Posted by: Nurain Syuhada | January 9, 2016

FB PAGE SCOLIOSIS MALAYSIA

fb image

SILA LAWATI FB PAGE : SCOLIOSIS MALAYSIA UNTUK UPDATE TERKINI

Boleh add saya di : https://www.facebook.com/nurain.syuhada.muhammad

 

 

 

 

 

Posted by: Nurain Syuhada | November 25, 2015

TOPIK – KLIK UNTUK MAKLUMAT

Assalamualaikum visitors, utk pengguna smartfon, menu di tepi tak akan muncul secara automatik, jadi saya mudahkan anda dengan memaparkan topik di sini. Some topics still dont have the content, yg berhuruf kecil itu belum berisi, jadi tak perlulah klik…insyaAllah x lama lagi…:)

KLIK UNTUK KE PAUTAN BERKAITAN

We help others then Allah SWT will always help us, that’s is my purpose. Tq all.

Posted by: Nurain Syuhada | April 8, 2015

SCOLIOSIS MALAYSIA WHATSAPP GROUP

Assalamualaikum Warahmatullah…

Kepada sesiapa yg nk join the group, boleh whatsapp saya @ 0196477642, kita bincang2 di sana, lagi ramai kita jumpa lagi macam2 pengalaman boleh tahu, lagi berkurang rasa gerun & takut untuk membuat keputusan. Lagi kurang pula kemurungan & rasa rendah diri insya Allah….

Ketahuilah bahawa orang seperti kita ada RAMAI…….

To anybody wants to join the group, whatsapp me @ 0196477642, knowledge sharing ongoing there, the more people u meet, the more experiEnce u’ll hear, the most important thing we scoli patients need is the CORRECT INFORMATION regarding this spine prob so as to enable us to make the best decision for our FUTURE, here & hereafter ya!!!

Terdapat 2 jenis asas scoliosis, structural & functional, utk jenis stuructural, bengkok TIDAK BERHENTI sebaik sahaja full growth di capai, ia boleh bertambah atas faktor aktiviti harian(angkat barang berat) & juga kehamilan.

Boleh baca tentang perbezaan structural/functiona scoliosis di SINI.

Sekian utk kali ini….

Posted by: Nurain Syuhada | September 24, 2008

KESAN SAMPINGAN SCOLIOSIS YANG TIDAK DIRAWAT

Salam wrt…

Hm…Tiba2 saya hilang untuk beberapa hari dari dunia cyber ni. Untuk pengetahuan semua, saya baru saja pulang ke kelantan pada isnin yang lalu kerana mempunyai temujanji dengan pakar bedah saya.

OK, kepada blog visitor yang saya dah janji nak post tentang kesan jangkapanjang scoliosis, ianya seperti ulasan di bawah.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat kebanyakan doktor bahawa scoliosis tidak lagi bertambah setelah kita mencapai ‘complete growth’, kerana pada saya scoliosis jenis structural tidak akan berhenti bertambah, ia hanya menjadi terlalu perlahan, bukan berhenti 100%. Jika tidak dirawat, darjah kebengkokan scoliosis selalunya akan bertambah kesan dari “continual loading” terhadap tulang belakang ketika melakukan aktiviti harian, apatah lagi jika seseorang itu sering terlibat dengan aktiviti yang menyumbang kepada ‘bad posture” & peningkatan berat badan. Bagi mereka yang teribat dengan aktiviti duduk di depan komputer/ meja study terlalu lama, memiliki bad posture adalah sesuatu yang amat biasa.

Bagi wanita, beberapa faktor lain perlu diambil kira – iaitu peningkatan berat badan & beban terhadap tulang belakang sewaktu kehamilan semakin membesar & kepadatan jisim tulang yang berkurangan mengikut umur(40 ke atas) boleh menyumbang kepada pertambahan bengkok.  Di dalam pengetahuan saya, ramai pesakit scoliosis di luar sana yang mengalami pertambahan bengkok setelah melalui tempoh kehamilan.

Kesan yang sangat2 mahu dielakkan ialah apabila scoliosis itu mula menyebabkan tekanan kepada saraf2 tertentu & akhirnya mengakibatkan kesakitan yang berterusan yang pastinya sangat mengganggu kehidupan kita sehari2.

Kesan lain, dari sudut psikologi – pesakit scoliosis selalunya memiliki keyakinan diri yang sangat kurang dari sudut penampilan & keyakinan ketika bergaul dengan masyarakat, walaubagaimanapun sebahagian besar dari mereka dianugerahkan kecemerlangan dr sudut akademik yang membanggakan, kerap berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi(selama mana kesakitan tidak terlalu mengganggu kehidupan mereka).

Ke tahap yang lebih serius(bengkok yang teruk 70 ke atas), pesakit akan mula mengalami ketidakselesaan ketika bernafas yang lama kelamaan menyumbang kepada masalah paru2 & jantung, jika pesakit scoliosis melakukan “Lung Function Test”, pasti mereka memerlukan 5x percubaan atau lebih untuk mencapai minimum level. Dan ujian ECG(Elektrokardiogram) untuk jantung kerap sekali memberi keputusan seolah2 jantung mempunyai masalah injap mengeras(murmur), padahal bila Elektrocardioghraphy dilakukan, tiada apa yang tidak kena dengan struktur jantung itu.

Ruang paru2 yang agak terhad akan menyumbang kepada cepat berasa lelah walaupun hanya berlari2 anak ataupun berjalan dengan sedikit laju & lama. Keadaan cepat penat sebegini pasti akan menjejaskan kualiti hidup.

Walaubagaimanapun, mild scoliosis(bengkok yang sedikit sahaja)  jarang sekali menyumbang kepada masalah2 seperti di atas. Malah, tidak ada sebarang halangan untuk pesakit meneruskan kehidupan normal. Apapun, adalah lebih baik untuk kita sentiasa dipantau oleh doktor yang mahir.

Sekian untuk kali ini….agak kekurangan masa lately, bila pulang ke kampung, masa banyak dihabiskan dgn anak2 :)…

Salam wrt..

Posted by: Nurain Syuhada | September 17, 2008

TEKNIK URUTAN TAPAK KAKI – melegakan kesakitan

Sebelum menjalani pembedahan tempoh hari…saya menderita sakit belakang yang kronik & lenguh kaki yang melampau. 

Sakit yang teruk itu mostly berlaku di bahagian pinggang, kesan dari saraf di antara lumber 4 & 5 yang sudah tersepit. Apa yang saya dapati, kesakitan itu boleh dilegakan dengan melakukan urutan di tapak kaki, sebelum ini saya tidak mempunyai gambarajah yang sesuai untuk di ‘attach’ kan di sini bagi tujuan menjelaskan bahagian manakah yang perlu diberi perhatian. Sila rujuk gambar di bawah:-

Boleh sahaja amalkan urut refleksi sendiri di rumah, minta bantuan pembantu rumah, adik, ibu or suami(jika dia sudi)…untuk urutkan di kawasan tapak kaki. Tumpukan di 4 bahagian yang ditandakan seperti di atas dan lakukan di kedua-dua belah kaki selama 5 minit atau lebih, insyaAllah kesakitan & kelenguhan itu dapat dikurangkan.

Adalah lebih baik jika urutan itu dilakukan dalam keadaan kaki kita lurus, agar perjalanan darah lancar tanpa sebarang sekatan. Keadaan kaki yang membengkok kadangkala menyebabkan urutan sebegini tidak memberi faedah yang optimum dalam hal mengurangkan kesakitan. Selain itu, ia juga boleh diamalkan oleh orang biasa yang sering menderita sakit2 badan.

Saya sudah hampir terlupa tentang benefit urut tapak kaki ini untuk pesakit scoliosis kerana sudah tidak perlu melakukannya lagi kini. Apapun, saya berterima kasih kepada salah seorang blog visitor yang bertanya soalan tersebut. Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh ramai lagi di luar sana.

Ok…selamat mencuba…

Posted by: Nurain Syuhada | September 17, 2008

SIAPA SEBENARNYA YANG PERLUKAN SUGERY?

Salam wrt…

Ermm…xsampai 2 minggu lg kita dh nak raya, ahad ni pulak saya sudahpun pulang ke kelantan(bestnye leh jumpa anak2), kebetulan waktu itu follow-up dgn surgeon saya, nak tengok apa cerita tulang, besi n tisu2 kat spine tu…dh genap 50 hari since last operation saya ritu…

Kali ini saya ingin menjelaskan sedikit kekeliruan tentang scoliosis surgery. HAKIKATNYA, tidak semua kes scoliosis memerlukan surgery. In general, jenis rawatan scoliosis dibahagikan mengikut seriusnya bengkok tersebut.

1. Curve < 25 degree — pakar observe n suggest approppriate exercise.

2. Curve 25-40 degree — bracing n exercise

3. Curve 40 degree or more — surgery (with except for) n also optional.

Ceritanya begini, untuk patient yang masih muda(about 15-19) selalunya pakar bedah akan mencadangkan surgery sebaik sahaja bengkok mencecah 40 & tiada tanda2 yang bengkok itu akan berhenti from worsen. Pada dasarnya, patient yang berusia sekitar 12-14 akan mengalami bertambahan bengkok yang luar biasa cepatnya, mungkin atas faktor tumbesaran yang berlaku dengan pantas sebaik sahaja haid pertama bermula, saya katakan mungkin di sini kerana kes scoliosis kebanyakannya adalah dari jenis “Idiopathic”—sebab yang tidak diketahui. & proses bengkok itu akan berterusan menjadi semakin teruk sehinggalah patient berusia 18 tahun yang mana bahagian atas tubuh akan berhenti membesar.

Walau bagaimanapun, untuk pesakit yang terlalu muda(12 years), surgery x recomended sangat sebabnya tulangnya masih mudah untuk dilentur kembali, bermaksud chances utk scoliosis itu dikurangkan melalui senaman memang besar.

Pengecualian lain pula, untuk ADULT SCOLIOSIS, surgery juga xrecomended kerana risikonya jauh lebih tinggi berbanding remaja. Walaupun seseorang itu mempunyai bengkok 50degree atau lebih, seandainya dia boleh & MAHU meneruskan hidup seperti biasa, tidak ada seorang pun pakar yang akan menggalakkan dia menjalani pembedahan. Antara faktor mengapa scoliosis surgery untuk orang dewasa tidak dicadangkan ialah:

1. Proses penyembuhan tisu yang agak perlahan berbanding remaja.

2. Tulang yang tumbuh kembali secara lebih perlahan berbanding pesakit yang lebih muda.

3. Overbleed during the surgery.

4. Tulang belakang yang well fused memerlukan cutting di bongkah tulang belakang, yang mana setiap pemotongan itu membawa nisbah risiko kelumpuhan yang lebih tinggi berbanding remaja (jika pakar membuat kesilapan).

5. Correction yang bakal diperolehi oleh pesakit dewasa tidaklah sebegitu membanggakan jika dibandingkan dengan remaja – ini kerana tulang itu kebanyakannya keras & sukar disusun balik, n jika diluruskan secara keterlaluan, mungkin mencederakan saraf pula.

6. Pesakit yang sudah berkahwin n memiliki anak, faktor psikologi n environment mungkin tidak begitu memihak kepada pesakit untuk menempuhi tempoh ‘recovery session’. Ia tidaklah begitu lama, tp agak menyeksakan di hari2 pertama setelah pembedahan. Tidak boleh tunduk n halangan2 lain untuk melakukan kerja2 rumah termasuklah mendukung anak boleh menjadi faktor yang mudah sekali melemahkan semangat golongan ini untuk menempuh tempoh rawatan.

Walaubagaimanapun, sekiranya pesakit itu mula menghadapi gejala di bawah, surgery adalah 1 1 nye penyelesaian:-

1) Menderita sakit tulang belakang yang semakin lama semakin kerap & kuat & tidak boleh lagi dikawal melalui ubat tahan sakit. Kesakitan ini akan menjadi lebih teruk jika pesakit itu kerap mengangkat barang berat ataupun melalui tempoh kehamilan. Gejala ini yang dipanggil ‘Lower Back pain Sydrome’ adalah disebabkan oleh saraf di bahagian pinggang mengalami keradangan kesan dari rotation & bengkok tulang tersebut, saraf itu sentiasa berada dalam keadaan tersepit & sudah tentu ianya akan menyumbang kepada kesakitan yang amat sukar untuk hilang – gejala ini kerap menyerang mereka yang memiliki scoliosis di bahagian lumber-pinggang).

2) Mengalami masalah ketidakselesaan yang ketara ketika bernafas – kebanyakannya melibatkan curve yang teruk 70degree ke atas.(Patient with deformity kat Thoracic part)

3) mengalami masalah saraf seperti kesukaran mengawal pergerakan tangan & kaki.

Pakar bedah tidak akan melakukan pembedahan scoliosis atas faktor kosmetik semata2, bermaksud sekiranya scoliosis itu tidak terlalu mangganggu & masalah utamanya hanyalah pada appearance yang tidak sempurna, surgery mmg tidak dicadangkan. Tidak berbaloi untuk mengambil risiko tersebut kerana benefitnya mungkin tidak sebanyak risk faktor yang perlu diambil kira. Perlu diingat, scoliosis surgery adalah antar Major Operation yang berisiko tinggi & berharga mahal. Jadi, decide yang terbaik…

Pesan saya untuk mereka yang bengkoknya tidak terlalu ketara, selagi scoliosis itu tidak mangganggu kita in term of sakit2 belakang, cukup saja kita mengawalnya melalui senaman & latihan posture yang sihat. Biarkanlah jika ada sedikit bonjol di atas belakang, yg penting kita boleh hidup sihat…OK?

Posted by: Nurain Syuhada | September 13, 2008

ADAKAH URUT TRADISIONAL MEMBANTU?

Salam…post untuk hari ini…
Menjawab pertanyaan tentang “adakah urut tradisional boleh membantu pesakit scoliosis?”
Berdasarkan pengalaman, urut tradisional yang dilakukan dengan tukang urut yang biasanya mengurut perempuan bersalin tidak mungkin akan membantu mengembalikan kedudukan tulang ke tempat asal, walaupun beliau benar2 berpengalaman. Malah, dalam sesetengah keadaan, ianya memburukkan keadaan kerana tubuh yang telah terlalu biasa menerima urutan akan menjadi tegar dengan keadaan itu – bermaksud rasa lenguh akan datang dgn lebih kerap, maka perlu diurut dgn lebih kerap sampailah ke tahap patient tu rasa serba xkena jika x diurut Lenguh kaki & pinggang yang kerap datang kembali setelah diurut merupakan perkara yang amat biasa, malah lebih malang jika sakit pula yang datang.
`
Saya tidak tahu jika ada yang diluar sana telah sembuh dari scoliosis melalui rawatan oleh tukang urut tradisional, tetapi yang saya pasti, saya tidak pernah mendengar tentang itu. Jika ada sesiapa di kalangan visitor yang ada bukti tentang perkara ini, sila tinggalkan komen anda.
`
Saya juga ada bertanya kepada pakar bedah saya tempoh hari & dia melarang sama sekali melakukan urutan kerana terdapat risiko ‘nerve stress’ sewaktu proses tersebut – bermaksud jika tersilap urut, akan menyebabkan saraf tercedera sedikit demi sedikit.
`
Apapun, adalah digalakkan mempraktikkan urut refleksi di tapak kaki untuk tujuan melancarkan perjalanan darah….insyaAllah boleh membantu mengurangkan lenguh2 di tulang belakang & kaki.
`
Namun, apa yang tertulis diatas hanyalah merujuk kepada tukang urut tradisional di kampung2, bukan bertujuan merendah2kan kemampuan mereka, tetapi berdasarkan pengalaman sewaktu berusia 14-16 tahun, saya pun mengurut juga….but in the end…curve saya cecah 80degree…last2 kena operate juga pada usia 17(1999). Tak ada 1 pun teknik urutan yang membantu, malah mungkin ia juga penyumbang kepada lajunya bengkok saya bertambah……siapa tahu kan??? Apa nak buat, masa tu xcukup ilmu, ingatkan urut ni bagus, rupanya terbalik.
`
Apapun, sekiranya urutan yang dimaksudkan merujuk kepada khidmat dari pakar chiropractic ataupun yang seumpama dengan itu – ia adalah kes berbeza kerana golongan ini faham tentang anatomi manusia. Jadi, ianya dibolehkan…
`
Ok, sekian…….
Tetiba je saya menulis post ni sambil mendengar lagu raya…….ekspresi yang melampau…raya lambat lagi da…Salam wrt 🙂 🙂 🙂
Posted by: Nurain Syuhada | September 11, 2008

BOLEHKAH HAMIL DENGAN IMPLANT?

Salam wrt…
Sudah agak lama saya tidak menghantar sebarang post. Di kesempatan ini sambil2 bangun bersahur terasa pula nak bukak PC, so ada 1 post untuk pagi ni…
`
Menjawab soalan beberapa pelawat yang bertanya terus kepada saya melalui email tentang isu sensitif seperti yang tertulis di atas. Jika bertanya kepada pakar, jawapan yang akan diterima ialah – sepatutnya tidak ada masalah untuk pesakit scoliosis yang telah menjalani corrective surgery untuk memiliki zuriat sendiri.
`
Cuma, adalah perlu untuk sepanjang tempoh kehamilan itu, pesakit turut membuat follow-up dengan pakar ortopedik. X-ray tidak akan sekali2 dijalankan terhadap wanita hamil, tetapi seorang pakar sudah tentu mampu mengesan sebarang kelainan pada fizikal pesakit. Pendapat pakar ortopedik & pakar perbidanan akan dapat menentukan apakah method yang sesuai untuk dipilih sebagai cara kelahiran bayi tersebut & durasi kehamilan(mungkin pakar akan memilih untuk melakukan elective ceaserian section sebaik sahaja bayi cukup bulan, tanpa perlu menunggu sakit bersalin datang – sekitar 37-38 minggu).
`
Saya sendiri mengandung & melahirkan 2 orang zuriat yang sihat & comel dengan keadaan implant sudah lama berada di dalam badan saya, ia tidak sedikitpun mengganggu tumbesaran bayi saya jauh sekali membawa efek buruk. Tempoh hari, saya dilanda kesakitan yang teruk sewaktu hamil berpunca dari implant itu yang sebenarnya sudah lama gagal berfungsi, saya hamil tanpa membuat follow-up dengan pakar bedah lama saya. Jadi, pengalaman saya tidak boleh dianggap sebagai benchmark untuk menyatakan bahawa “apabila ada besi xbleh pregnant dah….”, itu tidak benar sama sekali…
`
 
Sekitar Mei lalu saya pernah berjumpa dengan seorang pesakit scoliosis yang mempunyai implant sedang hamil 6 bulan waktu itu, beliau kelihatan biasa2 saja – tidak kelihatan seperti menanggung sakit atau ape2. Cuma mungkin sewaktu kandungan semakin membesar, tulang belakang akan berasa lenguh sangat2 & tegang…tp kalau nak dikira orang normal pun suffer sakit belakang masa pregnant kan??? Jadi, isu tu xbesar sangat….
`
Bab melahirkan bayi, saya tidak pasti apa general practise yang diamalkan oleh kebanyakan pakar dalam menasihati pesakit yang mempunyai implant.
`
Sewaktu kelahiran bayi pertama saya pada 2005, pakar perbidanan bla….bla…bla… explain dekat saya risk itu & ini – highlighted part of course bab regangan di tulang belakang sewaktu nak “push” tu dibimbangi menyebabkan kecederaan saraf n lumpuh. Alkisahnya, diorang bg saya rest sampai tunggu sakit semakin kuat BUT if rasa mencucuk di tulang belakang then diorang akan operate terus.
Berjam2 saya berfikir nak rasa bersalin normal ke nak bedah…huhu….kalo bedah tido terus….xyah sakit gile2…ala….ramai yg cakap sakit bersalin tu menakutkan…walaupun sekejap. Tapi kalo operate lak xleh dapat anak ramai..suami pulak adik beradik ramai…mesti nak anak ramai jugak…ohh…ku di dalam dilema.
Last2 dah takdir agaknya, saya rasa pelik aje dekat spine then terus ringan je mulut request…bedah aje. Sampai sekarang saya sebenarnya xpasti kenapa saya memilih pembedahan, boleh jadi kerana saya takut lumpuh…or boleh jadi kerana saya takut bersalin normal. Yang pasti, semuanya dh ditentukan Allah…terbaik untukku…never regret…:D
`
—->MORAL: SILA PASTIKAN ANDA DI BAWAH PERHATIAN PAKAR JIKA INGIN HAMIL
`
Ok…sampai jumpa lagi…
Maaf kerana agak sibuk kebelakangan ini(saya dapat rasakan yg saya akan semakin sibuk sedikit masa lagi….hish…xbest btol mengenangkan hal ini)
Cuma saya harap, saya akan terus kekal memberi info di cni…InsyaAllah….
`
Selamat Bersahur….
Posted by: Nurain Syuhada | September 4, 2008

TYPES OF INCISION – Posterior/Anterior

Salam…
Ada yang bertanya saya melalui emel tentang kawasan pemotongan yang akan terlibat dalam sesuatu pembedahan scoliosis. Ianya sebenarnya bergantung kepada ‘surgery planning’ yang telah ditentukan oleh pakar bedah. Ada sesetengah pakar selesa membuat pemotongan yang panjang di bahagian belakang badan sahaja(posterior) & ada pula yang memerlukan incision juga dibuat di bahagian rusuk(anterior).
`
Untuk lebih jelas, sila lawati link di bawah:-
`
Saya rasa link itu sudah cukup untuk menjawab kekeliruan sesiapa yang berkenaan kerana dipenuhi dengan gambar x-ray yang menunjukkan corrected spine yang sangat jelas.
Ok…sampai jumpa lagi……

Older Posts »

Categories