RADIOFREQUENCY

Radiofrequency Ablation/neurotomy adalah sejenis rawatan yg melibatkan proses memanaskan jaringan saraf tertentu bagi menghentikan isyarat rasa sakit ke otak. RF tidak berfungsi untuk menyembuhkan atau menghilangkan masalah kesihatan yang dideritai tetapi lebih kepada menghentikan rasa sakit untuk sementara.

Dalam prosedur RF, pesakit akan diberikan bius setempat(local anest injection) & oksigen yang buat kita mengantuk sedikit(mild sedation). Proses tidak mengambil masa yang lama & hanya memerlukan tempoh penyembuhan yang jauh lebih singkat dari pembedahan.

RF dikatakan lebih baik dari penggunaan ubat tahan sakit kerana untuk setiap sesi yang berjaya, ianya dapat menghentikan sakit sehingga 1 hingga 2 tahun oleh kerana saraf tersebut telah dimatikan, maka tiada impuls rasa sakit dari saraf yang berkenaan. Justeru, pesakit tidak rasa terbeban dengan rutin memakan ubat & juga tidak berdepan kesan sampingan dari pengambilan pelbagai ubat tahan sakit yang sudah tentulah berasaskan controlled drugs. Kesan baik RF ini akan beransur hilang bilamana saraf itu kembali pulih dan membolehkan impuls sakit di hantar ke otak kembali. RF bertahan untuk tempoh 1 hingga 2 tahun sahaja.

NAMUN untuk kita patient scoliosis, RF tidak akan menyelesaikan masalah kita kerana sakit pateint scoliosis selalunya meliputi beberapa block vertebrae (boleh jadi seluruh tulang belakang), jadi mustahil untuk melakukan RF ke atas seluruh saraf tersebut. & lagi sakit yang benar2 mengganggu adalah lebih kepada muscle spasm akibat ketegangan otot2 tepi tulang belakang. RF sesuai untuk pesakit SLIP DISC yang mana punca sakit dapat dilihat dengan jelas melalui bulge disc dari MRI image.

Terdapat banyak kesilapan dan pembaziran masa berlaku bilamana pesakit scoliosis dirujuk kepada Pain Clinic di sesetengah hospital yang menyebabkan mereka menjalani RF tetapi sakit tidak juga hilang selepas bertahun-tahun. Yang sebetulnya, anda perlu dirujuk kepada Pakar ORTOPEDIK(Spinal), barulah tak berlaku kesilapan begini.