BENGKUNG

Fungsi bengkung adalah untuk:

  • memudahkan kita membina tabiat untuk mempraktikkan amalan posture yang baik
  • Mengelakkan kita cenderung membongkok/mengikut arah tulang yang senget
  • Membantu memudahkan berdiet – seharuskan pesakit scoliosis mempunyai berat badan yang ideal(tidak gemuk – agar tidak memberikan tekanan yang berlebihan terhadap tulang belakang), oleh itu pemakaian bengkung boleh membantu menyekat kita dari terlebih makan.
  • Mengehadkan pergerakan-pergerakan yang tak perlu

Memandangkan saya telah melalui tempoh eksperimen yang panjang dalam bab2 bengkung ni (23 years is quite a long time) , saya senaraikan contoh2 dibawah untuk memudahkan anda membuat pilihan & duit anda pun tak membazir mencuba pelbagai bengkung yang kegunaannya tidak optimum.

Kriteria Bengkung Yang Sesuai:

  • Mempunyai tetulang untuk menyokong & menstabilkan cara berdiri/duduk.
  • Selesa – diperbuat dari fabric yang TEBAL, BREATHABLE & boleh regang.
  • Merangkum sepenuhnya dikawasan otot perut, ini kerana otot perut yang kemas boleh menstabilkan tekanan kepada tulang belakang sewaktu aktiviti mengangkat barang.
  • Senang dipakai – supaya anda tak mencari alasan untuk tidak memakainya.

 

Contoh Bengkung Yang Sesuai

bengkung-1
 bengkung-4

Contoh Bengkung Yang KURANG/TIDAK Sesuai

bengkung 2

 bengkung-3

%d bloggers like this: