

Bag air kencing (Urine Drainage Caterer) juga akan dipasang & hanya akan ditanggalkan setelah pembedahan iaitu setelah pesakit boleh bangun ke tandas sendiri.

SETERUSNYA barulah badan pesakit ditiarapkan & incision(pemotongan kulit) dilakukan, maka bermulalah proses pertukangan tulang anda….kita biarkan saja pakar bedah menikmati kerjaya mereka….tidur dalam iman insyaAllah😀.

urine cbd IV CATERER

Selepas siap anda akan diletakkan di kawasan menunggu di OT sehingga ubat bius mula hilang kesan. Kita akan sedar dalam keadaan TERLENTANG juga, bukan meniarap. Kebiasaannya sewaktu kita sedar akan ada sorang nurse menanti ditepi & akan bertanyakan soalan2 ringkas seperti nama kita & kita buat pembedahan apa…just a simple conversation so that we stay alert.

Utk pembedahan yang mengambil masa lama 8-12 jam, pesakit selalunya akan dimasukkan ke ICU untuk 1-3 hari bergantung kepada keputusan pakar bedah. Untuk pembedahan yang sekejap, pesakit akan terus ditolak ke wad biasa.

Sangat berselirat waktu ini dengan wayar2 kerana masih terdapat di badan kita drip utama di tangan kiri & kanan, sometimes kaki pun ade, tube urine & chest tube masih terlekat dibadan. Chest tube berfungsi untuk mengeluarkan saki baki cecair yang terdapat dalam kawasan sekitar paru-paru.

Pesakit mesti dibaringkan flat untuk sekurang2nya 12 jam bagi mengelakkan pening. Elakkan penggunaan bantal, sila lipat selimut sebagai pengganti bantal kerana hal ini lebih membuatkan pesakit selesa.

Pesakit tidak dibenarkan makan atau minum untuk sekurang-kurangnya 24 jam. Jika waktu ini tekak terasa kering, minta penjaga anda sapukan sedikit air kosong ke bibir, jangan ambil risiko dengan minum air tanpa kebenaran kerana ianya boleh menyebabkan anda muntah.

Pembedahan tulang belakang adalah tergolong pembedahan besar yang dikira berada di kedudukan tinggi dalam skala kesakitan, oleh itu, memang kita dibekalkan dengan MORFIN sebagai pain killer melalui IV Drip, jika sakit x leh nak kawal sila tekan butang itu.

Cara lain yang jauh lebih berkesan untuk handle rasa sakit ini bagi saya ialah…dengar bacaan al-Quran, cari Qari yang best2 seperti contoh Misyari Rashid al-afasy, download siap2 ke smartfon anda sebelum warded, biasakan diri dengar al-Quran & hafal mana2 yang mampu then ia akan sangat membantu sewaktu kita dalam kesakitan…insyaAllah.

ICU EQUIPMENT

Selepas 24-48 jam pembedahan, sesetengah pesakit sudah mampu untuk cuba duduk & bangun, hari ketiga kebiasaannya sudah ada yang cuba berdiri & berjalan. Ahli keluarga TIDAK DIGALAKKAN MEMAPAH pesakit, hanya pegang tangan dan jaga supaya tak tumbang, jangan papah kerana tulang belakang pesakit masih rasa teramat tegang. Bayangkan rasa tegang itu bagaimana, sebelum tu kan bengkok, tiba2 jadi lurus & ada pula kesan kecederaan di kulit & otot di dalam.

Percubaan berjalan sememangnya menyakitkan tapi boleh diurus insyaAllah…pesakit scoliosis sememangnya mempunyai software ‘strength’ luar biasa yang Allah dah beri siap2 dekat setiap orang, don’t worry tentang ini.

Hari-hari seterusnya berlalu dengan lebih baik, tube urine akan dibuang sebaik saja pesakit mampu ke toilet sendiri. Jangan bimbang tentang buang air besar kerana kita dah banyak hari tak makan, maka tiadalah jugak rasa itu.

Akhir sekali, kebanyakan pesakit akan discaj pada hari ke 5 atau 6, anda akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit & diberi briefing tentang penjagaan luka. Jahitan untuk pembedahan scoliosis adalah dari jenis larut maka ianya tak perlu dibuka.

Ada juga yang minta nak duduk lama di wad sebab rehat dia lain macam kan…& dapat pula elaun insurance, jadi itu terpulang masing2, berbincang dengan doktor anda. Saya suka balik cepat. Jom balik rumah bersama BFF anda dalam badan.

%d bloggers like this: