RISIKO

Kini, Malaysia sudahpun memiliki ramai pakar bedah tulang belakang. Update terbaru 2015 memberi kesimpulan bahawa jangkawaktu pembedahan scoliosis hanya antara 3 hingga 7 jam bergantung kepada kadar kerumitan keadaan kes & juga bilangan skru yang hendak dipasang. Berbanding 2010, ia mengambil masa sekitar 6 hingga 12 jam.

Sepertimana pembedahan besar lain, pembedahan scoliosis juga terdedah kepada risiko jangkitan selepas pembedahan, pendarahan berlebihan & juga komplikasi bius.

Selain itu, keadaan seperti kecederaan saraf tunjang sewaktu proses pemasangan skru juga boleh berlaku. Namun kini, Alhamdulillah kita telah dirahmati dengan kecanggihan teknologi NIM Monitor yang digunakan di hampir semua kes scoliosis. Pakar2 bedah tempatan juga sudah ramai yang mahir & sering berusaha melakukan yang terbaik untuk pesakit, insya Allah pembedahan akan berjalan dengan jayanya.

pray