BIUS

SEDAR TAK WAKTU PEMBEDAHAN?

Tak…kita takkan sedar. Pembedahan Scoliosis akan menggunakan bius umum(GA). Pakar akan mengira dos yang sesuai berdasarkan umur & berat badan pesakit.

Prosesnya begini, setelah kita ditolak masuk ke OT, OT team akan memindahkan kita ke meja bedah, sila ambil feeling dengan melihat gambar2 yang sy upload. OT team akan memasang topeng oksigen yang turut bersambung dengan mesin jangka hayat.

Pakar anest akan berada disebelah pesakit sambil berborak hal yang baik2 bagi mengelakkan pesakit panik. Untuk yang beragama Islam, wajarlah menenangkan diri waktu ini & mengucap 2 kalimah shahadah.

Apabila ubat bius disuntik masuk ke saluran drip, pesakit akan dengan tiba2 merasa mengantuk & kebiasaannya akan tertidur dalam masa 10 saat. Tidurnya adalah tidur yang sungguh2 maka kita tak akan merasa sakit sewaktu proses pemasangan implant tersebut.