Posted by: Nurain Syuhada | September 11, 2008

BOLEHKAH HAMIL DENGAN IMPLANT?

Salam wrt…
Sudah agak lama saya tidak menghantar sebarang post. Di kesempatan ini sambil2 bangun bersahur terasa pula nak bukak PC, so ada 1 post untuk pagi ni…
`
Menjawab soalan beberapa pelawat yang bertanya terus kepada saya melalui email tentang isu sensitif seperti yang tertulis di atas. Jika bertanya kepada pakar, jawapan yang akan diterima ialah – sepatutnya tidak ada masalah untuk pesakit scoliosis yang telah menjalani corrective surgery untuk memiliki zuriat sendiri.
`
Cuma, adalah perlu untuk sepanjang tempoh kehamilan itu, pesakit turut membuat follow-up dengan pakar ortopedik. X-ray tidak akan sekali2 dijalankan terhadap wanita hamil, tetapi seorang pakar sudah tentu mampu mengesan sebarang kelainan pada fizikal pesakit. Pendapat pakar ortopedik & pakar perbidanan akan dapat menentukan apakah method yang sesuai untuk dipilih sebagai cara kelahiran bayi tersebut & durasi kehamilan(mungkin pakar akan memilih untuk melakukan elective ceaserian section sebaik sahaja bayi cukup bulan, tanpa perlu menunggu sakit bersalin datang – sekitar 37-38 minggu).
`
Saya sendiri mengandung & melahirkan 2 orang zuriat yang sihat & comel dengan keadaan implant sudah lama berada di dalam badan saya, ia tidak sedikitpun mengganggu tumbesaran bayi saya jauh sekali membawa efek buruk. Tempoh hari, saya dilanda kesakitan yang teruk sewaktu hamil berpunca dari implant itu yang sebenarnya sudah lama gagal berfungsi, saya hamil tanpa membuat follow-up dengan pakar bedah lama saya. Jadi, pengalaman saya tidak boleh dianggap sebagai benchmark untuk menyatakan bahawa “apabila ada besi xbleh pregnant dah….”, itu tidak benar sama sekali…
`
 
Sekitar Mei lalu saya pernah berjumpa dengan seorang pesakit scoliosis yang mempunyai implant sedang hamil 6 bulan waktu itu, beliau kelihatan biasa2 saja – tidak kelihatan seperti menanggung sakit atau ape2. Cuma mungkin sewaktu kandungan semakin membesar, tulang belakang akan berasa lenguh sangat2 & tegang…tp kalau nak dikira orang normal pun suffer sakit belakang masa pregnant kan??? Jadi, isu tu xbesar sangat….
`
Bab melahirkan bayi, saya tidak pasti apa general practise yang diamalkan oleh kebanyakan pakar dalam menasihati pesakit yang mempunyai implant.
`
Sewaktu kelahiran bayi pertama saya pada 2005, pakar perbidanan bla….bla…bla… explain dekat saya risk itu & ini – highlighted part of course bab regangan di tulang belakang sewaktu nak “push” tu dibimbangi menyebabkan kecederaan saraf n lumpuh. Alkisahnya, diorang bg saya rest sampai tunggu sakit semakin kuat BUT if rasa mencucuk di tulang belakang then diorang akan operate terus.
Berjam2 saya berfikir nak rasa bersalin normal ke nak bedah…huhu….kalo bedah tido terus….xyah sakit gile2…ala….ramai yg cakap sakit bersalin tu menakutkan…walaupun sekejap. Tapi kalo operate lak xleh dapat anak ramai..suami pulak adik beradik ramai…mesti nak anak ramai jugak…ohh…ku di dalam dilema.
Last2 dah takdir agaknya, saya rasa pelik aje dekat spine then terus ringan je mulut request…bedah aje. Sampai sekarang saya sebenarnya xpasti kenapa saya memilih pembedahan, boleh jadi kerana saya takut lumpuh…or boleh jadi kerana saya takut bersalin normal. Yang pasti, semuanya dh ditentukan Allah…terbaik untukku…never regret…:D
`
—->MORAL: SILA PASTIKAN ANDA DI BAWAH PERHATIAN PAKAR JIKA INGIN HAMIL
`
Ok…sampai jumpa lagi…
Maaf kerana agak sibuk kebelakangan ini(saya dapat rasakan yg saya akan semakin sibuk sedikit masa lagi….hish…xbest btol mengenangkan hal ini)
Cuma saya harap, saya akan terus kekal memberi info di cni…InsyaAllah….
`
Selamat Bersahur….

Responses

  1. salam..
    saya pengidap scoliosis sejak berumur 13tahun.sekarang saya berumur 27tahun. pernah membuat rawatan fisioterapi selama 2tahun sahaja dan pernah memakai bracing selama beberapa bulan. slps itu saya langsung tidak mengikuti sebarang rawatan.skrg, saya sudah berkahwin lebih setahun.tp masih belum ada tanda2 hamil. saya nak tanya, scoliosis boleh berkemungkinan mandul atau sebagainya?
    yg kedua, sekiranya saya hamil, adakah saya akan sakit2 saraf atau lumpuh selepas bersalin?

    • Scoliosis TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA – jd penghidap scoliosis tidak semestinya tidak boleh hamil, jika berlaku sesuatu yang seperti puan, ia mungkin ada kaitan dengan masalah lain.
      Sekiranya puan hamil, puan akan mengalami sakit belakang yang lebih berbanding orang normal & mungkin akan menyebabkan pertambahan bengkok. Tentang lumpuh, ia adalah faktor risiko yang terakhir, kerana sudah ramai pesakit scoliosis yang saya jumpa memiliki zuriat sendiri dan masih boleh berjalan.
      Jika ditanya pendapat peribadi, saya lebih senang menjawab bahawa pesakit scoliosis tidak sepatutnya takut untuk hamil, WALAUBAGAIMANAPUN….tempoh kehamilan dan kelahiran itu mesti dipantau oleh pakar gynecologist & ortopedik, agar…jika ada sesuatu yang kurang menyedapkan hati…maka usaha membaiki keadaan dapat dilakukan.
      InsyaAllah segalanya baik…

  2. salam.saya berumur tahun dan br disahkan menghidap skoliosis,perlukah saya patut berjumpa pakar ortopedik,walaupun sudut condong tulang tidak lebik dari 15 degree.Betulka tulang akan jd bengkok 1 degree stp tahun?

    • Pertambahan bengkok boleh berlaku kesan dari faktor risiko seperti aktiviti harian(mangangkat barang berat, postur membongkok), proses kehamilan & beberapa perkara lain. Tentang degree bengkok, ia tidak semestinya 1 degree setiap tahun, ada kes seorang sahabat saya hamil di usia 25 & setelah melahirkan, beliau mengalami pertambahan bengkok sebanyak 12 degree dlm masa setahun lebih sahaja. Jd ia sebenarnya bukan faktor masa tetapi faktor atau kondisi sebagaimana contoh yg disebutkan di atas. Harap menjawab pertanyaan.

  3. maaf/19 tahun umur saya.

  4. salam..saya berumur 22 tahun dan disahkan menghidap scoliosis S pada umur 21.saya slalu mengalami sakit-sakit belakang dan sukar untuk tido.saya nak tanya apakah posisi tido yang baik untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan tulang untuk lambat condong?doktor pakar bgtau saya posisi tido yg baik perlu melawan tulang yg condong itu ttapi saya hidap scoliosis S mcamne posisi tido yg baik untuk saya?

  5. Salam,
    Saya senasib dgn anda, mehgidap adolescent idiopathic scoliosis, undergone harrington rod implantation when i was 15 (1999) at 57 degrees.
    Lepas surgery saya pakai body brace for 6 months. I gained a few inches taller after the surgery and get to breath better. =)
    Alhamdulliah saya sihat dan normal mcm org biasa. Sekarang saya mengandung 4 bulan, dan agak takut juga untuk menghadapi labour because of my scoliosis history dan kalau boleh saya hendak bersalin secra normal.

    • Sebetulnya izy tidak akan mempunyai masalah untuk bersalin normal, dont worry.
      About harrington rod implantation –> benar2 pastikah ianya harrington rod implantation? Jika izy gone thru op at HUKM year 1998-2000, ianya bukan harrington rod implantation, BUT a modified system which is adopted from harrigton rod implantation system. Ianya teknik local & juga menggunakan peralatan local di bahagian dawai halus yg digunakan untuk lilit spinal column. Maafkan saya jika telahan saya salah.

      My advice, take care of your spine b’coz that implant benar ok tetapi ia tidaklah sekukuh pedicle screw implantation system. Apapun jangan bimbang ya.
      Jika ada masalah ia hanyalah spinal rotation yang akan membuatkan bongkok nampak tinggi sikit, tapi xakan efek benda2 lain. Tapi, jika izy gemar mengangkat berat secara berterusan, mungkin kesannya xberapa bagus lah. Jadi elakkan dukung baby banyak2, pandai2lah aturkan semua itu nanti ya.

  6. nampaknya saya kena check balik the definite term, not very sure of that. but my gynae said she’s afraid that my pelvic takkan terbuka like normal people pelvis’s do because of the rod insertion. saya dinasihati untuk jaga berat badan saya dan juga baby, takut if baby besar susah nak normal nanti. i really hope i can deliver normal.pray for me =)

    • yes, I also agreed with your surgeon. If the screws been implanted dekat sgt dengan pelvic(which mean lumber section) ada kemungkinan yang SANGAT BESAR untuk pelvic mengalami kesukaran untuk menjalankan fungsinya yang sepatutnya semasa proses kelahiran. Bila itu berlaku, bahaya itu lebih terarah kepada baby izy —> saya tidak gemar menulis ayat ini, tapi itu hakikatnya.

      Apapun, at the end of trimester, pakar akan tentukan cara terbaik untuk deliver baby izy, & jangan ragu waktu itu ya… Pada saya, risiko adalah perkara yang seboleh mungkin harus cuba untuk dielak…

  7. slm..sy pernah mjalani pbdahan tulang blakang utk masukkn implant di tulang blakng pd umur 14 thn krn mngidap tb spine,ia mnyebabkn sy lumpuh spruh bdn dri pinggang hingga ke kaki selama 4 bulan, kini sy brumur 20 thn…adakah sy juga bpeluang utk hamil spt psakit scoliosis???

  8. salam..saya nak tanya cik beberapa perkara:

    1. Bagaimana penerimaan suami dgn keadaan diri yg scoliosis? & bagaimana penerimaan keluarga mentua…ada x halangan sebelum berkahwin….

    2. adakah scoliosis digolongkan dlm golongan org kurang upaya (OKU) dan adakah golongan scoliosis berhak mendapat bantuan sama seperti org OKU lain?

    saya juga salah seorg dr scoliosis..
    harap cik dpt menjawab pertanyaan sy ini…
    terima kasih…

    • Wsalam,
      Sebetulnya sy berstatus puan (ibu kpda 2 orang anak :))

      1. Tentang perkahwinan, ianya Rahsia Allah & rezeki orang lain2. Dalam kes sy, sy tidak menerima halangan ketika berkahwin & mereka mmg tahu sy ada scoliosis, cuma waktu tu sy sihat, boleh hidup mcm org normal. Cuma sy akui bilamana penyakit ini mula mengganggu hidup, byk yg terganggu, cuma alhamdulillah jodoh itu kuat.
      2. Orang scoliosis bukan OKU, melainkan patient itu mempunyai beberapa kriteria lain yang melayakkan dia menjadi OKU spt contoh xmampu berjalan dsb. Tentang bantuan sy xtahu, kerana sy mmg menjalani hidup sebagaimana org normal lain, tiada yg special utk sy. Malah skrg ni tiada yg tahu sy masih memiliki scoliosis.

      🙂 jgn terlalu menekan perasaan sdiri dgn membuat judgement yg buruk2 belaka ttg diri sdiri… ya!

  9. semoga kita yang SCOLIOSIS tabah hadapi hidup..kita pon miliki ati perasaan.jgn pndg rendah pd kami +kan…

  10. salam,
    Alhamdulillah,26/4/10 lalu saya selamat melahirkan baby sulung saya.tetapi melalui pembedahan, tetapi bukan kerana complication scoliosis but waterbag dah kurang air and baby terbelit dengan umbilical cord.
    Alhamdulillah,siapa kata pesakit scoliosis tak boleh berzuriat kan.ini semua kuasa Allah, kite boleh mencuba dan berusaha dan bertawakkal.

  11. hai…salam.isteri saya menghadap scolisis pada umur 5tahun.dan sekarang umurnya 23tahun.sayay dari brunei…alhamdulilah,kami mempunyai zuriat sendiri..tapi after interi saya beranak,ada urat saraf nya putus n sekarang ea sakit..kamu lapas beranak nada hapen kah?or scoliosis kamu ani kuat kah?just tanya saja..

  12. Salam.. Sy slh s0wg dr pesakit sk0li0sis jenis S.. Berumur 19.. Still study.. Sy bru thu sy ada sakit ney mse bln 5 thn ni.. Kdar kebengk0kan adalah melebihi 40degree.. Adakah merbahaya jika sy x lakukan 0perati0n pd tulang sy?

  13. salam. saya menghidap scoliosis thoracic dan telah menjalani pembedahan pada umur 15 tahun. kini, umur saya telah mencecah 22 tahun dan sedang menuntut di salah sebuah ipta. semasa proses pembelajaran saya yang berkaitan dengan sukan, saya takut untuk menceburkan diri. dan rakan-rakan sering menyatakan saya sukar untuk mengandung dan bersalin secara normal. adakah pendapat ini betul atau salah. dan apakah jenis sukan yang sesuai untuk saya?

  14. salam..saya berumur 29 thn,saya mula mengesan kelainan pada perubahan tulang belakang dan pernah melakukan ujian xray pada tahun 2006 didapati sy mengalami scoliosis (30 degree) Dr menyarankan saya supya menjalani fisioterapi tetapi saya abaikn..dan sekarang sudah 5 tahun..adakah scoliosis saya semakin teruk kerana saya aktif melakukan senaman spt erobik..dan jika semakin teruk berapa peratus agaknya untuk saya kembali normal seperti org lain??

  15. salam sy peskit scoliosis dr drjh 6 lg.skang umur sy 28.sy x pnh wt ape opertion tulg bkang.alhmdulilh sy dpt melhrkn sorg putera dan puteri secara norml.kuasa Allah

  16. salam…
    saya mempunyai isteri br shj mengadung 2 minggu…
    isteri sy slh seorg scoliosis, tp selamat mnjalani pembedahan implant ketika usia muda lg…
    persoalan sy, boleh x die bersalin secara normal atau pembedahan?


Leave a reply to bem Cancel reply

Categories